SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Tuesday, March 31, 2009

APRIL'S FOOL 3 APRIL

NAJIB AKAN ANGKAT SUMPAH JUMAAT NI UTK MENJADI PM

SO MEH KITE UBAH APRIL FOOL KEPADA 3 APRIL

BUKAN TARIKH TU YANG APRIL FOOL

TAPI PERISTIWA YANG BERLAKU ITU YANG APRIL FOOL

OR SHOULD WE CHANGE IT TO BLOODY APRIL?

KILLER APRIL? YANG MANA KITA KETAHUI KEZALIMAN & KEANGKUHAN NAJIB, UMNO DAN BN...

ATAU JUGA ALHAMDULILLAH..ITS APRIL ; KERANA NAJIB TELAH MELENGKAPKAN TEORI RAHMAN

YANG MANA TEORI RAHMAN KONONNYA ISLAM DAN MALAYSIA AKAN GEMILANG SELEPAS ERA NAJIB

YANG JUGA BERMAKSUD MUNGKIN NAJIB ADALAH PM TERAKHIR DARI UMNO

UMNO AKAN BERKUBUR...

DI GANTI DGN PM KE 7 DARI PAKATAN RAKYAT YANG ADIL DAN SAKSAMA SAMADA PAKATAN RAKYAT...

IANYA SEPERTI KEBETULAN SELARAS DGN HADIS NABI BAHAWA AKHIR ZAMAN NANTI ISLAM AKAN KEMBALI TEGAK, GEMILANG DAN BERADA DI PUNCAK

P/S : SIAPAKAH LAGI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN KEADILAN KALAU BUKAN PAS...

* sangat benar hadis Rasulullah tentang petanda akhir zaman....kemunculan Dajjal Laknatullah beserta Yakjuj Makjuj (Tentera Yahudi dan Sekutu) dan juga akan datang pemimpin yang di tunggu2 Imam Mahdi dan juga Nabi Isa yang akan menghancurkan Dajjal dan sekutunya...pada waktu itu kita harap MALAYSIA akan jadi salah sebuah negara yang melahirkan barisan pejuang di belakang Imam Mahdi dan Nabi isa a.s..Amin..Ya Robbal Alamin

Monday, March 30, 2009

3 RIBU JUTA HARGA YANG PERLU DIBAYAR UNTUK PPSMI

Malam tadi sambil2 menunggu isteri dan anak yang berkunjung ke rumah kakak di Jalan Duta...saya saja lah bukak Pahang.FM..kebetulan Pahang FM ni selalu menyiarkan ceramah2 agama pada waktu malam...
Sedang asyik menunggu..tiba2 siaran berita di radio bermula dgn bahagian sidang dewan rakyat...cerita yang menarik adalah Mentri Pelajaran si Hishamuddin Auw Auw menyatakan kerajaan telah menghabiskan 3 BILLION ringgit untuk PPSMI sejak 6 tahun ia dilaksanakan...

WOW..ni bukan 3 juta,30 juta, 300 juta...ini 3 RIBU JUTA duit rakyat
ni baru 6 tahun...padan la dia sibuk pertahankan PPSMI nih...
dgn pertambahan guru yang bermakna pertambahan perkakasan,komputer,perisian,dan juga elaun2 tambahan...tak mustahil kalau dia lengahkan lagi 3-4 tahun boleh la faraid lagi 150 RIBU JUTA utk isi perut dia dan kroni2 UMNO.

memang betul ckp Tuan Guru Nik Aziz..golongan ini adalah golongan CELAKA yang sibuk2 nak pertahankan PPSMI demi mengisi perut dan meraih kekayaan untuk di perturunkan kepada anak bini,cucu,cicit...senang kata 7 keturunan lah senang lenang kalau dapat projek supply perkakasan2 dan perisian tuh...

Duhai penyokong2 UMNO yang bawahan..yang bukan jadi perwakilan..yang mungkin jadi ajk biro2 cawangan..sedar lah..kamu ni ditipu..di pergunakan..takat kenyang seratus dua untuk 5 tahun sekali apa pekdahnya....saya sedar ramai yg dikalangan ahli UMNO yang tak suka PPSMI (cuma tak berani nak bersuara) tapi yg saya tak paham segelintir manusia yang lebih celaka menyokong PPSMI membabi buta atas alasan yang sama digunakan oleh Hishamuddin Auw Auw dan juga MahaTua @ MahaNyanyuk..tak sedar ke nasib anak2 kite terjejas..masa depan mereka..bahasa kite...dulu UMNO dah hapuskan tulisan JAWI..ni nak ranapkan bahasa pulak???

p/s : nih coming soon berbillion lagi duit rakyat..duit khazanah negara akan hangus di jilat juak2 kroni pemimpin UMNO (atau mungkin tokey2 cina yang menggunakan nama melayu utk jadi proxy daftar company nak dpt taraf BUMI)...segala poster2,banner2 besar,iklan,risalah,brochure yang hanya berusia tak sampai setahun utk promosi ZOOM Malaysia akan ditukar baru..mungkin tittle ZOOM Malaysia tu sama..cuma nak ilangkan gambar Pak Lah dan diganti dgn Gambar Najib paling besar..gambar Muhyiddin no 2 besar dan ketiga mungkin menteri baru pelancongan (yang dulunya juak dollah Azalina ala Tomboy)..habis ranap duit negara..BODOH BAHLUL PUNYA UMNO

Sunday, March 29, 2009

NAJIB KATA...SAYA KATA....

