Atas hasil idea asal Tuan Haji Abu Hassan El-Farouqi beserta Tuan Haji Tauzan dan rakan2 akhirnya jadilah jugak kita bernaung sebagai sebuah Kelab yang boleh disamakan sebagai NGO untuk kita berjuang demi kampung Pelangai yang tercinta (dari kampung Shafie menjalar ke Simpang Pelangai-Semerting-Kg Hayat-Kg Lembah Jaya-Bukit Gajah-Jawi2-Baris- dan sekitar jajahannya).Syukur Alhamdulillah, CAP ini mendapat sambutan dan kini telah pun ada lebih kurang 30 ahli and more will join after my campaign for CAP dengan anak-anak rantau yg berada di KL .Motif penubuhan CAP adalah untuk menjadi wadah kita sebagai anak kampung untuk memperjuangkan nasib,ekonomi dan survival kampung kita agar tidak ketinggalan.Yang selama ini amat menyedihkan tanpa infrastruktur yang betul2 boleh dibanggakan walaupun berwakilkan ADUN MB Pahang.Saya sebagai budak mentah telah pun mendapat feedback dari orang lama dalam UMNO yang mengatakan wujud status anak tiri kepada kawan DUN Pelangai khususnya Simpang Pelangai.Projek2 yang dapat memberi faedah kepada penduduk kampung seperti penubuhan sekolah MRSM, projek PULAPOL terbesar di Malaysia, IKM yang pada awal pembentangan kertas kerja meletakkan Pelangai tapi di ubah ke tempat lain yang mana majoritinya tertumpu ke Bentong.Pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan oleh mereka.Antaranya faktor jalan (yang juga kite perjuangkan) dan faktor kedudukan geografi yang mmg tak masuk akal. Gunung batu orang boleh tebuk,laut dalam boleh dipacakkan pile dan didirikan jambatan inikan pulak tanah getah dari karak ke pelangai.Denagn adanya projek2 seperti ini secara tidak langsung kita dapat membantu orang kampung kita untuk menambahkan pendapatan seperti berniaga,rumah sewa dan juga peluang2 pekerjaan yang boleh dinikmati oleh anak anak Pelangai.
Dengan ini marilah sama2 ayah,abang dan kakak kite terus bangun dan berjuang demi kampung yang tercinta.Perjumpaan pertama mungkin akan di adakan pada Hari raya ke 2 atau ke 3 sebelah malam di rumah Tuan haji Abu Hassan / Shamsiah untuk kita bersuai kenal,bertemu mesra dan juga berbincang untuk langkah2 seterusnya penyerahan memorandum ke DS Najib dalam waktu yang terdekat.Ingat lah..selama ini kita ada kuasa cuma kita tidak sedar akan kuasa yang kita ada.iaitu kuasa untuk bersuara,kuasa untuk memilih.lantangkan suara kita agar mereka tahu siapa anak Pelangai sebenarnya.Perjuangan ini adalah salah satu Jihad kita untuk membantu orang kampung kita juga
Wallahualam
Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts
Monday, September 22, 2008
CAP : Club Anak Pelangai
Labels:pas,umno,kad kahwin,kad jemputan,politik
cap,
club anak pelangai,
mrkolumpo,
pas,
pkr,
simpang pelangai,
umno
Pak Lah , Najib or else maybe Anwar Ibrahim???
Tidak kire siapa yg kita rasa layak utk menjadi PM ke 6 di dalam benak fikiran dan hati kita.Persoalannya adakah pilihan kita tepat?Apakah mereka bertiga di atas boleh membantu rakyat yang kian tersepit didalam kancah krisis ekonomi dan kenaikan harga minyak yang membebankan poket kita saban hari.Apakah Malaysia akan menjadi negara yang aman makmur dan maju di bawah mereka?Dan apakah mereka boleh merubah landskap politik kita ke arah parti berasaskan kaum dan parti multi-racial???Apakah juga segala kemungkaran dan kemaksiatan rasuah,award project sana sini tanpa ketirisan boleh dielakkan??dan yang tidak kurang pentingnya adakah nasib anak-anak kita boleh terbela??apakah selepas mereka ini akan wujud satu sistem khidmat pendidikan dari rendah ke universiti secara percuma???khidmat perubatan yang lebih terurus,murah atau percuma dan tidak ada lagi karenah pesakit2 yang mengeluh ditengking2 oleh oleh makcik2 nurse yang nak tunggu pencen jer...Pada saya kuncinya terletak kepada kita.Kita sebagai rakyat mempunyai satu kuasa yg cukup besar cuma kurang disedari oleh segelintir org.Its the Power to Vote.walaupun pilihanraya telah berlalu,adegan vote-vote ini masih lagi berjalan dan akan berjalan.tak lama lagi UMNo akan mengadakan vote utk presiden dan ianya menentukan siapa PM kita.MCA juga rancak ingin memilih siapakah yang akan menjadi ketua wakil bagi mereka.MIC saya kurang ariff lah kerana dengar cerita masih lagi bertelagah diantara golongan muda dan goongan tua (samy vellu).Tidak kurang juga vote dari ahli MP untuk usul tidak percaya kepada PakLah yang boleh menjurus kepada peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat yg diketahui umum diketuai oleh Anwar Ibrahim.Tepuk dada tanya lah iman (bagi yg beragam Islam lah).Hanya Allah sahaja lah yang maha mengetahui siapakh yang lebih layak diantara mereka (walaupun tidak semestinya menang).Pada saya...saya amat bosan dgn penipuan,rasuah,kroni sana sini,award sana sini tanpa mengambil kire keperitan rakyat di kampung mahupunlebih2 lagi di bandar yang kian tersepit untuk mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri....sekian....Wallahuam
Labels:pas,umno,kad kahwin,kad jemputan,politik
anwar,
cap,
club anak pelangai,
kelab anak pelangai,
mrkolumpo,
najib,
paklah,
pas,
pkr,
umno vs pas
Subscribe to:
Posts (Atom)