SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, February 18, 2009

DUN Perak Jadi Dibubarkan???

Jika benar lah Dun Perak akan terbubar..agak2 apa lah yg akan terjadi?

a)Najib,Zambry dan konco2 BN akan berdemo pulak depan istana???
b)Seluruh jentera dan media tv suratkhabar BN akan memalu gendang mencanang ke seluruh Malaysia bahawa Pakatan Rakyat cuba merampas kuasa dan tak bermoral???
c)Rakyat Perak dan seluruh penyokong PR semalaysia akan melompat kegirangan dan bersyukur akan keadilan dan hak telah dikembalikan kepada rakyat
d)TV dan surat khabar akan berulang2 menayangkan drama swasta lakonan Mat Taib isu Tadika yang kononnya dikunci apdahal tidak
e)SPR akan melengah2kan atau lebih teruk lagi bertindak sebagai mahkamah agong dengan tidak mahu mengesahkan pembubaran DUN
f)Najib akan terus menaiki SUKHOI terbang ke istana mengadap paduka baginda sultan perak untuk memujuk baginda supaya tidak perkenan
g)..dan bermacam2 kemungkinan
h) ermmm yg ni saya tak tahu nak agak..terserah kepada pembaca..agak2nya lah..apa agaknya titah Sultan Perak kali ini samada nak dengar kehendak rakyat atau menurut pujuk rayu Hantu Kopek..


...di bawah artikel yang dicilok ( BUKAN DICULIK) dgn cara terhormat dari blog muslimeen united...terima kasih bang yer..

Seperti yang telah dijangkakan awal-awal lagi tindakan BN khususnya Umno menggunakan pintu belakang untuk berkuasa di Perak akan memakan diri sendiri.

Terkini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' Perak digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Beliau dan enam exconya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN iaitu hanya tinggal 24 kerusi itupun kalau campur 'tiga wakil bebas' yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker dun, S. Sivakumar.

Jika sidang Dun diadakan dengan mudah-mudah je usul untuk membubarkan Dun serta 'undi tidak percaya' pada 'kerajaan baru' diadakan.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang direka di Perak selain Sultan Perak kena memikirkan kepentingan rakyat dari segi sosio politik dengan memperkenankan pembubaran dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat! Apa perancangan Najib yang seterusnya? Najib sudah pasti tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi sudah wujud gesaan agar Pak Lah menangguhkan proses penyerahan jawatan PM kepada Najib.

1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletak
jawatan malam ini..!

2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebab
tak dapat beli sayur dekat pasar..!

3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan
etang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadir
digantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCO
digantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.

4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...

No comments: