SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Thursday, February 12, 2009

Mesej Untuk Semua Penyokong PR

a href="http://testi.iluvislam.com">
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 11, 2009

Teriak vs Suara Hati

Teriak : Kami lah pembela orang Melayu
Suara hati : kihkihkih projek dan saham aku lah yang sapu....

Teriak : Kami lah pembela Islam di Malaysia ini
Suara hati : "ermm hukum hudud ni tak sesuai lah dgn zaman sekarang ni...terlalu kuno"..."apa itu qoran boleh bikin jalanraya ka???"..."sapa penah nampak janggut nabi????sapa penah nampak???..dll

Teriak : Daulat Tuanku..cisss bedebah punya karpal..sanggup kau menderhaka
Suara Hati : "KAMI MAHU IDRIS, NATANG"

BEGITULAH ANTARA PRO AND KONTRA NYA TERIAKAN DAN BISIKAN SUARA HATI ATAUPUN KEBENARAN YANG ADA PADA GENG2 PEMIMPIN UMNO...IKUTKAN NAK SENARAI MMG PANJANG TAPI CUKUPLAH NI BUAT MUQADIMAH..KADANG2 SAYA HAIRAN..ADA ANTARA RAKAN DAN JUGA BLOGGER YANG SAYA KENAL BELAJAR AGAMA WUIHHH BOLEH TAHAN...TAPI ENTAH LAH..MCMANA KEPALA HOTAK MEREKA TAK LEH PIKIR BENDE YG BASIC NI..ALIH2 UMNO LAH YANG BETUL..PAS LAH YG SESAT..AGAKNYA ITULAH YANG DINAMAKAN KARAT..AGAKNYA ITULAH YG DINAMAKAN HATI TELAH DIHIJAB...SAYA DOAKAN MEREKA SEMUA DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH...PERNAH JUGA SAYA MEMBUAT CABARAN UNTUK BERSOLAH SUNAT HAJAT DAN ISTIKHARAH BERSAMA2 UNTUK MENCARI KEBENARAN SAMADA PAS YANG BENAR ATAU UMNO YANG BENAR...DALAM CABARAN ITU JUGA SAYA BERTEKAD UNTUK MEYOKONG UMNO JIKA DIBERI PETUNJUK UMNO ITU BETUL DAN JUGA SEBALIKNYA SAYA AKAN MENCABAR MEREKA UNTUK MENYOKONG PAS JIKA DIBERI PETUNJUK PAS ITU BETUL...TAPI MALANGNYA TAKDE SAMBUTAN..DLM BLOG BUKAN MAIN..TAPI ENTAH LAH..NAK KATA PENGECUT TU..MCM MUSTAHIL..AGAKNYA TAKUT NAK HADAP KENYATAAN YANG ALLAH NAK BAGI PADA MEREKA..TAKPE LAH..MARILAH KITA SAMA2 MENDOAKAN AGAR CAHAYA KEBENARAN AKAN BERSULUH KEDALAM HATI MEREKA LALU BERSINAR..AMIINNNN

Tuesday, February 10, 2009

cerita dari blogger firdaus

UMNO Buat Lawak Tepi Jalan Di Alor Setar

Pagi tadi ketika melalui Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar, saya melihat satu kain rentang besar di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar. Kain rentang tersebut jelas kelihatan, kerana ia satu-satunya yang terpasang di situ. Mengikut Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), kain rentang tidak dibenarkan di pasang di bulatan tersebut kerana ia menghalang penglihatan pengguna jalan raya. Dulu pernah ada pihak yang meletakkan kain rentang di situ, tapi akhirnya diturunkan oleh MBAS. Sebab itu tiada pihak yang meletakkan kain rentang di kawasan yang tidak dibenarkan tersebut. Jelas, pihak yang meletakkan kain rentang itu pagi tadi seperti sengaja ingin mencabar undang-undang negara.

Apabila didekati, kelihatan kain rentang tersebut mempunyai logo keris yang menikam bumi dengan kata-kata "UMNO Mendaulatkan Raja Berpelembagaan". Oh, rupanya kain rentang UMNO! Kain rentang yang mungkin sengaja diletakkan ditempat yang tidak dibenarkan oleh undang-undang bagi membuktikan pihak yang meletakkannya tidak menyedari peraturan dan undang-undang atau sengaja untuk mencabar uindang-undang.

Saya tergelak berdekah melihat kata-kata, "UMNO mendaulatkan Raja Berpelembagaan" yang terpampang dalam kain rentang itu. Saya lihat seorang amoi di dalam kereta sebelah turut tersenyum bila melepasi kain rentang itu. Mungkin dia sedang terfikir apa yang sedang saya fikiri bila melihat makna di sebalik kata-kata di kain rentang itu.

