SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Monday, March 2, 2009

Kan Dah HuRu HaRa???

1) Manusia bergelar YB hilang diculik, kemudian setelah di kemukakan surat akuan sumpah untuk meletak jawatan..terus muncul dan bersalin kulit dari manusia menjadi seekor katak puru dan mendakwa telah keluar dari parti serta ingin jadi calon bebas.

2)Dah elok2, dah molek2 kerajaan perak di ketuai oleh pakatan rakyat yang menang dalam pilihanraya..pilihan rakyat tibe2 bertukar tangan kepada kerajaan haram yang mencilok kuasa dgn cara culik, ugut dan rasuah.

3) Sebelum ni MB bernama Nizar dah bertukar pulak kepada Mamak Bendahara bernama Zambry

4)MB sah buat mesyuarat dan mengemukakan dasar-dasar dan langkah-langkah untuk negeri Perak, MB baru haram pulak kata tak sah dan buat menyuarat lain pulak

5) Exco2 kerajaan tibe2 bertukar kepada exco2 baru yang haram

6)Sultan kata A tapi rakyat nak B

7)Speaker nak adakan sidang DUN tapi BN pulak yang beria2 kata sidang tak sah.ikut LAW memang sah, tapi ikut MB baru kata ta sah..mana satu nak ikut ni???

8)Penyudahnya rakyat Perak dan rakyat Malaysia jugak yang pening.macamana lah nak berurusan dengan kerajaan negeri yang porak peranda ni?????

kesimpulan : Sultan Perak tengah buat apa???tak kesian ker tgk rakyat porak peranda...esok nak bersidang..alih2 dewan pulak kene tutup...agaknya esok tercatat lagi satu sejarah sidang DUN Perak akan bersidang di tempat letak kereta berbumbungkan langit dan ber-air-conditionkan udara segar...dan mungkin di tempat letak kereta kerajaan BN yang haram ini akan tumbang agaknya...hehehehe
Saya sekali lagi merayu kepada Duli Yang Mulia Sultan Perak yang Arif lagi Bijaksana untuk bertindak membubarkan DUN Perak. Hanya itu sahaja jawapan kepada kecelaruan ini....

No comments: