SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, April 15, 2009

Nak bersih tong taik (UMNO)tak boleh duduk dalam tong taik (UMNO)

itu bukan kata2 saya...itu kata2 dari orang UMNO Johor
kawan saya yang dikenali sebagai bard yang merupakan seorang guru.beliau kawan lama saya dari Universiti dan sama2 praktikal di Apex Communications tahun 2000 dahulu.
biasa lah..beliau memang penyokong kuat Tun M.selalu juga saya berbalah pendapat dan berdebat dengan beliau dahulu di zaman reformasi...namun perdebatan dan perselisihan tidak pernah melampaui persahabatan kami yang murni dan ikhlas...

baru tadi sahaja selesai sesi perjumpaan kami (bak kata org2 sekarang TT session @ teh tarik)...setelah bergedebak gedebuk bercerita darihal bisnes Hai-o meleret ke kisah zaman2 jadi pelajar nakal di matriks dan degree masa U sampailah ke PPSMI dan poltik.

apa yang memeranjatkan saya...nampaknya Alhamdulillah sekarang beliau telah pun bersinar menampakkan kilauan keemasan yang mana kekaratan beliau tentang UMNO telah pun saya katakan 80% terhakis. (lagi 20% saya tinggalkan kerana kg beliau diwakili yakni BEKUK Johor oleh wakil PR yakni DAP...dia takkan pangkah DAP katanya..tapi kalau PAS atau PKR mmg dia sapu lah..katanya)

Lantas beliau menceritakan perihal UMNO cawangan dan bahagian di tempat beliau..kandungan nya agak sama dgn kandungan posting lama saya POLITIK HANCING KG SEMERTING & SPG PELANGAI...dah jadi macam trend...pemimpin cawangan yang tidak mepunyai wawasan untuk memperjuangkan hak dan masa depan kemajuan kampung tapi hanya memajukan poket dan perut masing2.

Memandangkan beliau kata takkan pangkah DAP..saya sengaja lah mengacah beliau supaya membersihkan UMNO dari dalam..masuk bertanding dan lawan pemimpin keparat itu..tapi ujar beliau seperti tajuk di atas "macamana nak bersihkan tong taik..tak boleh duduk dalam tong taik" kahkahkah saya ketawa...dalam hati saya bersyukur dia telah berubah dan nampak kepentingan pembangkang di dalam check n balance di negara...banyak lah isu2 yang kami ceritakan antaranya tentang kemudahan asas seperti letrik,air,jalanraya yang tidak mempunyai logik untuk diswastakan..mungkin pada awal niatnya baik kononnya untuk meningkat mutu tapi pengendalian nya yang salah...bila kawan dah dapat share,saham,jolok..mata jadi kelabu dek wang

Ini lah yang berlaku dalam UMNO...pelbagai hal dari kepakturutan PAk LAh sampai lah cabaran Najib yang di kontrol kuat oleh Rosmah...tak terlepas cerita bodyguard Rosmah yang mengesahkan penggunaan sami hindu untuk upacara perbomohan...tak tahu lah untuk bomoh najib ke bomoh sapa....(heheh gile warih jari hantu ni gamaknya)

Pada PRU lepas beliau singgah di pondok panas PAS di bangi...dia cerita lah PAS ada isu tentang minyak,harga barang..tapi UMNO BN ada apa???takde isu...dok hunus keris tiup api perkauman ada la...(dan disini saya buat kesimpulan bahawa karat UMNO BN da dah terhakis...biasa lah..yang batil tetap batil..yang benar tetap benar)

Akhirnya beliau kata...dia nak tukar pusat mengundi..taknak lagi ngundi kat bekuk pasal quota sana DAP..so dia takleh nak pangkah PR..jadi dia nak tukar ke bangi dan pangkah PAS...

hati saya berkata ALHAMDULILLAH....kawan aku akhirnya dah nampak sinar perjuangan PAS...

No comments: