SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah
Showing posts with label club anak pelangai. Show all posts
Showing posts with label club anak pelangai. Show all posts

Friday, February 19, 2010

MAJLIS KESYUKURAN ANAK PELANGAI CEMERLANG ANJURAN CAP 27 FEB 2010

PERKARA : MAJLIS MAKAN KESYUKURAN DAN MERAIKAN ANAK2 PELANGAI CEMERLANG 2010
TEMPAT : REST HOUSE BENTONG
TARIKH : 27 FEBUARI 2010

ATURCARA

11.30AM : KETIBAAN AHLI2 DAN BUKAN AHLI CAP.PENDAFTARAN

12.01PM : UCAPAN SUA CAP

UCAPAN PRESIDEN CAP

UCAPAN PENASIHAT CAP

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG : TERDIRI DARI 8 ORANG

1) DATUK HAJI TAUZAN
2) DATUK AZMI
3) AZMI SAID
4) WAHAB
5) WALID
6) DR SHAMSUDDIN MONER
7) HALIMI
8) SYED MAT NOR
9) DR FAISAL

UCAPAN SETIAP PENERIMA ANUGERAH SELAMA 3 MINIT SETIAP SEORANG

1.15 : JAMUAN MAKAN TENGAHARI

2.00 : SESSI BERGAMBAR CAP 2010

PENDAFTARAN AHLI BARU

BERSURAI

TUJUAN DIADAKAN MAJLIS TERSEBUT ADALAH UNTUK MERAIKAN TOKOH2 ANAK PELANGAI CEMERLANG 2010 DAN MEMBERI SERBA SEDIKIT PENGIKTIRAFAN DAN PENGHEBAHAN AKAN KEJAYAAN TOKOH2 BERKENAAN. CAP SEBAGAI SATU SATUNYA CLUB ANAK WATAN PELANGAI MENGUCAPKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH TAALA DAN SEKALUNG TAHNIAH KPADA TOKOH2 DI ATAS KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI.

CAP SEBAGAI NGO & NPO (NON GOVERNMENT & NON POLITICAL ORGANIZATION) BERHARAP AGAR MAJLIS INI AKAN BERLANGSUNG DENGAN MERIAH.

SEMUA WARGA ANAK PELANGAI DIJEMPUT HADIR

yang berusaha ,

SUHAIRI MOHAMED HUSSIN
SETIAUSAHA AGONG CAP

Thursday, November 6, 2008

Harapan penduduk kampung

Baru sahaja selesai membaca blog shamsuddin moner el askariey.beliau mengesahkan tentang berita PULAPOL akan dibina di Pelangai dan secara automatik jalan karak-pelangai akan dinaiktaraf.

harapan saya biarlah kali ini betul menjadi kenyataan.dan bukan hanya sekadar omong2 kosong semata2 ingin memperolehi undi dari perwakilan.

berita PULAPOL ini sebenarnya telah kedengaran 4 tahun lepas.tetapi sampailah sekarang satu bende pun tak nampak lagi...

harap jgn jadi mcm projek ternakan ikan air tawar di lombong dahulu...hangat2 tahi ayam...penyudahnya sangkar tah kemana...ikan pun tah kemana

sudah menjadi resam pemimpin untuk membawa kemajuan di kawasan masing2 dan meneruskan tradisi membela rakyat kampung dan bukannya membela dua tiga kerat orang yang boleh menjadi alat kepentingan sahaja.

Syabas lah saya ucapka kepada Yang Berbahagia Dato Seri Adnan Yaakob jika perkara ini benar2 soheh dan genuine.tapi kalau masih mcm 4 tahun lepas...main dgr cerita mulut jer...tak gune lah

saya pernah dapat maklumat tentang PULAPOL ini...MB sendiri mengatakan pelbagai masalah pembinaan PULAPOL ini termasuk campurtangan istana...dan dengar cerita MB kata PULAPOL ni dah dioffer oleh YM Sultan Kedah...dan mmg dgr cerita tak jadi kat Pelangai

entahlah..kok2 Kedah dah jadi negeri pimpinan PAS terus tak jadi pulak...entah lah...tapi itulah yg saya dengar dari seseorang yang mendapat feedback directly dari MB.

Walau apa pun,warga kampung terutama ahli CAP akan tetap terus berjuang untuk mendesak pembangunan kampung walaupun tidak mendapat kerjasama mahupun sokongan moral dari sesetengah orang.

Monday, October 20, 2008

Perjumpaan Kedua CLUB ANAK PELANGAI (CAP)

Perkara : Perjumpaan Jom Gegar Nilai sebelum Jom Gegar Opis TPM

Tempat : Hotel Allson Klana Nilai

Tarikh : 1 NOV 2008 Sabtu

Jam : 4 petang

Sila Panjang2kan hal ini dan sila hadir pada jam 3.30 di hadapan hotel

Saturday, October 11, 2008

BERAKHIRNYA ERA ABDULLAH & CO

Berakhirnya era Abdullah Badawi nanti sebagai PM akan kita lihat berakhir secara beransur2nya era keluarga Abdullah & co.seperti dijangkakan pencalonan untuk ketua UMNO didahului oleh Mukhriz.dan saya jangka kan Najib yang begitu rapat dengan Tun M akan menyokong mukhriz sebagai ketua pemuda UMNO.cuma saya lihat pencalonan yang kedua tertinggi (buat masa ini) yang memihak kepada Khairy cuma sokongan segelintir bahagian yang bergantung hidup dengan Abdullah & co.Khairy tidak dinafikan mempunyai asset dan kekayaan yang mengalahkan Mukhriz.ECM Libra miliknya mempunyai saham terbanyak di dalam POS Malaysia.Tidak kira lagi dengan saham2 lain.begitu juga SCOMI kepunyaan anak Pak Lah yang memenangi pelbagai jenis tender secara direct award.Itulah sebabnya Mukhriz khuatir jika seandainya wang dan kekayaan menjadi pengukur kepada kelayakan untuk mengemudi Pemuda UMNO.

Namun saya rasakan buat masa sekarang Mukhriz boleh tidur lena.Sokongan dari penentang Abdullah & co akan lebih banyak dari si penggantung hidup Abdullah & co.Tidak dapat dinafikan bahawa Khairy tidak mempunyai pengalaman dan jasa yang benar2 boleh dibanggakan untuk melayakkan diri menjadi Ketua Pemuda.Selama ini kemenangan yang diperolehi sebagai timbalan ketua pemuda hanyalah sebagai hadiah untuk menjaga air muka Pak Lah.namun selepas kemorosotan di dalam PRU, Khairy dilabelkan penyebab kekalahan BN.beliau yang terkenal dengan kebiadapan dan mulut yang lancang telah memyebabkan kebencian rakyat di dalam mahupun d luar UMNO.

Kita akan lihat pengunduran Abdullah dari jawatan PM akan menyebabkan Khairy akan menajdi nothing.furthermore he is a liability for UMNO.saya pasti pada waktu sekarang Khairy tentu akan menyesal kerana tersalah kahwin dengan Nori.bukan orang tidak tahu perkenalan dan perkahwinan dia dengan Nori adalah dirancang.Sebelum Anwar jatuh,target beliau adalah Nurul Izzah.wa ma karu wama karallah..wallahu khoirul makiriin.saya pasti Khairy agak menyesal kenapa dia tak kahwin dengan anak Najib.ataupun mungkin selepas ini dia akan try to tackle anak Najib pulak...hehehe who knows???kalau nak dibandingkan taste Khairy nih...bukan calang2...maya Karin jadi pilihan...kalau nak bandingkan Maya Karin dengan Nori...hehehe paham2 lah.

nampaknya kini Khairy tidak boleh tidur lena.beliau pasti akan risau dan akan mungkin ke luar negara jika kalah dalam pertarungan ini.saya pasti ramai yang ingin menghambat beliau apatah lagi oleh kontrakctor2 dan tycoon2 UMNo yang kempunan kontrak selama ini.dan yang saya pasti adalah : "CITA2 KHAIRY UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBELUM UMUR 40 TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN"..jangankan umur 40, umur 100 tahun pun belum tentu rakyat Malaysia akan memilih beliau.namun si Khairy masih boleh merealisasikan impian beliau.dengan kekayaan yang ada mungkin beliau boleh membeli Pulau batu Putih dari Singapore (tanahair angkatnya) dan terus mengangkat diri beliau menjadi Perdana Menteri Pulau batu Putih dan berakyatkan batu burung dan ikan...SORRY KHAIRY...YOU LOSEE......