Najib yang juga menteri Kewangan juga menolak tanggapan bahawa tuduhan skandal terhadapnya akan menjejaskan pelantikannya sebagai perdana menteri.

NAJIB KATA "Kalau hendak nilai saya, nilaikan berdasarkan tindakan saya, bukannya berdasarkan khabar angin" katanya.

SAYA KATA : TINDAKAN MCMANA?TINDAKAN DI PERAK RAMPAS KUASA CARA RASUAH DAN CULIK???TINDAKAN KOMISYEN BERJUTA2 PADA KRONI???TINDAKAN ADA KENE MENGENE DGN ALTANTUYA???

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana belum masih belum pun dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu negara.

Najib juga menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan - Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinnya.

NAJIB KATA "Tidak, media yang kata referundum. Pilihanraya kecil bukanlah kayu ukur yang baik," katanya.

SAYA KATA : HEHEHE DAH TAK CONFIDENT NAK MENANG LAH TU..PASAL TUH KATA TAK BLEH JADI KAYU UKUR..SEBELUM NI DAH 2 KALI KALAH DAH..SO KEPADA PENYOKONG DAN BLOGGER PR..PERTINGKATKANLAGI KEMPEN KITA...TANDA2 AWAL KEMENANGAN SUDAH ADA...AYUH KITE BUKTIKAN YG PENGARUH TUN M (YANG SAMA2 FLIP-FLOP..KEJAP KATA TAKNBAK HADIR..KEJAP KATA HADIR...KEJAP KATA TAKNAK BERGELUMANG DGN PARTI PERASUAH TUP TUP SIAP PELUK DGN PAKLAH HAHAHA SAMA2 FLIP FLOP) TIDAK AKAN MEMPENGARUHI PENGUNDI 3 PRK

TAKBIR

Friday, March 27, 2009

Nursaidi Lembu UMNO kata haramkan nama "Pakatan Rakyat"

oit lembu...hangpa yg dalam umno tu kenal ke mana satu haram halal???
tuh si beruk jantan KJ kaki rasuah tu pun hangpa kasi jadi ketua..nak haram tui
MB haram kat Perak apa kes???halal ker kuikuikui
dulu parti hangpa tu yang dah kene haram..berpuluh tahun cium kerih alih2 kene istihar haram...dah menggelupuh mamak kutty register balik dgn ROS

hang ni NURSAIDI (yang aku tak tau hang ni pemuda cawangan mana)..hang mmg dasar haram jadah la...

Wednesday, March 25, 2009

Khairy menang Ketua Pemuda = Mahathir 0 Dollah 1

Nampak nya strategi perang saraf oleh Mahathir dan juga undi2 protes oleh penyembah2 dewa M nampaknya tak berjaya menangani kuasa wang ringgit yang ada pada seekor kera jantan (yang saya kire dah berubah naik pangkat jadi beruk jantan)

Entah di mana silapnya (saya rasakan duit) sokongan peringkat awal kepada mukhriz nampaknya seperti ayam berkokok di waktu subuh..bila matahari dah naik ayam terus menerpa ke tanah mencari sisa2 dedak, nasik basi mahupun bangkai ulat2 dan cacing yang ada di tanah sambil menunggu tangan2 manusia untuk menyuapkan habuan.

Pada saya khairy ni tak sehebat mana pun...dan saya kira mungkin inilah kali terakhir dia akan menjawat jawatan ketua dan percayalah...dia yang di anggap LIABILITY kepada UMNO akan dicantas oleh orang Najib pada pemilihan seterusnya...

Dan pada saya juga...ini merupakan satu lagi bonus untuk PR di mana rakyat rata2 membenci sikap angkuh,sombong dan biadapnya menantu PM ini...
Atau mungkin juga (agak saya lah) ini satu strategi oleh Najib untuk memujuk Pak Lah melepaskan jawatannya..mana tahu pada saat2 akhir team Najib membantu meracun para perwakilan untuk mengundi Khairy..dgn harapan Pak Lah akan letak jawatan sebagai PM esok lusa...Team Pak Lah sure akan berpuas hati..walaupun telah kehilangan Ali Rustam..setidak2nya mereka ada wakil selepas Pak Lah letak jawatan kelak...

Saya terang2 tidak menyukai Khairy...tetapi saya juga tidak menyukai Mukhriz apatah lagi Khir Toyo.Namun saya agak tersenyum kerana setidak2nya Mahathir lost the first battle....yang second mmg dia menang lah pasal Dollah tak bertanding Presiden

Kepada perwakilan pemuda UMNO...satu je saya tak paham..kenapa di salak2 kan Anwar Ibrahim sedangkan ketua yang kamu pilih itulah yang menyebabkan UMNO kalah dan akan kalah teruk lagi nanti...wake up lah..jgn jadi sengal dan buta

Monday, March 23, 2009

Mahathir,Umno & Hubungkait Freemasonry di Malaysia

Artikel yang saya jumpa di tranungkite melalui forum wakeupproject.com (malay lounge). di dalam forum wakeupproject..jika berminat untuk membongkar lebih lanjut pasal gerakan freemason zionist yahudi di Malaysia...boleh lah masuk ke laman forum wakeupproject.

Satu ketika dahulu nama Dr. Mahathir naik
melonjak di bibir orang Melayu apabila dia berjaya membuat surat layang mengutuk perbuatan Tunku Abdul Rahman
yang kononnya suka berjudi dan menjual negara kepada orang Cina.
Dengan berpakat bersama Harun Idris dan Abdullah Ahmad, A. Samad Said dan Musa Hitam, Mahathir berjaya
mencetuskan rusuhan kaum yang memuncak menjadi peristiwa 13 Mei. Hasilnya kemudian menaikkan Tun Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir, birasnya Tun Hussein Onn naik
menjadi Perdana Menteri dan Mahathir naik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akan tetapi pemilihan Mahathir sebagai
Timbalan Perdana Menteri adalah hasil tipu muslihat juga. Sebelum itu dia telah mengajak ketiga-tiga Naib Presiden
UMNO ketika itu agar bersetuju melepaskan jawatan dalam kabinet seandainya Hussein Onn melantik Ghazali Shafie
menjadi Timbalan Perdana Menteri, kerana Ghazalie Shafie bukan memegang jawatan Naib Presiden UMNO.




Kemunculan Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telah ditentang secara sinis oleh sekelompok anggota UMNO
yang sedar bahawa Mahathir tidak layak memegang jawatan itu kerana mereka sedar Mahathir adalah anggota
Freemason yang berpangkalan di Singapura. Lantas, muncul Raja Nong Chik yang berucap panjang-lebar dalam
Perhimpunan Agung Umno ke-33 pada September 1982, akan pengaruh Freemason kalau dibiarkan bergiat cergas
dalam UMNO. Akibatnya, Raja Nong Chik dibidas habis-habisan oleh Mahathir, yang pada ketika itu telah memegang
jawatan Presiden Umno.



Memang menjadi satu perkara lumrah di zaman itu, anak muda Melayu yang belajar ataupun bertugas di Singapura
mudah dipancing untuk menjadi anggota Freemason. Malahan kalau kita singkap sejarah Freemason di Malaysia,
‘Chapter’ Freemason di Kuantan telah diberikan status ‘Royal Chapter’ bererti Freemason
bergerak bebas di sana dengan restu Sultan Melayu. Kerana itu pada zaman Mahathir menganggotai Freemason dahulu
ramai lagi Sultan Melayu yang menjadi anggota Freemason. Alangkah dahsyat fenomena ini? Bayangkan sultan Melayu
yang menjadi pemegang mohor budaya Melayu dan pegangan Islam orang Melayu mempunyai segelintir anggota istana
yang menjadi anggota Freemason?



Harus juga dirakamkan di sini semasa Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri segala kegiatan bisnes beliau tetap
utuh kerana dikendalikan oleh sahabat karibnya sejak sama-sama belajar di Singapura dahulu. Beliau ialah Tengku
Abdullah adik kepada Yamtuan Besar Negri Sembilan sekarang ini. Nama Tengku Abdullah naik menonjol kira-kira
beberapa tahun dahulu semasa beliau melawat Israel, kononnya sebagai wakil peribadi Mahathir.
Mahathir memang sudah lama bergiat dalam perniagaan. Seperti yang ditulis sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra
semasa beliau menjadi wakil rakyat Kota Star pun Mahathir sudah berniaga dengan bersekongkol dengan orang Cina.


Satu ketika dahulu HARAKAH pernah menyiarkan berita bagaimana Mahathir mempunyai sebuah bangunan yang
disewakan kepada orang Cina yang kemudiannya menjadikan bangunan itu sebagai gereja Kristian mereka.
Seperti yang saya pernah tulis mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu, saudara boleh mengetahui perjalanan dan
agenda Freemason kalau anda membaca buku setebal lebih satu ribu muka surat yang berjudul “The Protocol of
Zion” yang masih terdapat dalam Khutub khanah universiti terkemuka seperti di Oxford dan Harvard atau di Asian
Institute of Management di Manila (dalam bentuk microfilm)


Sejarah pemerintahan negara termasuk di Amerika Syarikat hingga hari ini menunjukkan bahawa Freemason
mencengkam kuasa menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Presiden Amerika. Tentunya Presiden Amerika adalah
anggota Freemason juga. Jika demikian apakah menghairankan kalau Mahathir dapat mencengkam kuasa selama 22
tahun di Malaysia sebagai Perdana Menteri?



Pada Mac 2000, Saudara Amin Sapiro pernah menulis, "Hari ini Mahathir telah menggunakan modus
operandi Freemason dalam UMNO Baru. Selepas penubuhan UMNO Baru, baharulah Mahathir memperhebat
agendanya untuk melaksanakan tindakan untuk menguasai struktur kuasa dan pentadbiran negara selari dengan arus
tuntutan Freemason antarabangsa." dalam artikel beliau, 'Kalau Irama Menguak Rentak, Beginilah Jadinya'.
Apakah menjadi satu kehairanan kalau Mahathir melantik Mathias Chang sebagai seorang pembantu dan penasihat
khas semasa beliau menjadi Perdana Menteri? Apakah kemungkinannya bahawa Mathias Chang adalah pegawai
penghubung antara Freemasons Dunia dengan Mahathir bagaimana mentadbir Malaysia selama itu?
Semua orang tahu bahawa Freemason bergerak cergas dengan bertopengkan agama Kristian ala Amerika. Dari bidang
agama Kristian, yang asal ialah Orthodox Kristian yang masih wujud di Mesir, Lubnan, Russia, beberapa negara bekas
USSR dan Ethiopia. Pergolakan masa menonjolkan versi agama ini dalam bentuk gereja Katholik yang berpusat di
Vatican dan di sinilah bertapaknya pengaruh besar Freemason sehingga hari ini. Kemudian Kristian melalui evolusi lagi
hingga muncul pelbagai gereja (ala mazhab) yang berunsur ‘Anglican’ seperti di Britain di mana Ketua
Gereja agama itu bukan lagi Pope tetapi jatuh ke tangan orang yang bergelar ‘Archbishop’. Sejak itulah
agama Kristian dari Britain kecuali di sebahagian Ireland menjadi kendalian pentadbiran negara dan tidak dikendalikan
secara bebas oleh agamawan setiap gereja.


Kristian melalui satu perubahan yang besar di Amerika apabila gereja besar mendapat bantuan dan lindungan kerajaan
Amerika. Ini memudahkan munculnya ‘TV Evangelist’ (Padri TV) yakni agamawan yang mendapat ramai
pengikut hanya dengan berdakwah setiap hujung minggu di dewan besar dan memancarkan dakwah mereka melalui TV
di merata dunia.
Kalau kita pergi ke Afrika (ataupun menonton video clip) dan menyertai ‘masses’ mazhab Kristian tertentu
pada petang Sabtu kita dapat saksikan kumpulan manusia berbondong datang mendengar ajaran agama Kristian
mereka sambil menyaksikan tayangan dakwah melalui TV daripada Amerika. Di bahagian belakang tempat duduk
terletak beberapa puluh gendang besar ‘bongo’ yang dipukul bertalu-talu mengghairahkan para penganut
mengulang perkataan ‘hallelujah!’ sehingga para pengikut itu menjadi taksub dan terpegun sehingga
‘masuk hantu’. Sebenarnya mereka masuk hantu bukan kerana ‘ratib’ mengulangkan
‘hallelujah’ tetapi kerana setiap penganut itu disediakan minuman ‘arak’ (air samsu yang
dibuat daripada keledek) yang sengaja disediakan di bahagian paling belakang setiap tempat mereka berkumpul.


Demikianlah caranya Amerika mengkristiankan Afrika, sehingga mampu menarik minat orang Afrika yang dahulunya
beragama Islam ataupun berfahaman animisme. Mereka tertarik kepada agama Kristian ala Amerika bukan kerana
ajaran agama itu tetapi kerana minuman percuma yang disediakan setiap minggu.
Apabila mengambil kira cara Amerika mengkristiankan Afrika dan menyedari rencana Amerika menggunakan CIA untuk
mengkristiankan Hindu India, apakah kemungkinan Amerika dan Freemason cuba mengkristiankan Melayu Malaysia?

Sunday, March 22, 2009

Mahathir Nak Jadi Menteri Senior Macam Lee Kwan Yew

Semua sudah sedia maklum apa yang berlaku di dalam sandiwara pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru2 ini. Tak cukup dgn itu...,Mahathir dgn terang2 memberi clue sapa yang harus disokong oleh perwakilan umno. nama2 seperti Najib,Muhyidin,Mukhriz (konform la..anak dia kan???) semuanya bakal menjadi proxy kepada mahathir kelak.

Herm..Kalau dah Najib jadi PM, Muhyidin jadi TPM ..kite nak ckp apa lagi???semua dasar2 yang diwarisi oleh Mahathir seperti PPSMI,Dasar Penswastaan demi kroni dan pelbagai dasar yang telah menimbulkan masalah dan menekan rakyat akan diteruskan malah di sokong sekuat2nya oleh proxy Mahathir...

Saya cadangkan agar Najib melantik Mahathir Menteri Senior atau Menteri Penasihat...Tak pyh selindung2 dah..rakyat bukannye bodoh...

Mahathir ni sebenarnya dah tua sgt...hampir nyanyuk pun barangkali...dalam sejarah Malaysia..takde bekas PM yang benar2 mencampuri hal ehwal politik seperti Mahathir. Yang lain resign dan terus meneruskan kehidupan seharian seperti rakyat biasa..paling kuat pun terbit buku macam Tunku Abd Rahman...