Lalu teringatlah saya sejarah kedaulatan Raja berpelembagaan di negara ini selepas merdeka. Teringatlah tentang kedaulatan Raja-Raja yang dihakis oleh kerajaan BN dalam krisis perlembagaan pada 1983. Teringat juga episod imuniti Raja-Raja yang dihapuskan pada 1993 oleh kerajaan BN. Teringat bagaimana kejamnya media arus perdana pada 1993 yang dikuasai BN yang menelanjangkan kisah-kisah keburukan Raja-Raja dan kaum kerabat mereka, termasuk kisah gaya hidup, kekayaan dan kisah-kisah peribadi seperti suka berpoya-poya dan sering membuat salah laku. Lalu keluarlah kisah anak Raja yang memiliki kereta Lamborghini bernilai jutaan ringgit, ada yang santap dalam pinggan bersalut emas dan pelbagai lagi kisah yang dicungkil oleh media milik BN untuk memburukkan Raja-Raja. Bukan sahaja berita, filem-filem lama tentang kekejaman dan ketidak bijaksanaan Raja-Raja juga dipaparkan di TV ketika itu, termasuk kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Raja Bersiung, Musang Berjanggut, Lancang Kuning, Singapura Dilanggar Todak dan lain-lain lagi. Cerita-cerita itu pula diulang tayang di TV bukan sekali dua kali tapi banyak kali hingga berminggu-minggu lamanya.

Semua orang ketika itu tahu tujuan Kerajaan BN melakukan penghinaan terhadap Raja-Raja melalui media ketika itu adalah untuk membentuk persepsi rakyat bagi membenci Raja-Raja Melayu. Kerajaan BN cuba katakan Raja-Raja Melayu berperangai buruk dan oleh itu imuniti yang mereka nikmati harus dihapuskan. Percubaan menghina Raja-Raja Melayu oleh UMNO ketika itu sampai ke puncak apabila terdapat percubaan untuk melantik seorang Sultan baru di Kelantan oleh UMNO di bawah sepohon pokok!!

Dan kisah penghinaan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu itu timbul lagi selepas PRU ke-12 tahun lepas di Terengganu dan Perlis. Kisah penghinaan UMNO terhadap Raja-Raja di Terengganu dan Perlis itu tidak perlu diceritakan lagi kerana semua orang sudah tahu dan ia masih segar dalam ingatan kebanyakan orang. Barangkali hanya segelintir pemimpin dan penyokong UMNO yang buat-buat terlupa sejarah sahaja yang tidak ingat cerita penghinaan parti itu terhadap Raja-Raja.

Kain rentang UMNO di Bulatan Teluk Wanjah itu mempunyai makna tersurat dan tersirat. Yang tersurat ialah hasrat UMNO untuk mendaulatkan Raja berpelembagaan. Yang tersirat ialah sejak dulu UMNO telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa merekalah sang juara yang tidak pernah segan silu untuk menghina Raja, memperlekeh Raja, memperbodohkan Raja dan akhirnya menghapuskan kebanyakan kuasa dan imuniti baginda.

Dan kini apabila UMNO menyatakan ingin mendaulatkah Raja-Raja ia tidak lebih dari satu cerita lawak tepi jalan yang tiada siapa percaya dan tiada nilai berita. Sejarah telah mencatatkan merekalah juara penghina Raja-Raja Melayu dan sejarah itu tidak akan terpadam dulu, kini dan selamanya.

Catatan: Apabila saya melalui Bulatan Teluk Wanjah sekali lagi petang tadi, kain rentang yang diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan itu tidak kelihatan lagi. Mungkin telah diturunkan oleh anggota MBAS atau diturunkan sendiri oleh anggota UMNO yang mungkin baru menyedari mendaulatkan Raja berpelembagaan juga adalah bermakna menghormati undang-undang negara!

ANAK GAMPANG

KELUAR BERITA KAT MALAYSIAKINI KDN BUAT OPERASI BESAR2AN RAMPAS AKHBAR HARAKAH DAN SUARA KEADILAN.DLM HATI AKU CKP CILAKE BETUL LA ANAK GAMPANG SEMUA NIH...TAKUT LAH TUH...DAH BUAT TAIK KAT PERAK, TAU PULAK TAKUT RAKYAT DAPAT GAMBARAN DAN CERITA SEBENAR.

APA ANAK GAMPANG TU SEMUA PIKIR NAK SUH RAKYAT MALAYSIA NI BACA BERITA HAIRAN, UTUSAN MELOYA JE KER???NAK ANGGAP BERITA DARI MEDIA ANAK GAMPANG MCM ALQURAN??NAK SUH ORG PERCAYA BULAT2 CERITA ANAK GAMPANG???

