SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Tinggal 2012 : permulaan kembara yang getir

telah terlalu lama aku rasa bercuti dari membuat sebarang post.bukan sekadar bercuti untuk berehat tapi atas sebab pelbagai masalah dan rintangan yg aku hadapi sepanjang tahun 2012 ini. pada aku tahun ini adalah tahun paling getir dan terlampau dasyat dugaan yg terpaksa aku tempuh.bak kata org cina "aiyohhh ini tahun manyak suwey loooo"....tapi itu cakap org cina la...aku sebagai seorang melayu muslim menolak sekeras2nya tentang suwey atau ong.pada aku terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebalik ranjau berduri yg telah aku harungi.pendek kata dari mula masuk tahun 2012 , aku umpama menerjah masuk dalam keadaan berlari ke dalam hutan belukar yg penuh dengan duri pohon bertam,ketajaman pokok buloh, dikelilingi pula dgn binatang berbisa seperti kala jengking,ular berbisa dan harimau, beruang dan singa. namun syukur Alhamdulillah aku panjatkan.setelah penat lelah sambil diri terluka parah didalam meredah onak ranjau dan binatang buas..akhirnya aku sudah hampir di penghujung hutan berbahaya ini. 2012 sudah hampir berakhir.namun ujian yang mendatang di hujung2 hutan belukar ini masih ada menunggu satu lagi dugaan untuk aku tempuhi.ibaratkan sebatang sungai yang besar,dalam, luas dan penuh dengan buaya yang menunggu mangsa seterusnya untuk dijadikan santapan.pada aku, bukan tahun yang menentukan segalanya...namun Allah jua lah yang telah menetapkan segala perjalanan hidup ku ini. sengaja aku melalut disini..bukan untuk meminta simpati dari sesiapa namun hanya sekadar ingin aku coretkan sedikit kelukaan2 yang telah aku alami hanya sebagai tatapan aku dan kenangan yang akan disemadikan di alam cyber yang fana ini. pada awal febuari 2012..dalam sedang aku menikmati nikmat yang Allah berikan dalam bentuk pekerjaan yang agak bagus, menepati selera, pulangan yang lumayan, sambil boleh pusing satu Malaysia bersama anak dan isteri, menerjah ke mana mana sahaja hotel yang rasa ingin ditiduri...aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari boss mr Praba. dia mengarahkan aku untuk pulang ke hq.katanya support aku dalam projek maxis ini sudah berakhir dan dia akan memasukkan aku ke dalam projek sapura. dengan tidak semena2 aku terpaksa menyiapkan segala pekerjaan aku di site dan lantas pulang.sebelum itu aku diarahkan untuk menyiapkan segala dokumen seperti Green card renewal, TM Passport NIOSH,security clearance untuk site sapura sebanyak 15 helaian yang terpaksa aku isi untuk membolehkan aku migrate to this new project.setelah aku siapkan segalanya, setelah penat lelah terpaksa pergi ke CIDB boss aku panggil aku masuk meeting dan dia menyampaikan satu berita dalam keadaan muka dia seperti serba salah. Praba,Rozaily beserta Michelle menyerahkan sekeping surat Notis pemberitahuan yang aku di BERHENTIKAN PERKHIDMATAN. pada masa tu ALlah sahaja yang tahu. dalam keadaan terkilan kerana aku telah memberi 100% komitmen aku kepada kerja...sepanjang 2 tahun di dalam projek ini hidup aku cuma weekend husband n weekend father.monday to friday aku berada di utara tanahair...aku hanya mampu tersengih semasa menerima surat itu.NSN management beria2 benar mmeohon maaf kepada aku kerana tidak ada pilihan untuk memberhentikan aku kerana atas arahan dari NSN Germany untuk terpaksa menjalankan "head-counting dan downsizing" akibat pembelian Motorolla yang amat amat merugikan NSN. aku seperti tidak percaya.kerana baru tahun lepas aku dapat award dari NSN iaitu "The Best Team Achievements" dan juga naik gaji sebanyak 300 lebih. walhal rakan ku yang lain hanya naik 100 lebih. apa pun aku terpaksa akur dgn kehendak management dan yang paling penting kehendak suratan takdir Allah swt. mereka memberi pampasan sebanyak RM25k atas perkhidmatan ku selama 4 tahun di NSN dari 2008 hingga 2012.dan dari sini lah pada aku...bermulanya penerjahan secara paksa aku ke dalam hutan belukar berduri dan berbinatang buas. lantas aku pulang ke rumah dgn keadaan yang hampa. ditambah pula dgn tidak tahu apa yang ahrus aku lakukan.aku beritahu isteriku mengenai perkara ini.dia cuba menenangkan aku...dan sememangnya aku tenang pada masa itu cuma agak risau kerana keluargaku bukan kecik anak untuk di beri makan dan pelbagai bende yang perlu aku bayar setiap bulan. kepada Allah aku berserah.pada aku..aku letakkan motto dalam hati aku ketika itu..."rezeki bukan nsn yang beri..bukan hamba..tapi ALLAH yang beri". dan itulah kenyataan yang ramai orang tidak sedar apabila berada di puncak kejayaan mahupun sedang mengalami kejatuhan.begitu ramai manusia yang berjaya,kaya,yang mendabik dada..."ini lah hasil kejayaan ku.." "ini lah hasil titik peluh ku selama ini"..namun mereka lupa segala2 nya adalah milik Allah.Allah lah yang beri kita rezeki,kejayaan mahupun kejatuhan.aku sesekali tidak menyalahkan sesiapa...aku harus menyalahkan diri aku sendiri.mungkin ada salah silap yang aku lakukan selama aku berada di puncak kejayaan karier aku sebagai jurutera.mungkin ada yang aku buat dosa sepanjang aku mewah dengan claim dan gaji.mungkin juga aku lupa tentang bahagian yang sepatutnya aku beri pada fakir miskin dan anak yatim walaupun aku ada membuat potongan gaji bulanan untuk zakat.mungkin potongan itu tidak mencukupi.Wallahualam..hanya Allah sahaja yang tahu kenapa.aku sebagai hamba...hanya menurut perintah takdir dan akur segala keputusanNya. pada aku disinilah bermulanya kisah kembara getir yang aku lalui pada tahun 2012.banyak lagi kisah2 dan tragis yang menimpa..akan ku tulis pada keesokan hari.dan hanya kepada Mu, Ya Allah..aku bergantung hidup dan berserah... ..bersambung...