SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Sunday, March 15, 2009

Madey terus pertahankan PPSMI

Macam biasa dan seperti dijangkakan Tun Mamak Madey akan pertahankan keputusan Dia meluluskan PPSMI seperti di dalam blog www.chedet.cc

Dan seperti biasa lah berderu pak hangguk pak hangguk yang memberi komen menyatakan sokongan..ada yang menggelarkan kita yang membantah PPSMI ni dungu,stupid dan tak pandai speaking london (so kire kite ni kononnye envy lah dgn derang)

Betapa lurus bendul dan tonggong nya pemuja-pemuja Firaun.

Antara yang di sebut oleh Mad Madey dalam blognya.."ilmu sains dan matematik adalah satu ilmu yang berkembang dan tidak statik" - saya setuju tapi ilmu berkenaan dari segi teori pada asas pembelajaran peringkat sekolah menengah dan rendah pada hemat saya sudah pun mencapai satu titik statik.ini kerana pelajar2 akan di ajar asas matematik dan sains di peringkat sekolah rendah dan menengah sudah pun menjadi teori yang takkan berubah lagi.Jadi kenapa perlu dipaksa anak kita belajar menggunakan bahasa Inggeris???tambah,tolak,bahagi,pengkamiran,pembezaan,algebra,simbiosis,oksigen dan segala yang dipelajari tetap tidak berubah.
yang mungkin berlaku perubahan (jika ada pun) adalah di peringkat kajian sains dan matematik di peringkat tinggi dan tidak keterlaluan saya katakan mungkin diperingkat PHD sekalipun..teori2 sains dan matematik yang diperkatakan tetap sama.

Saya teringat satu ketika dahulu...satu teknik pengajaran matematik yang mantap oleh seorang kalau tak silap dari anak melayu kita di Kelantan.dia memperkenalkan sistem pengajatan dan pembelajaran matematik menggunakan teknik sebutan ringkas... SATU di sebut SA..DUA disebut WA...TIGA disebut GA dan seterusnya sampai lah sebutan yang ke berjuta-juta yang mana membolehkan anak kecil kita lebih senang mencongak nombor..

Jadi sememangnya silap lah Tun Mamak kalau kata org Melayu atau orang Asal tak bleh maju jika menggunakan bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains...

No comments: