SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Sunday, February 8, 2009

YB ARUMUGAN DUN BKT SELAMBAU MMG SEORANG YANG GENTLEMAN

ALOR SETAR [1.37 am] - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka bersama BN.

Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan sebentar tadi. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini.


SEMEMANGNYA YB ARUMUGAN SEPATUTNYA DIBERI PENGIKTIRAFAN DAN PENGHORMATAN KERANA SEORANG YANG GENTLEMAN.BELIAU TELAH MEMBUKTIKAN YANG BELIAU SEORANG YANG JUJUR DAN TIDAK MATA DUITAN.BELIAU SANGGUP MELETAKKAN JAWATAN DEMI KELUARGA,MARUAH DIRI,PARTI DAN YANG LEBIH PENTING DEMI TIDAK MEMBELAKANGKAN RAKYAT DAN PENGUNDI DUN BKT SELAMBAU.

TIDAK SEPERTI 3 EKOR KATAK DARI BOTA,C.JERING DAN BEHRANG YANG TERNYATA AWAL2 TELAH KALAH JIKA MAHU DIBANDINGKAN DENGAN YB DUN SELAMBAU INI.MENGAKU SAHAJA ISLAM DAN MELAYU TAPI KALAH DAN JAUH LEBIH HINA DARI YB ARUMUGAN YANG MULIA WALAUPUN BELIAU BUKAN SEORANG MUSLIM....

U SHOULD BE ASHAMED OF URSELF WAHAI FROGGIE LUBANG JAMBAN

No comments: