SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Thursday, March 5, 2009

Seruan kepada ahli PEKIDA

tersentak juga saya apabila membaca blog salah seorang blogger mengenai sekumpulan samseng yang mengaku PEKIDA cuba berdiri di hadapan FRU dan POLIS lantas menghalang proses demokrasi dan cuba mencetuskan huru hara dan pergaduhan dengan penyokong PR.menerusi gambar yang dipaparkan mereka cuba menumbuk dan membaling batu,botol kepada penyokong PR yang mengikuti perhimpunan aman oleh ADUN2 PR di luar bangunan SUK.

nak geleng kepala pun mcm tak jadi nak geleng pasal bukan sekali dua mereka yang mengaku PEKIDA nih menjadi alat kepada UMNO dan BN.Saya (bukan ahli PEKIDA tetapi berbaiah untuk T.Sabilillah)dengan rendah diri menyeru agar kita kembali balik kepada asas perjuangan TS dan kenang kembali apa yang telah kita lafaz sumpah kan.Ingatlah...Allah dan Kalamullah yang menjadi saksi.buruk padahnya jika kita mengingkarinya. Cek balik Alif Ba Ta tu apa maknanya? Alif tu kenapa letak kat depan sekali???Pergi lah berjumpa dengan org2 lama dan muhasabah diri kita sendiri.Apakah tindakan kita di SUK Perak itu untuk menegakkan agama???adakah orang yang kita ingin perangi itu orang yang ingin merosakkan agama kita?bangsa kita?negara kita???

Kita tidak harus menjadi alat kepada mana2 parti politik.ternyata politik bukan berada di dalam hala tuju kita. Tak salah nak menyokong UMNO ataupun PR..itu hak masing2 tetapi jangan kita gunakan baju kita ini untuk menjadi samseng...
cukuplah dengan macam2 cerita buruk yang telah tersiar di akhbar metro tentang kita.nak tambah lagi ker???cukup2 lah
malu tok ayah kita kalau dapat tahu begini...kasihan kan lah mereka...ada diantara mereka termasuk tok ayah saya sendiri yang telah kebali ke Rahmatullah..

Kepada mereka yang berada di sana tempohari, saya harap agar kita kembali bertenang dan muhasabah diri. Ahli berdaftar dan tidak berdaftar,Pekida atau pun TS,sememangnya ramai di dalam negara kita dan mereka terdiri daripada penyokong UMNO,penyokong PAS,Penyokong KEADILAN,penyokong PR malah mereka yang bebas tak berparti...jangan nanti bila dah bertemu buku lima dengan buku lima alih2 tengok2 saudara adik beradik kita sendiri...Ingat apa perjanjian kita dahulu

Saya dengan rendah diri dan dengan penuh kasih sayang berharap agar kita sama2 kembali kepada asas perjuangan kita dan bersatu.Perbezaan politik terdapat di mana2...jagan kerana berbeza pahaman politik,kita nak bersinsing lengan dan memutuskan silaturrahim antara sesama kita

ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGADILI

sekian

No comments: