*DI AMBIL DARI POSTING SANGGAHTOKSAGO
RAKAN sekampung saya, Johari Jaafar melaporkan petang tadi kisah sewaktu kunjungan kali akhir MB ke Bangunan SUK bersama para exconya. Lapor Johari, tindakan zalim BN yang merampas kuasa daripada Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah dan tidak bermoral telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
Di mana-mana beliau berada, orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan memberikan sokongan padu kepadanya. Hari ini (Jumaat 6 Februari 09) Dato' Seri Ir Mohamad Nizar menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy.
Pada masa yang sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga menunaikan solat Jumaat di situ. Selepas solat Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni oleh orang ramai, mereka bersalam-salaman dan berpelukan.
Masing-masing menyatakan sokongan dan simpati kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Zahid Hamid.
Ada yang mengalir air mata manakala laungan takbir bergema di Masjid Jalan Dairy. Sementara, Datuk Zahid selepas menunaikan solat terus meninggalkan masjid dan tiada siapa yang mengerumuninya.
Pada sebelah paginya, Menteri Besar Perak telah dilayan dan dihalau dengan tidak sopan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, kejadian itu berlaku ketika Nizar bersama semua exconya berada di Pejabat Menteri Besar. Ketika itu Menteri Besar sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan.
Misbah mendakwa pihak polis turut digunakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri setelah pihak keselamatan Pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian.
Kedatangan Menteri Besar dan exco disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan Pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi Nizar ke pejabatnya.
Menteri Besar sempat melawat beberapa pejabat exco yang lain. Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat exco yang dilawati ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham.
Menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan di atas meja.
Sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan Nizar. Dari riak muka yang ditunjukkan semuanya menampakkan sayu dan sedih, ada juga yang menitis air mata.
Mereka bersedih kerana pemimpin yang disayangi, mudah didampingi, mesra dan suaranya yang sentiasa memberi nasihat selepas solat Zohor tidak akan didengari lagi selepas ini...
Ramai juga yang bersalaman dengan Misbahul Munir, Setiausaha Politik kepada Nizar dan berpeluk-pelukan.
"Saya sempat berbisik dengan beberapa orang yang bersalaman dengan saya, "Insyallah, kalau ada kejutan nanti, kami akan kembali semula ke sini," kata Misbah.
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment