Terbaca saya tulisan blog dari sahabat saya saudara shamsuddinmoner tentang penulisan beliau mengenai "kenapa pas tak berpegang teguhdengan tali Allah?"
boleh di baca di sini http://shamsuddinmoner.blogspot.com/2009/06/kenapa-pas-tak-berpegang-teguh-dengan.html
saya try post comment tapi tak berhasil..jadi saya copy n paste komen saya dalam bentuk pertanyaan di bawah. harap bro sudin boleh komen
salam warihhh,
nabi kita ada bersabda : Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assobiyah (kebangsaan), bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assobiyah, bukan dari kita orang yang mati di atas dasar2 assobiyah...hadis riwayat Imam Muslim
kalau saya berpandukan hadis ni...Pas tak assobiyah. tapi UMNo terang2 parti kebangsaan...parti memperjuangkan melayu....Nabi cakap bukan dari kalangan dia kalau perjuangkan bangsa ni...PAS perjuangkan Islam.so id rather choos PAS.u can say wat u like bro...pas sempit?sesat?? tepuk dada tanya iman....kalau saya buta hati,buta jiwa hanya kerana menyokong orang yang nak tegakkan Islam..apa pulak label yang sesuai untuk org yang memperjuangkan kebangsaan??perjuangkan melayu???Nabi dah kata dah tak mengaku...saya ikut nabi...abang sudin nak ikut sapa???
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam Mrkolumpo,
Awat tanya Ustaz Umno. Dekat UM dulu dia memang dah sokong UMNO.
Dia akan kata nasionalisme adalah berteraskan negara bangsa. Asabiyyah adalah fanatik pada kaum.Dia akan mengunakan hadis dan sejarah untuk mengesahkan nasionalisme. Suruh dia baca buku 'The Myth of Nationalism'dan 'Paradox of Nationalism'.
Tetapi ustaz ini seperti yang saya cakap tadi akan mencari dalil naqli dan akli untuk mengesahkan nationalisme dan kalau dia membawa kononnya hadis " cinta pada negara adalah sebahagian dari iman', beritahu dia itu adalah hadis palsu/maudhu.
Apapun dalam Umno dia diiktiraf sebagai ulamak besar!!!
salam pak syeikh
saja ja nak tgk apa hujah dia..kadang2 berdebat ni seronok jugak...
kehkehkehkehkeh....
Salam Mrkolumpo.
Ukhuwwah ditakrifkan sebagai tali perpaduan yang berlandaskan persaudaraan di dalam Islam. Ukhuwwah Islamiah diamalkan oleh Rasulullah (s.a.w.) semasa menyatupadukan penduduk Madinah yang berpuak-puak semasa penubuhan negara Islam yang pertama. Keputusan di buat secara terbuka tanpa mengira keutamaan kepada ahli-ahli dalam sesuatu puak. Misalnya "kontrak Kerajaan Negeri Kelantan layak diberi kepada ahli UMNO".
Assabiyah pula (berlawanan dengan ukhuwwah) ialah suatu semangat berpuak-puak yang menebal tanpa mengambil kira betul atau salah. Keputusan yang dibuat akan menyebelahi sesuatu puak. Misalnya "kontrak Kerajaan Negeri Perak tidak layak diberi kepada ahli PAS".
Kesimpulan saya adalah:
Selagi ada semangat kepartian, semangat berkumpulan dalam politik dan selagi ada borang keahlian, tak kiralah samada PAS atau UMNO atau PKR selagi itulah adanya amalan Assabiyah.
Siapa yang memperkenalkan politik kepartian dan demokrasi di Malaysia? Bukankah British yang dengki dengan perpaduan Islam? Demokrasi pun asalnya dari Roman Empire, bukannya dari kekhalifahan Islam!
Rasanya tak ada kontrak Kerajaan Negeri Perak diberi kepada ahli PAS (kecuali waktu DS Nizar jadi MB) dan tak ada kontrak Kerajaan Negeri Kelantan diberi kepada ahli UMNO.
5 X 2...2 X 5.
Sekadar pendapat saya yang dhoif.
terima kasih bro zaidi...satu komen yang jujur dan ikhlas...cuma yang bro ckp 2 lebih sesuai dinamakan kronisme dan bukan assobiyah...dua dua jahat dan dua dua tak betul...tinggal lagi assobiyah ni adalah satu ajaran yang amat digalakkan dalam freemasonry...mereka menanamkan sifat2 kebangsaan kepada negara2 islam seperti UMNO,MIC,MCA..kite harus lari dari parti kebangsaan seperti ini dan seharusnya wajib bagi kite bersatu di bawah perjuangan islam seperti yang di gesa oleh our nabi yal karim.islam menyatu padukan dan bukan mengajar untuk dijadikan sempadanan di antara melayu,cina,india...semua org boleh islam tapi tak semua orang boleh jadi melayu,jadi arab,jadi cina atau jadi india
Salam mrkolumpo dan semua yang beriman.
Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!
Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.
Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.
PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI.
Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.
Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100%berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.
Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.
Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.
Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
insya Allah.
Cuma peringatan dari seorang hamba Allah yang serba dhoif.
betul tu en.mrkolumpo.
*nk komen lebih2 takut kene tut lak nti.. hehe..
hehehe takat kene tut mmg biasa lah tu cik..anyway thanks for drop by
Post a Comment