Monday, September 22, 2008

CAP : Club Anak Pelangai

Atas hasil idea asal Tuan Haji Abu Hassan El-Farouqi beserta Tuan Haji Tauzan dan rakan2 akhirnya jadilah jugak kita bernaung sebagai sebuah Kelab yang boleh disamakan sebagai NGO untuk kita berjuang demi kampung Pelangai yang tercinta (dari kampung Shafie menjalar ke Simpang Pelangai-Semerting-Kg Hayat-Kg Lembah Jaya-Bukit Gajah-Jawi2-Baris- dan sekitar jajahannya).Syukur Alhamdulillah, CAP ini mendapat sambutan dan kini telah pun ada lebih kurang 30 ahli and more will join after my campaign for CAP dengan anak-anak rantau yg berada di KL .Motif penubuhan CAP adalah untuk menjadi wadah kita sebagai anak kampung untuk memperjuangkan nasib,ekonomi dan survival kampung kita agar tidak ketinggalan.Yang selama ini amat menyedihkan tanpa infrastruktur yang betul2 boleh dibanggakan walaupun berwakilkan ADUN MB Pahang.Saya sebagai budak mentah telah pun mendapat feedback dari orang lama dalam UMNO yang mengatakan wujud status anak tiri kepada kawan DUN Pelangai khususnya Simpang Pelangai.Projek2 yang dapat memberi faedah kepada penduduk kampung seperti penubuhan sekolah MRSM, projek PULAPOL terbesar di Malaysia, IKM yang pada awal pembentangan kertas kerja meletakkan Pelangai tapi di ubah ke tempat lain yang mana majoritinya tertumpu ke Bentong.Pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan oleh mereka.Antaranya faktor jalan (yang juga kite perjuangkan) dan faktor kedudukan geografi yang mmg tak masuk akal. Gunung batu orang boleh tebuk,laut dalam boleh dipacakkan pile dan didirikan jambatan inikan pulak tanah getah dari karak ke pelangai.Denagn adanya projek2 seperti ini secara tidak langsung kita dapat membantu orang kampung kita untuk menambahkan pendapatan seperti berniaga,rumah sewa dan juga peluang2 pekerjaan yang boleh dinikmati oleh anak anak Pelangai.

Dengan ini marilah sama2 ayah,abang dan kakak kite terus bangun dan berjuang demi kampung yang tercinta.Perjumpaan pertama mungkin akan di adakan pada Hari raya ke 2 atau ke 3 sebelah malam di rumah Tuan haji Abu Hassan / Shamsiah untuk kita bersuai kenal,bertemu mesra dan juga berbincang untuk langkah2 seterusnya penyerahan memorandum ke DS Najib dalam waktu yang terdekat.Ingat lah..selama ini kita ada kuasa cuma kita tidak sedar akan kuasa yang kita ada.iaitu kuasa untuk bersuara,kuasa untuk memilih.lantangkan suara kita agar mereka tahu siapa anak Pelangai sebenarnya.Perjuangan ini adalah salah satu Jihad kita untuk membantu orang kampung kita juga

Wallahualam

Pak Lah , Najib or else maybe Anwar Ibrahim???

Tidak kire siapa yg kita rasa layak utk menjadi PM ke 6 di dalam benak fikiran dan hati kita.Persoalannya adakah pilihan kita tepat?Apakah mereka bertiga di atas boleh membantu rakyat yang kian tersepit didalam kancah krisis ekonomi dan kenaikan harga minyak yang membebankan poket kita saban hari.Apakah Malaysia akan menjadi negara yang aman makmur dan maju di bawah mereka?Dan apakah mereka boleh merubah landskap politik kita ke arah parti berasaskan kaum dan parti multi-racial???Apakah juga segala kemungkaran dan kemaksiatan rasuah,award project sana sini tanpa ketirisan boleh dielakkan??dan yang tidak kurang pentingnya adakah nasib anak-anak kita boleh terbela??apakah selepas mereka ini akan wujud satu sistem khidmat pendidikan dari rendah ke universiti secara percuma???khidmat perubatan yang lebih terurus,murah atau percuma dan tidak ada lagi karenah pesakit2 yang mengeluh ditengking2 oleh oleh makcik2 nurse yang nak tunggu pencen jer...Pada saya kuncinya terletak kepada kita.Kita sebagai rakyat mempunyai satu kuasa yg cukup besar cuma kurang disedari oleh segelintir org.Its the Power to Vote.walaupun pilihanraya telah berlalu,adegan vote-vote ini masih lagi berjalan dan akan berjalan.tak lama lagi UMNo akan mengadakan vote utk presiden dan ianya menentukan siapa PM kita.MCA juga rancak ingin memilih siapakah yang akan menjadi ketua wakil bagi mereka.MIC saya kurang ariff lah kerana dengar cerita masih lagi bertelagah diantara golongan muda dan goongan tua (samy vellu).Tidak kurang juga vote dari ahli MP untuk usul tidak percaya kepada PakLah yang boleh menjurus kepada peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat yg diketahui umum diketuai oleh Anwar Ibrahim.Tepuk dada tanya lah iman (bagi yg beragam Islam lah).Hanya Allah sahaja lah yang maha mengetahui siapakh yang lebih layak diantara mereka (walaupun tidak semestinya menang).Pada saya...saya amat bosan dgn penipuan,rasuah,kroni sana sini,award sana sini tanpa mengambil kire keperitan rakyat di kampung mahupunlebih2 lagi di bandar yang kian tersepit untuk mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri....sekian....Wallahuam