HAH..ANAK GAMPANG..NI ADA SATU LAGI KORANG TERTINGGAL..NIH INTERNET NI...HA..APA LAGI??RAMPAS LAH...PI SERBU TELEKOM KAT BRICKFIELD TUHH..SEGALA BAPAK SERVER ROUTER YANG KONTROL SERVIS INTERNET ADA KAT SITU..HA PERGI TUTUP SUIS ROUTER N SERVER TU..BARU PUAS HATI KORANG ANAK GAMPANG???

Sunday, February 8, 2009

Himpunan Rakyat Perak di Kediaman MB Nizar

uka atau tidak, mahu atau tidak, pilihanraya mesti diadakan di Perak.

Itulah pemerhatian yang dapat dirumuskan dengan melihat perkembangan mutakhir di Perak.

Suhu politik di negeri Long Jaafar benar-benar telah naik mendadak. Perhimpunan Pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diadakan sebentar tadi di kediaman Menteri Besar Perak yang dihadiri oleh tidak kurang 30 ribu rakyat membuktikan bahawa tidak mungkin sama sekali arus kebangkitan rakyat itu dapat dibendung lagi.

TPM, Datuk Seri Najib bertanggungjawab terhadap segala kemelut yang berlaku dan beliau kini telah menjadi satu ikon kebencian rakyat Perak.

Datuk Seri Nizar telah menyatakan dengan tegas dan memberi amaran supaya jangan berlaku biadab dengan rakyat Perak, dan jangan pijak kepala rakyat sambil menegaskan hak rakyat perlu dikembalikan dengan diadakan semula pilihanraya di Perak.

"Kita akan ambil semula hak kita yang telah dirompak oleh Najib Altantuya," tegasnya.

Laungan "Allahu Akbar" dan "Reformasi" sentiasa kedengaran di sepanjang majlis ceramah yang bermula selepas Isya' itu.

Apa yang dilakukan oleh Najib yang telah memperkosa kedaulatan rakyat telah ditolak oleh rakyat dan beliau kini dihalang untuk datang ke Perak. Kemarahan rakyat Perak terhadap beliau memuncak kebelakangan ini sehingga beliau terpaksa membatalkan kedatangannya ke Perak untuk bersama-sama meraikan Tahun Bru Cina di SRJK Yuk Choy diatas nasihat pihak polis yang melihat "ancaman besar" sedang menantinya jika beliau hadir di Perak.

Ia diulangi oleh Naib Presiden DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong yang dengan tegas menyeru "mari kita nyahkan Najib balik ke KL sebagaimana orang Terengganu menghalau Najib."

"Kami tidak mahu kamu (Najib) datang ke Perak" kata Tan dalam bahasa Manderin sambil mengharapkan masih ada sinar keadilan di dalam sistem kehakiman di Malaysia supaya kes ini boleh dibawa kemahkamah mendapat keputusan yang betul untuk Perak Darul Ridzuan dan bukan Darul Zalim.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan tujuan perhimpunan diadakan untuk menyatakan kepada seluruh Rakyat dan seluruh dunia bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan sehingga kini beliau masih seorang Menteri Besar.

Beliau telah dipilih melalui pilihanraya, walaupun dia seorang manusia yang ada kelemahan tetapi beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya, kata Abdul Hadi.

"Sila beritahu apakah penyelewengan yang beliau lakukan jika ada, samada rasuah dan sebagainya." tanya Abdul Hadi.

Sambil merujuk tindakan Najib sebagai perompak kerajaan Perak Abd Hadi bertanya "adakah rakyat Perak boleh menerima kerajaan penyamun?"

Kita akan bangkit sebagai umat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama untuk menegakkan kebaikan, kerana kita berada dalam satu kapal dan jangan benarkan orang tebuk kapal itu.

"Mari kita menghalau hantu dan jembalang yang berkuasa di Perak." seru Abdul Hadi.

"Cantas pemimpin-pemimpin yang celaka dan humbankan ke laut." katanya mengakhiri ucapannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Perak telah dicabuli sekalipun majoriti rakyat Perak menginginkan perubahan dan telah menabalkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Anwar menegaskan bahawa kita menyokong Datuk Seri Nizar kerana jiwanya adalah jiwa yang hendak membela rakyat Perak. Dia tidak mengkayakan dirinya (sepertimana jiwa pemimpin UMNO). .

Beliau menjawab kritikan pihak tertentu yang mempersoalkan tindakan Nizar yang menganugerahkan tanah kepada penduduk kampung baru Cina di negeri Perak yang kononnya telah membelakangkan Kanun Tanah Negara.

"Apa salah bagi tanah kepada tanah kepada orang Cina dan India di Kampong Baru," tanya Anwar sambil mempersoalkan seluruh genting Hingland kepada siapa UMNO bagi? Lim Goh Tong! Bagaimana pula dengan Pangkor?

"Bagi tanah kepada taukeh Cina tidak apa, bagi tanah kepada Cina miskin salah. Kita wajib tolong orang miskin tidak mengira Melayu, Cina dan India," tambah Anwar.