Once a dictator...he will always be a dictator.cakap dia sahaja yang betul, pendapat org lain semua salah.dia sahaja yang bijak,org lain semua bodoh.dah terang2 dia buat kesilapan,alih2 orang lain yang dapat taik.dah terang2 dia salah pilih pengganti,ohhh tidak..bukan salah saya tapi salah ahli umno- kata mahathir
so...nak ckp apa lagi???

kadang kadang adalah elok undi pihak yang bukan proxy mahathir..walaupun dia tak reti cakap BI...dari undi org yg bijak skipping london.tapi jadi kerbau dicucuk hidung dan terus melaksanakan dasar2 ideology mahathir..bukan nak sokong sangat pun..tapi more to mcm apa yg mahathir buat masa pru 12 dulu - UNDI PROTES

Wednesday, March 18, 2009

Ali rustam vs Khairy

Maka menangis lah si ali rustam dan meraung2lah penyokong2 beliau dalam kekecewaan pemimpin mereka digantung dari bertanding....takde can nak tgk org melaka jadi TPM (walau ikut law,si PM boleh melantik sesiapa saja..tapi dah UMNo kan mementingkan tradisi kan???)
Dalam ati kecik muhyidin dan mat taib konfrem gelak guling2 ...
si khairy pulak gelak dalam menangis jugak lah..walau dia tak digantung tapi masih boleh bertanding (tapi sikit sebanyak nama baik tercemar la jugak)
sama jugalah dgn khir toyo...

*sebenarnya bukan org tak tahu mereka2 ni semua guna kan duit untuk pancing undi2
semalam saya berborak dgn seorang pemuda parti cap ayam di kg pasir berdengung semasa dalam perjalanan nak ke kelas belajar fardhu ain..dia ckp dia selalu ikut ketua pemuda Kg Pasir Berdengung jumpa calon2 ketua pemuda dan dia ckp camni..."kau nak tau rie..,nak tau sapa paling best kalau jumpa khir toyo lah..perghhh byk ooo duit dia kasi...."jumlah byk yg ketua pemuda cawangan tu dapat tak pula di beritahu...lepas tuh dia sambung si khairy ni pun ada jugak tapi tak sebanyak khir toyo...* (ralat : hah...aku dah ubah cerite...disini aku nak tegaskan aku takde niat nak menyinggung atau menuduh sesiapa...segala penceritaan yg masuk ke telinga, itulah yang dikeluarkan ke dalam blog kuikuikui..jgn mara...)

kesimpulan dia sebenarnya semua calon2 di atas tuh semua kaki rasuah cuma tinggal lagi kita tak tahu apa agenda dan muslihat jawatankuasa disiplin UMNo yang hanya menghukum Ali rustam...

masa tgk tv si rithauden ni ckp beza ali dgn khairy umpama..si khairy bunuh org dgn tikam sekali tapi ali bunuh orang tikam 20 kali..jadi pada dia Ali lebih besar kesalahan kerana kejam..

hehehe...apa lah ke bodohnya manusia nih...beza tikam byk mana tapi dalam pada masa yg sama dua dua tu pembunuh ke tidak????jadi boleh ke kite tak hukum pembunuh yang kurang kejam dgn hanya beri amaran???

pelik betul lahhh sesetengah manusia dlm UMNO nih

jadi nanti kite sama2 lihat apa ali rustam akan buat...dia juga org kuat pekida..dan akan berjumpa dgn penasihat pekida Pak Lah...agak2 kali ni pekida melaka mengamuk ke tidak????

sama2 kite lihat sandiwara ni

Monday, March 16, 2009

FLIP FLOP : not only Pak lah but his entire govt

Kat Dewan Rakyat kecoh pasal usul yang diluluskan oleh speaker pandikar taik kucing untuk gantung MP Puchong

UMNO kata speaker ada kuasa...
tapi kat perak umno kata speaker takde kuasa

apa kes???

kami dah tahu dah awak tu jenis double standard...tapi jgn la obvious sgt...
terserlah kebangsatan sifat korang...dah jadi mcm kat kiri ludah-ludah..kat kanan dia jilat balik ludah dia

sama jugak kes macam hina sultan...
kat perak dia laungkan "daulat tuanku"
tapi kat tganu dulu dia menyalak mcmana???

sama jugak masa dia kata..."demonstrasi jalanan bukan budaya kita"
yang dok menyalak2 kat selangor,penang dan kl tuh ituari tak apa pulak yerrrr

kesimpulannya UMNO dan BN ni..once a flip flop...forever will be a flip floppers

Sunday, March 15, 2009

Madey terus pertahankan PPSMI

Macam biasa dan seperti dijangkakan Tun Mamak Madey akan pertahankan keputusan Dia meluluskan PPSMI seperti di dalam blog www.chedet.cc

Dan seperti biasa lah berderu pak hangguk pak hangguk yang memberi komen menyatakan sokongan..ada yang menggelarkan kita yang membantah PPSMI ni dungu,stupid dan tak pandai speaking london (so kire kite ni kononnye envy lah dgn derang)

Betapa lurus bendul dan tonggong nya pemuja-pemuja Firaun.

Antara yang di sebut oleh Mad Madey dalam blognya.."ilmu sains dan matematik adalah satu ilmu yang berkembang dan tidak statik" - saya setuju tapi ilmu berkenaan dari segi teori pada asas pembelajaran peringkat sekolah menengah dan rendah pada hemat saya sudah pun mencapai satu titik statik.ini kerana pelajar2 akan di ajar asas matematik dan sains di peringkat sekolah rendah dan menengah sudah pun menjadi teori yang takkan berubah lagi.Jadi kenapa perlu dipaksa anak kita belajar menggunakan bahasa Inggeris???tambah,tolak,bahagi,pengkamiran,pembezaan,algebra,simbiosis,oksigen dan segala yang dipelajari tetap tidak berubah.
yang mungkin berlaku perubahan (jika ada pun) adalah di peringkat kajian sains dan matematik di peringkat tinggi dan tidak keterlaluan saya katakan mungkin diperingkat PHD sekalipun..teori2 sains dan matematik yang diperkatakan tetap sama.

