SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Monday, March 23, 2009

Mahathir,Umno & Hubungkait Freemasonry di Malaysia

Artikel yang saya jumpa di tranungkite melalui forum wakeupproject.com (malay lounge). di dalam forum wakeupproject..jika berminat untuk membongkar lebih lanjut pasal gerakan freemason zionist yahudi di Malaysia...boleh lah masuk ke laman forum wakeupproject.

Satu ketika dahulu nama Dr. Mahathir naik
melonjak di bibir orang Melayu apabila dia berjaya membuat surat layang mengutuk perbuatan Tunku Abdul Rahman
yang kononnya suka berjudi dan menjual negara kepada orang Cina.
Dengan berpakat bersama Harun Idris dan Abdullah Ahmad, A. Samad Said dan Musa Hitam, Mahathir berjaya
mencetuskan rusuhan kaum yang memuncak menjadi peristiwa 13 Mei. Hasilnya kemudian menaikkan Tun Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir, birasnya Tun Hussein Onn naik
menjadi Perdana Menteri dan Mahathir naik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akan tetapi pemilihan Mahathir sebagai
Timbalan Perdana Menteri adalah hasil tipu muslihat juga. Sebelum itu dia telah mengajak ketiga-tiga Naib Presiden
UMNO ketika itu agar bersetuju melepaskan jawatan dalam kabinet seandainya Hussein Onn melantik Ghazali Shafie
menjadi Timbalan Perdana Menteri, kerana Ghazalie Shafie bukan memegang jawatan Naib Presiden UMNO.




Kemunculan Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telah ditentang secara sinis oleh sekelompok anggota UMNO
yang sedar bahawa Mahathir tidak layak memegang jawatan itu kerana mereka sedar Mahathir adalah anggota
Freemason yang berpangkalan di Singapura. Lantas, muncul Raja Nong Chik yang berucap panjang-lebar dalam
Perhimpunan Agung Umno ke-33 pada September 1982, akan pengaruh Freemason kalau dibiarkan bergiat cergas
dalam UMNO. Akibatnya, Raja Nong Chik dibidas habis-habisan oleh Mahathir, yang pada ketika itu telah memegang
jawatan Presiden Umno.



Memang menjadi satu perkara lumrah di zaman itu, anak muda Melayu yang belajar ataupun bertugas di Singapura
mudah dipancing untuk menjadi anggota Freemason. Malahan kalau kita singkap sejarah Freemason di Malaysia,
‘Chapter’ Freemason di Kuantan telah diberikan status ‘Royal Chapter’ bererti Freemason
bergerak bebas di sana dengan restu Sultan Melayu. Kerana itu pada zaman Mahathir menganggotai Freemason dahulu
ramai lagi Sultan Melayu yang menjadi anggota Freemason. Alangkah dahsyat fenomena ini? Bayangkan sultan Melayu
yang menjadi pemegang mohor budaya Melayu dan pegangan Islam orang Melayu mempunyai segelintir anggota istana
yang menjadi anggota Freemason?



Harus juga dirakamkan di sini semasa Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri segala kegiatan bisnes beliau tetap
utuh kerana dikendalikan oleh sahabat karibnya sejak sama-sama belajar di Singapura dahulu. Beliau ialah Tengku
Abdullah adik kepada Yamtuan Besar Negri Sembilan sekarang ini. Nama Tengku Abdullah naik menonjol kira-kira
beberapa tahun dahulu semasa beliau melawat Israel, kononnya sebagai wakil peribadi Mahathir.
Mahathir memang sudah lama bergiat dalam perniagaan. Seperti yang ditulis sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra
semasa beliau menjadi wakil rakyat Kota Star pun Mahathir sudah berniaga dengan bersekongkol dengan orang Cina.


Satu ketika dahulu HARAKAH pernah menyiarkan berita bagaimana Mahathir mempunyai sebuah bangunan yang
disewakan kepada orang Cina yang kemudiannya menjadikan bangunan itu sebagai gereja Kristian mereka.
Seperti yang saya pernah tulis mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu, saudara boleh mengetahui perjalanan dan
agenda Freemason kalau anda membaca buku setebal lebih satu ribu muka surat yang berjudul “The Protocol of
Zion” yang masih terdapat dalam Khutub khanah universiti terkemuka seperti di Oxford dan Harvard atau di Asian
Institute of Management di Manila (dalam bentuk microfilm)


Sejarah pemerintahan negara termasuk di Amerika Syarikat hingga hari ini menunjukkan bahawa Freemason
mencengkam kuasa menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Presiden Amerika. Tentunya Presiden Amerika adalah
anggota Freemason juga. Jika demikian apakah menghairankan kalau Mahathir dapat mencengkam kuasa selama 22
tahun di Malaysia sebagai Perdana Menteri?