Keputusan Menteri Besar Perak itu (dengan sedikit pemberian tanah kepada kaum Cina yang miskin) tidak sedikit pun menjejaskan kepentingan orang Melayu tetapi UMNO sengaja menyemarakkan sentimen perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Pendirian PR cukup jelas, Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan saya, kita sepakat secara prinsip untuk bela rakyat dan kedaulatan raja-raja Melayu dipertahankan." tegas Anwar.

Anwar sewaktu ditanya selepas majlis ceramahnya mengenai kritikan Karpal Singh yang mendesak beliau berundur dari memimpin Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa beliau telah pun menanyakan hal tersebut kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan YB Lim Kit Siang menyatakan bahawa itu hanyalah pandangan peribadi Karpal.”

Kredit kepada
idhamlim
pinkturtle
malaysianinsider
perakexpress
cenangau

YB ARUMUGAN DUN BKT SELAMBAU MMG SEORANG YANG GENTLEMAN

ALOR SETAR [1.37 am] - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka bersama BN.

Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan sebentar tadi. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini.


SEMEMANGNYA YB ARUMUGAN SEPATUTNYA DIBERI PENGIKTIRAFAN DAN PENGHORMATAN KERANA SEORANG YANG GENTLEMAN.BELIAU TELAH MEMBUKTIKAN YANG BELIAU SEORANG YANG JUJUR DAN TIDAK MATA DUITAN.BELIAU SANGGUP MELETAKKAN JAWATAN DEMI KELUARGA,MARUAH DIRI,PARTI DAN YANG LEBIH PENTING DEMI TIDAK MEMBELAKANGKAN RAKYAT DAN PENGUNDI DUN BKT SELAMBAU.

TIDAK SEPERTI 3 EKOR KATAK DARI BOTA,C.JERING DAN BEHRANG YANG TERNYATA AWAL2 TELAH KALAH JIKA MAHU DIBANDINGKAN DENGAN YB DUN SELAMBAU INI.MENGAKU SAHAJA ISLAM DAN MELAYU TAPI KALAH DAN JAUH LEBIH HINA DARI YB ARUMUGAN YANG MULIA WALAUPUN BELIAU BUKAN SEORANG MUSLIM....

U SHOULD BE ASHAMED OF URSELF WAHAI FROGGIE LUBANG JAMBAN

Saturday, February 7, 2009

iNSYA-ALLAH KAMI AKAN KEMBALI KE SINI - MISBAHUL MUNIR

*DI AMBIL DARI POSTING SANGGAHTOKSAGO

RAKAN sekampung saya, Johari Jaafar melaporkan petang tadi kisah sewaktu kunjungan kali akhir MB ke Bangunan SUK bersama para exconya. Lapor Johari, tindakan zalim BN yang merampas kuasa daripada Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah dan tidak bermoral telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

Di mana-mana beliau berada, orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan memberikan sokongan padu kepadanya. Hari ini (Jumaat 6 Februari 09) Dato' Seri Ir Mohamad Nizar menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy.

Pada masa yang sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga menunaikan solat Jumaat di situ. Selepas solat Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni oleh orang ramai, mereka bersalam-salaman dan berpelukan.

Masing-masing menyatakan sokongan dan simpati kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Zahid Hamid.

Ada yang mengalir air mata manakala laungan takbir bergema di Masjid Jalan Dairy. Sementara, Datuk Zahid selepas menunaikan solat terus meninggalkan masjid dan tiada siapa yang mengerumuninya.

Pada sebelah paginya, Menteri Besar Perak telah dilayan dan dihalau dengan tidak sopan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, kejadian itu berlaku ketika Nizar bersama semua exconya berada di Pejabat Menteri Besar. Ketika itu Menteri Besar sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan.

Misbah mendakwa pihak polis turut digunakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri setelah pihak keselamatan Pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian.

Kedatangan Menteri Besar dan exco disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan Pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi Nizar ke pejabatnya.

Menteri Besar sempat melawat beberapa pejabat exco yang lain. Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat exco yang dilawati ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham.

Menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan di atas meja.

Sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan Nizar. Dari riak muka yang ditunjukkan semuanya menampakkan sayu dan sedih, ada juga yang menitis air mata.

Mereka bersedih kerana pemimpin yang disayangi, mudah didampingi, mesra dan suaranya yang sentiasa memberi nasihat selepas solat Zohor tidak akan didengari lagi selepas ini...

Ramai juga yang bersalaman dengan Misbahul Munir, Setiausaha Politik kepada Nizar dan berpeluk-pelukan.

"Saya sempat berbisik dengan beberapa orang yang bersalaman dengan saya, "Insyallah, kalau ada kejutan nanti, kami akan kembali semula ke sini," kata Misbah.