Saya teringat satu ketika dahulu...satu teknik pengajaran matematik yang mantap oleh seorang kalau tak silap dari anak melayu kita di Kelantan.dia memperkenalkan sistem pengajatan dan pembelajaran matematik menggunakan teknik sebutan ringkas... SATU di sebut SA..DUA disebut WA...TIGA disebut GA dan seterusnya sampai lah sebutan yang ke berjuta-juta yang mana membolehkan anak kecil kita lebih senang mencongak nombor..

Jadi sememangnya silap lah Tun Mamak kalau kata org Melayu atau orang Asal tak bleh maju jika menggunakan bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains...

Tuesday, March 10, 2009

Musa & Ghani Tidak Terlibat..habis siapa??hantu kopek???Firaun???

Takde ribut takde angin dan entah bile masa..tibe2 Menteri Kopi Dangdut kat JPM kata 2 ekor ni tak terlibat dalam pemalsuan bukti mata lebam Anwar.Habis tu nak gak tanya sapa yang terlibat???hantu kopek kah???firaun kah???korek korek korek kah??? hakim batuk gula2 hacks kah???

si kopi dangdut ni pun satu...dah buat penafian tapi tak pulak kemukakan sapa yang terlibat..mcm syialllll


Musa, Gani tidak palsukan bukti mata lebam Anwar
Mar 11, 09 10:47am
Ketua polis negara dan peguam negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Keputusan siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menjawab soalan Gobind Singh-Deo (DAP-Puchong) mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas Anwar membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, terhadap Musa dan Abdul Gani Julai lalu.

Berikutan itu, BPR - kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat kes tersebut.

Anggota panel tersebut terdiri daripada Datuk Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd Nor and Datuk Ahmad Nor Abdullah - kesemuanya bekas hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan.

Menurut Nazri, siasatan panel tiga angota tersebut bermula pada 2 Julai tahun lalu.

Panel tersebut, katanya, menyiapkan siasatan dua bulan kemudiannya kerana ia dianggap sebagai satu kes sensitif dan berprofil tinggi.

Selepas siasatan terperinci dijalankan, kata beliau, mereka mendapat Musa dan Abdul Gani tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan dengan kes yang didakwa oleh Anwar.

Anwar membuat aduan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi kerajaan itu pada 1 Julai tahun lalu sewaktu mantan timbalan perdana menteri tersebut disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata kedua-duanya memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri.

Pada masa itu Musa seorang pegawai penyiasat, manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes rasuah Anwar.

Dalam laporan polisnya, Anwar memohon supaya siasatan dijalankan terhadap Musa dan Abdul Gani atas dakwaan pemalsuan bukti apabila kedua-dua mereka dikatakan telah secara aktif terlibat dalam penyediaan laporan perubatan kedua yang menyimpulkan kecederaan yang dialami Anwar tidak konsisten dengan pukulan secara langsung, sebaliknya menyimpulkan kemungkinan kecederaan itu disebabkan oleh kemalangan.

Berikutan itu, pada 21 Julai tahun lepas, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polisnya terhadap ketua polis negara itu atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam".

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa mendakwa perkataan- perkataan berunsur fitnah sebagai tidak berasas, dan tidak benar, dan merupakan satu pemfitnahan yang teruk terhadapnya.

Musa menafikan beliau berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum dan menyatakan beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengarahkan supaya laporan perubatan kedua disediakan.

Tambahnya, laporan polis itu juga dibuat bagi memusnahkan kredibiliti bukti-bukti dan keterangan yang dikumpulkan pihak polis dan juga memusnahkan kredibiliti saksi-saksi sekiranya Anwar dituduh atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful.

Monday, March 9, 2009

mrkolumpo cuti 5 hari

Assalamualaikum..oleh kerana ada training MPLS kat menara OUA jalan Pinang, kemungkinan saya akan bercuti kejap dari jadi blogger...tgk lah..agak2 aklau tak tahan sgt (pasai hati ada sikit panas) mlm kang saya kansel la cuti 5 tuh...apa2 pun saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Himpunana Rakyat 100ribu untuk bantah PPSMI..tak kurang terima kasih jugak kepada polis dan fru serta SB-SB yang menyamar jadi peserta berpakaian preman dan juga pemimpin2 UMNO terutama pak Lah yang konon nak jadi Hero tapi berlakon saja..NATO (No Action Talk Only) dan juga si Pondan auww auwww kerana melatah dan berkeras tak mahu tunduk dengan bantahan..malah siap tuduh pulak dalang yang bantah ni pembangkang..eee geramnye lahhh...

