saya masih lagi gagal nak post komen di ruangan blogger shamsuddinmoner.
so saya just copy paste jawpan beliau...n saja nak share dgn kawan2 semua...kalau ada sapa2 nak komen..silakan..nak juga saya dapat feedback dari kawan2 semua
petikan jawapan dari blogger shamsuddin
Salam. SahabatKU mR. kOLUMPO . Kita jangan cepat menghukum bahawa UMNO tu parti assobiyah. Sedarkah kita bahawa pada tahun 1946, Para alim ulama di negara ini bersatu di dalam UMNO. Bila berlaku pergeseran kepimpinan dalam UMNo maka sebahagiannya keluar dari UMNO menubuhkan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn, dan sebahagian lagi terdiri dari kalangan alim ulama telah keluar UMNO dengan menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ini bermakna bahawa PAS adalah anak kelahiran UMNO tahun 1946.
Kalau UMNO ni assobiayah, tak kanlah para ulama pada ketika itu menyertai UMNO. Bila Dato' Onn tinggalkan UMNO, maka berlaku kekosongan jawatan Presiden UMNO, maka berlakulah bertembungan golongan berpendidikan sekular profesiuonal dan golongan ulama dalam UMNO untuk merebut jawatan Presiden UMNO yang dikosongkan Dato' Onn. Golongan sekular UMNO memberi sokongan pada Tunku Abd. Rahman dan golongan ulama UMNO memberi sokongan pada Tuan HJ Ahmad Fuad. Keputusannya, Tunku Abdul Rahman menang dan Tuan Ahmad Fuad kalah pada tahun 1951. Disebabkankan kekalahan tersebut maka Ahmad Fuad dan teamnya dari kalangan perpendiidkan agama telah membawa keluar golongan ulama dari UMNO dan menubhkan parti baru yang kini dikenali sebagai PAS. Inilah sejarah penubuhan PAS.
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 bukan bertujuan untuk memperjuangkan assobiah dan membela orang melayu semata-mata. UMNO ditubuhkan pada ketika itu adalah hasil pertemuan demi pertemuan beberapa persatuan-persatuan melayu di setiap negeri dan juga beberapa persatuan ulama dan tokoh-tokoh agama pada ketika itu yang mahukan supaya orang-orang melayu bersatu di bawah satu gagasan untuk menentang Malayan Union dan juga bagi menuntut kemerdekaan Malaya agar Tanah melayu ini ditadbir dan diperintah oleh anak pribumi. Tak timbul soal nak memperjuangkan assobiyah. Matlamatnya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang-orang melayu tentang perlunya negara ini merdeka daripada penjajah. Memandangkan pada ketika itu Tanah Melayu adalah milik kesultanan Melayu dan juga penduduk pribuminya adalah Melayu Islam, maka adalah relevan pada masa itu UMNO bercakap soal perpaduan Melayu. Tak kan nak bercakap soal kaum cina dan India yang masih lagi menjadi kaum pendatang dan imigran pada masa tu.
Sebalinya, PAS ditubuhkan pada tahun 1951 adalah hasil daripada kekecewaan para penyokong Tuan Hj Ahmad Fuad yang tewas bertanding jawatan Presiden UMNO dengan Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj. Jadi, PAS adalah parti serpihan UMNO, sama juga seperti S.46 dan PKR yang lahir daripada parti serpihan UMNO.
Kalau UMNO parti assobiyah, kenapa pada tahun 1974, PAS telah bersama-sama dengan UMNO dalam menubuhkan Barisan Nasional bagi menyelamatkan masa depan Melayu yang dibawa oleh Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kalau itulah hukuman saudara bahawa UMNO ni parti assobiah dan kalau mati mati jahiliah, maka apa hukumnya para pemimpin dan juga ahli PAS yang telah mati dan berada dalam kubur sekarang ketika mereka sama-sama menyokong dan berada dalam BN pada tahun 1974-1978..?
Ingin saya tegaskan di sini bahawa UMNO dan PAS hanyalah sebagai alat sahaja untuk kita memperjuangankan agama, bangsa dan negara di Malasia ini. Masuklah parti manapun, asalkan kita jangan gadaikan agama dan akidah kita sebagai umat Islam. Bagaimana pula dengan umat Islam di Rusia dan di China yang mana di sana tidak ada UMNO dan PAS..? adakah mereka ini sempurna iman dan juga amalannya..? Tak kanlah kita nak mendabik dada bahawa hanya PAS dan UMNNO sahaja yang menjadi pejuang Islam sejati. Orang lain semuanya assobiah.
Jadi,janganlah kita meletakkan fahaman politik itu sebagai sandaran untuk menghukum sesuatu perjungan itu Islam atau tidak. Bersatulah atas nama Allah dan kalimah La Ilaha Illallah. Inilah yang sepatutnya kita amalkan dalam prinsip perjuangan. Kalau nak berhujah secara politik, ianya hanya akan meletakkan diri kita sama taraf dengan orang-orang yang bercakap politik di kedai-kedai kopi tanpa melihat kepada nas dan hukum akal. Apapun, saya tahu dan maklum bahawa ahli-ahli PAS tetap tidak akan menerima pandangan dan huhaj dari UMNO. Hujah yang benar hanya datang dari PAS sahaja. Kalau ada ulama yang sokong PAS maka mereka akan disanjung dan diiktiraf sebagai ulama sejati. Sebaliknya, jika ada alim ulama yang mengkritik PAS dan menyokong UMNO maka mereka akan menghukum bahawa orang ni tak jelas dan ulama jahat. Bertuahnya jadi ahli PAS di Malaysia, kerana Allah hanya akan menerima amalan dan juga pahala dari orang yang menyertai PAS sahaja. UMNO ni tak diterima oleh Allah. Ini lagi assobiyah dan lagi menyesatkan...!
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment