SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Tuesday, June 30, 2009

Freemason, illuminati, peringatan dari blogger zaidi ali

Salam mrkolumpo dan semua yang beriman.

Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!

Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.

Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.

PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI.

Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.

Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100%berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.

Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.

Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.

Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
insya Allah.

Cuma peringatan dari seorang hamba Allah yang serba dhoif.

Komen saya : Selagi malaysia masih mengamalkan konsep parlimen,demokrasi selagi itulah PAS mahu atau tidak akan memperjuangkan ISLAM mengikut landasan yang ada sama seperti hamas.seluruh dunia even palestin mahupun iran, kite semua sudah terjajah dgn cara demokrasi.tapi percaya lah...akan datang satu hari dimana kite akan kembali kepada sistem khalifah seperti di zaman kegemilangan islam.N our President atau Perdana Menteri ketika itu adalah Imam Mahdi a.s. satu dunia akan diperintah oleh baginda selepas peperangan memerangi dajjal,israel dan sekutunya.Beliau akan dibantu oleh Nabi isa a.s...dan saya yakin ketika itu dunia akan kembali tanpa sempadan.No visa, no pasport n we r free to go everywhere we like. A world without border.sempadan,visa,passport ini juga adalah hasil dari karya agung freemason untuk memecahbelahkan manusia melalui Divide n Rule....
Persoalannya : semasa turunnya Imam mahdi n Nabi Isa, di mana kite berada?dengan siapa yang kita sokong?parti yang perjuangkan ISLAM atau parti yang memperjuangkan kebangsaan Melayu,Cina atau India???Coz they are not sent down to fight for the arabs?not for the palestine?but they are figthing for ISLAM, for ALLAH, and for HUMAN KIND as a whole.

boleh pilih dari sekarang nak sokong yang mana yer...????

1 comment:

Anonymous said...

Salam mrkolumpo.

Terima kasih kerana berkongsi peringatan tersebut. Juga akan terus mengingatkan si pemberi peringatan. Izinkan saya memberi sedikit komen terhadap entri ini.

Ya benar. "Divide & Rule" itulah yang menjadi polisi tunggak kerajaan dajjal. Kalau tak percaya, lihatlah semasa keputusan pilihanraya diumumkan. N (kerusi negeri) dan P (kerusi parlimen) dan pengkelasan tersebut datangnya dari "Divide & Rule". Polisi "Divide & Rule" juga diaplikasi untuk mengkuarantin ahli kitab Taurat (ajaran Nabi Musa a.s.) dari ahli Talmud (kitab hitam gubahan zionis) juga ahli kitab Injil (ajaran Nabi Isa a.s.) dari ahli gereja (penyesat agama Tuhan).

Sesiapa yang tidak yakin kepada kemunculan al-Masih dan al-Muntazar samalah seperti mereka yang tidak yakin dengan hadis-hadis Nabi dan seterusnya memperolokkan seruan Nabi. Hadis-hadis sohih bukannya datang dari Nabi, tetapi diamanahkan oleh Tuhan untuk disampaikan oleh Nabi kepada semua umat manusia.

Sekiranya al-Muntazar muncul dua hari sebelum kiamat dan al-Masih menyusul kemudian (sehari sebelum kiamat), dalam masa 2 hari tersebut berapa ramai yang akan kembali ke Jalan yang Lurus? Berapa ramai pengikut yang disesatkan akan kembali ke Jalan Lurus yang diajar Isa ibn Maryam (a.s.), Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Muhammad (s.a.w)? Kenapa pimpinan al-Muntazar dan al-Masih ini akan berjaya? Tidak lain tidak bukan, kerana ISTIQAMAH mereka ke Jalan ALLAH SWT. Kenapa Tuan guru Nik Aziz dan PAS masih gagal memerintah negara yang sekecil ini (walaupun perjuangan telah melebihi 52 tahun)?

Sekiranya sesiapa disini diizin berjumpa Nik Aziz, pesanlah kepada beliau;

"ISTIQAMAH ke jalan ALLAH SWT dan berjihadlah (dengan pedang, mulut atau hati), insyaAllah besok juga tuan guru Hadi Awang akan memerintah negara, bukannya di bawah bendera PAS tetapi di bawah panji-panji keturunan Ibrahim (a.s.) yang di bawah naungan Imam Mahdi. Tuan guru juga wajib terima peringatan Nya yang nyata dan jelas; bermaksud,

"Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan kabut putih dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang. Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir." (Q.S.25:25-26)

"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah membalikkan mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah? Barang siapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong (mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorang pun di antara mereka pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong," (Q.S.4:88-89)

~Sekadar peringatan daripada seorang hamba Allah yang serba dhoif.