Sekian dulu..instructor dah masuk ni...nanti sambung len kali

Thursday, March 5, 2009

Seruan kepada ahli PEKIDA

tersentak juga saya apabila membaca blog salah seorang blogger mengenai sekumpulan samseng yang mengaku PEKIDA cuba berdiri di hadapan FRU dan POLIS lantas menghalang proses demokrasi dan cuba mencetuskan huru hara dan pergaduhan dengan penyokong PR.menerusi gambar yang dipaparkan mereka cuba menumbuk dan membaling batu,botol kepada penyokong PR yang mengikuti perhimpunan aman oleh ADUN2 PR di luar bangunan SUK.

nak geleng kepala pun mcm tak jadi nak geleng pasal bukan sekali dua mereka yang mengaku PEKIDA nih menjadi alat kepada UMNO dan BN.Saya (bukan ahli PEKIDA tetapi berbaiah untuk T.Sabilillah)dengan rendah diri menyeru agar kita kembali balik kepada asas perjuangan TS dan kenang kembali apa yang telah kita lafaz sumpah kan.Ingatlah...Allah dan Kalamullah yang menjadi saksi.buruk padahnya jika kita mengingkarinya. Cek balik Alif Ba Ta tu apa maknanya? Alif tu kenapa letak kat depan sekali???Pergi lah berjumpa dengan org2 lama dan muhasabah diri kita sendiri.Apakah tindakan kita di SUK Perak itu untuk menegakkan agama???adakah orang yang kita ingin perangi itu orang yang ingin merosakkan agama kita?bangsa kita?negara kita???

Kita tidak harus menjadi alat kepada mana2 parti politik.ternyata politik bukan berada di dalam hala tuju kita. Tak salah nak menyokong UMNO ataupun PR..itu hak masing2 tetapi jangan kita gunakan baju kita ini untuk menjadi samseng...
cukuplah dengan macam2 cerita buruk yang telah tersiar di akhbar metro tentang kita.nak tambah lagi ker???cukup2 lah
malu tok ayah kita kalau dapat tahu begini...kasihan kan lah mereka...ada diantara mereka termasuk tok ayah saya sendiri yang telah kebali ke Rahmatullah..

Kepada mereka yang berada di sana tempohari, saya harap agar kita kembali bertenang dan muhasabah diri. Ahli berdaftar dan tidak berdaftar,Pekida atau pun TS,sememangnya ramai di dalam negara kita dan mereka terdiri daripada penyokong UMNO,penyokong PAS,Penyokong KEADILAN,penyokong PR malah mereka yang bebas tak berparti...jangan nanti bila dah bertemu buku lima dengan buku lima alih2 tengok2 saudara adik beradik kita sendiri...Ingat apa perjanjian kita dahulu

Saya dengan rendah diri dan dengan penuh kasih sayang berharap agar kita sama2 kembali kepada asas perjuangan kita dan bersatu.Perbezaan politik terdapat di mana2...jagan kerana berbeza pahaman politik,kita nak bersinsing lengan dan memutuskan silaturrahim antara sesama kita

ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGADILI

sekian

Tuesday, March 3, 2009

Rakyat Hakim Negara , Pilihanraya Mahkamah Negara

Sikap biased hakim dengan keputusannya yang jelas memihak kepada BN amat kita kesali.Tak cukup dengan melarang sebarang sidang DUN sehingga dibenarkan oleh mahkamah, Sivakumar pula tak dapat menggunakan peguam yang dilantiknya.
Adakah patut disuruhnya pakai penasihat undang2 negeri yang mana telah pun mewakili Zambry dalam kes mahkamah Nizar vs Zambry??? Dalam hal ini dah tentu penasihat undang2 negeri akan pening kepala mana satu nak sokong...(komprem la sokong Zambry ye dak???)

Sekarang ini apa yang jelas dan telah berbuih2 mulut dan keyboard para blogger seluruh Malaysia memohon jasa baik Tuanku untuk BACK TO BASIC..yakni pulangkan kembali hak kepada rakyat. (rasa dah penat dan meluat nak ckp..dia bukannye nak dengar..geram pun ada..)

biarkan lah RAKYAT MENJADI HAKIM dan BIARLAH PILIHANRAYA MENJADI MAHKAMAHNYA dalam menentukan siapa yang layak memerintah?sapa yang dikehendaki rakyat?siapa yang bersalah?siapa yang menderhaka?siapa yang rakyat benci dan menyampah?

Monday, March 2, 2009

Reposted : Zionist dan ILLuminati

SIla layari youtube atau lihat videobar wakeup dan wakeup#2 di atas...
Saya ingin repost balik posting ini agar dapat dijadikan peringatan kepada kita semua....

Semalam setelah melayari blog nuraflah, saya tertarik dgn satu tajuk di youtube bertajuk " The Arrival ". Ianya satu pembongkaran oleh sekumpulan anak muda seperti Noreagaaa dan kawan2 tentang penipuan dan kerja jahat kesatuan Yahudi Zionis dan Freemason.
Setelah menonton The Arrival pt.1, langsung saya tidak dapat tidur sehingga ke subuh kerana terus asyik menonton dokumentari yang amat menarik sehingga ke part 49 (masih byk lagi siri yang saya nampak sehingga mencecah puluhan siri)
Dokumentari tersebut membongkar tentangperancangan kaum Yahudi untuk menyambut Kedatangan Dajjal ( Anti-Christ) dan juga menceritakan tentang kedatangan Cicit Rasulullah Yang Mulia Imam Muhammad As Suhaimi (atau dikenali sebagai Imam Muhammad Al-Mahdi @ Imam Mahdi) dan juga menceritakan tentang kedatangan Yang Mulia Nabi Isa a.s

Saya amat mengsyorkan kepada para blogger / pelawat / rakan2 untuk menonton sendiri pembongkaran anak muda tersebut.