Pada Mac 2000, Saudara Amin Sapiro pernah menulis, "Hari ini Mahathir telah menggunakan modus
operandi Freemason dalam UMNO Baru. Selepas penubuhan UMNO Baru, baharulah Mahathir memperhebat
agendanya untuk melaksanakan tindakan untuk menguasai struktur kuasa dan pentadbiran negara selari dengan arus
tuntutan Freemason antarabangsa." dalam artikel beliau, 'Kalau Irama Menguak Rentak, Beginilah Jadinya'.
Apakah menjadi satu kehairanan kalau Mahathir melantik Mathias Chang sebagai seorang pembantu dan penasihat
khas semasa beliau menjadi Perdana Menteri? Apakah kemungkinannya bahawa Mathias Chang adalah pegawai
penghubung antara Freemasons Dunia dengan Mahathir bagaimana mentadbir Malaysia selama itu?
Semua orang tahu bahawa Freemason bergerak cergas dengan bertopengkan agama Kristian ala Amerika. Dari bidang
agama Kristian, yang asal ialah Orthodox Kristian yang masih wujud di Mesir, Lubnan, Russia, beberapa negara bekas
USSR dan Ethiopia. Pergolakan masa menonjolkan versi agama ini dalam bentuk gereja Katholik yang berpusat di
Vatican dan di sinilah bertapaknya pengaruh besar Freemason sehingga hari ini. Kemudian Kristian melalui evolusi lagi
hingga muncul pelbagai gereja (ala mazhab) yang berunsur ‘Anglican’ seperti di Britain di mana Ketua
Gereja agama itu bukan lagi Pope tetapi jatuh ke tangan orang yang bergelar ‘Archbishop’. Sejak itulah
agama Kristian dari Britain kecuali di sebahagian Ireland menjadi kendalian pentadbiran negara dan tidak dikendalikan
secara bebas oleh agamawan setiap gereja.


Kristian melalui satu perubahan yang besar di Amerika apabila gereja besar mendapat bantuan dan lindungan kerajaan
Amerika. Ini memudahkan munculnya ‘TV Evangelist’ (Padri TV) yakni agamawan yang mendapat ramai
pengikut hanya dengan berdakwah setiap hujung minggu di dewan besar dan memancarkan dakwah mereka melalui TV
di merata dunia.
Kalau kita pergi ke Afrika (ataupun menonton video clip) dan menyertai ‘masses’ mazhab Kristian tertentu
pada petang Sabtu kita dapat saksikan kumpulan manusia berbondong datang mendengar ajaran agama Kristian
mereka sambil menyaksikan tayangan dakwah melalui TV daripada Amerika. Di bahagian belakang tempat duduk
terletak beberapa puluh gendang besar ‘bongo’ yang dipukul bertalu-talu mengghairahkan para penganut
mengulang perkataan ‘hallelujah!’ sehingga para pengikut itu menjadi taksub dan terpegun sehingga
‘masuk hantu’. Sebenarnya mereka masuk hantu bukan kerana ‘ratib’ mengulangkan
‘hallelujah’ tetapi kerana setiap penganut itu disediakan minuman ‘arak’ (air samsu yang
dibuat daripada keledek) yang sengaja disediakan di bahagian paling belakang setiap tempat mereka berkumpul.


Demikianlah caranya Amerika mengkristiankan Afrika, sehingga mampu menarik minat orang Afrika yang dahulunya
beragama Islam ataupun berfahaman animisme. Mereka tertarik kepada agama Kristian ala Amerika bukan kerana
ajaran agama itu tetapi kerana minuman percuma yang disediakan setiap minggu.
Apabila mengambil kira cara Amerika mengkristiankan Afrika dan menyedari rencana Amerika menggunakan CIA untuk
mengkristiankan Hindu India, apakah kemungkinan Amerika dan Freemason cuba mengkristiankan Melayu Malaysia?

4 comments:

faiz fakhirin said...
This comment has been removed by the author.
Robi said...

mahdir ke mekah bukan buat haji...ngaji pun x pandai..dia baca terjemahan ayat jer..mane sah buat haji..

echoesdesign said...

Siapa kita nk menentukan sah atau tak sah amalan orang? Dosa dan Pahala dia hanya tuhan yang tahu. Kalau kita memburuk burukkan sesama islam atau sesama manusia, islam kah kita? Orang melayu kita cepat melabel, dalam memperjuangkan agama, kita lagi cenderung menjatuhkan hukuman...kalau betul agama dia tak lurus, tak pandai mengaji, bukankah lebih baik kita mengajar dari melabel? Menarik orang masuk islam ganjarannya adalah sama seperti mendirikan sebuah masjid, tetapi...mendekatkan saudara islam dengan islam, ganjarannya adalah sama seperti mendirikan 10 masjid...renung renungkanlah, jangan biarkan politik mempengaruhi pemikiran kita, apa apa pun pegang lah pada alquran dan sunnah....jika salah kita betulkan, bukan kita caci...segala yg baik itu dari allah s.w.t, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...

Farhan Paan said...

nice entry bro. banyak informasi dari sini.