Apa yang menariknya, cara mereka untuk meyakinkan kepada para penonton seluruh dunia samada seorang muslim, kristian, yahudi mahu pun atheist amat menarik. mereka menggunakan satu cara kaedah "Free Your Mind" atau pembebasan minda ala ala cerita The Matrix.

Ianya menceritakan tentang wujudnya satu kerja jahat / konspirasi yang telah dilakukan oleh kumpulan FreeMason dan Zionist yang mepunyai kaitan darah dengan pemimpin Amerika sejak dari dahulu dan juga pemimpin Raja England sejak dari dahulu. dan YA..Tak terkecuali orang yang amat diharap2kan oleh dunia sekarang iaitu OBAMA. Mereka adalah dikenali sebagai kumpulan ELIT yang mempuyai susur galur keturunan dari Firaun Laknatullah.

Mungkin kita hairan apa kene mengena dengan lambang Piramid dan lambang "The Seeing Eye" (Mata satu @ mata Dajjal Laknatullah) Mesir dengan Amerika dan England???

Saya taknak megulas panjang..diharap kita semua boleh menonton youtube berkenaan dan akan terjawablah segala persoalan tentang Yahudi,Zionist,cuti hari AHAD,Madonna+Britney Spears+Cristina Aguliera, kematian Puteri Diana, Serangan 911 di twin tower dan pentagon, kaitan Dajjal-Yahudi-Amerika-England,Mcdonalds,Starbuck,kejadian Hollocaust Nazi (yang di bayar oleh grup Zionis kepada Hitler) ,peperangan Iraq, Pencerobohan Palestin dan segala2 yang kita tak pernah terpikir selama ini...

p/s : I am already been unplugged from the illussion Zionist dan Yahudi...anda bila lagi...

Kan Dah HuRu HaRa???

1) Manusia bergelar YB hilang diculik, kemudian setelah di kemukakan surat akuan sumpah untuk meletak jawatan..terus muncul dan bersalin kulit dari manusia menjadi seekor katak puru dan mendakwa telah keluar dari parti serta ingin jadi calon bebas.

2)Dah elok2, dah molek2 kerajaan perak di ketuai oleh pakatan rakyat yang menang dalam pilihanraya..pilihan rakyat tibe2 bertukar tangan kepada kerajaan haram yang mencilok kuasa dgn cara culik, ugut dan rasuah.

3) Sebelum ni MB bernama Nizar dah bertukar pulak kepada Mamak Bendahara bernama Zambry

4)MB sah buat mesyuarat dan mengemukakan dasar-dasar dan langkah-langkah untuk negeri Perak, MB baru haram pulak kata tak sah dan buat menyuarat lain pulak

5) Exco2 kerajaan tibe2 bertukar kepada exco2 baru yang haram

6)Sultan kata A tapi rakyat nak B

7)Speaker nak adakan sidang DUN tapi BN pulak yang beria2 kata sidang tak sah.ikut LAW memang sah, tapi ikut MB baru kata ta sah..mana satu nak ikut ni???

8)Penyudahnya rakyat Perak dan rakyat Malaysia jugak yang pening.macamana lah nak berurusan dengan kerajaan negeri yang porak peranda ni?????

kesimpulan : Sultan Perak tengah buat apa???tak kesian ker tgk rakyat porak peranda...esok nak bersidang..alih2 dewan pulak kene tutup...agaknya esok tercatat lagi satu sejarah sidang DUN Perak akan bersidang di tempat letak kereta berbumbungkan langit dan ber-air-conditionkan udara segar...dan mungkin di tempat letak kereta kerajaan BN yang haram ini akan tumbang agaknya...hehehehe
Saya sekali lagi merayu kepada Duli Yang Mulia Sultan Perak yang Arif lagi Bijaksana untuk bertindak membubarkan DUN Perak. Hanya itu sahaja jawapan kepada kecelaruan ini....

Kompleks pentadbiran negeri Perak di Tutup Untuk halang sidang DUN???

kenapa????
takut ker????
gabra gile la tu si mamak bendahara dgn najis nazak
apa lah busuk benor ati BN nih???
dah abis idea camne nak sekat, dibantainye tutup tempat nak bersidang???
bijak- bijak
apa tak ditutup satu perak dengan tudung saji????
kan lagi mudah
citttt..busuk punya kaki

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar
Mar 2, 09 12:27pm
kemaskini 6.49pm Dalam tindakan mengejut - dipercayai untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok - kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Manakala ketua polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut.

Menurut Bernama, Datuk Zulkefli Abdullah berkata pentadbiran bangunan itu telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja- pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," beliau dipetik berkata.

Malaysiakini difahamkan beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran tersebut.

Sementara itu, sebagai reaksi segera terhadap keputusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, bekas exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Speaker akan ke bangunan tersebut esok.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker DUN V Sivakumar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Sementara itu, menteri besar dan barisan exconya menfailkan permohonan di mahkamah bagi membatalkan keputusan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Permohonan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh jam 9 pagi esok.

Ketiga-tiga wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan BN negeri - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - pula menfailkan permohonan untuk membatalkan surat peletakan jawatan sebagai anggota DUN.