SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, November 26, 2008

Biro Tata Negara

Biro Tata Negara adalah satu mekanisme kerajaan untuk mem brainwash pelajar2 dan bakal penjawat awam kepada satu pemikiran yang amat negatif terhadap pembangkang dan lebih2 lagi kepada beberapa pemimpin parti PR terutamanya sapa lagi kalu tak DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang dan lain2.

Sebenarnya apa yang kerajaan ni menggelabah sgt???apa yang nak takut sgt???bukan kah setiap warganegara ada hak untuk memilih...n time untuk kempen dah lama tamat ok????so kenapa???

Apakah mereka lupa pembangkang adalah salah satu tunggak kepada demokrasi.kalau takde pembangkang..kite dah jadi autokrasi pemerintahan kuku besi...

Didalam BTN yang terbaru...mereka menggelarkan Dr.M genius.
saya taklah membantah tetapi mereka beria2 suruh menyokong kerajaan Pak Lah. mereka tak tahu atau sengaja buat bodoh yang Dr.M sendiri tak sukekan Pak Lah and his style of leadership.hehehe pening jugak dibuatnye budak2 yang pi BTN tuh...

Kempen tu takpe lagi..ni sampai fitnah org tu zionis, org tu ejen amerika...kenapa???banyak persoalan yang saya kemukakan ini tak dpt saya jawab...

harap ada org dari BTN atau org yang arif pasal BTN boleh beri penjelasan

Tuesday, November 25, 2008

Teguran...

"Seorang pemimpin yang beragama Islam dan apatah lagi Melayu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahan"..

saya rasa semua orang bersetuju dengan ayat di atas bukan???
persoalannya adakah pemimpin ini jika tidak menunjukkan contoh yang baik akan sedia berhati terbuka untuk mendengar teguran orang bawahan???apatah lagi teguran orang yang bukan sealiran dengan beliau???walauapa pun saya di atas dasar sesama Islam mempunyai kewajipan untuk menegur sekiranya tiada org yang menegur beliau.teguran saya pendek sahaja :

"Hormatilah arwah2 yang bersemadi di tanah perkuburan Islam. Tutuplah aurat sebaik mungkin apabila berada di tanah perkuburan.Jangan lah kita pakai seluar pendek di tanah perkuburan kerana jelas mendedahkan aurat itu haram.Terpulanglah di tempat lain kalau nak sangat pakai seluar pendek...tetapi setidak2nya jangan di kawasan perkuburan apatah lagi di masjid.Dah sampai kat kubur pulak...kalau taknak tolong orang gali kubur...jangan lah kita bergelak ketawa pula bergurau dengan cara mempersendakan orang yang kepenatan menggali kubur.apatah lagi mereka yang bertugas masih lagi di dalam suasana bersedih."

renung2kan lah kepada sesiapa yang rasa ada berbuat seperti itu...

sekian

Thursday, November 20, 2008

Minit Mesyuarat ke II Allson Klana Nilai

Perkara : Mesyuarat kali ke II CAP
Tempat : Hotel Allson Klana Nilai
Jam : 3 Petang
Kehadiran : 15 orang sahaja

1. Ucapan Aluan Setiausaha
2. Ucapan Pembukaan Pengerusi
3. Suai Kenal antara participants
4. Ucapan Penasihat I dan II
5. Perbincangan Terbuka :
a) Hala Tuju CAP :

Memperjuangkan kemajuan kampung supaya serata dengan tempat2 lain yang telah lama membangun.

Menjaga kebajikan warga kampung samada di desa mahupun di kota dari segi menggalakkan penyertaan warga kampung di dalam perniagaan.

Memperjuangkan hak orang kampung dari segi ekonomi dan kemudahan awam

Menaikkan rasa cinta kan kampung halaman di kalangan generasi muda

b) Promosi CAP : telah berjaya mengumpul sebanyak 48 orang ahli berdaftar namun masih ramai yang berminat tetapi gagal mendapat maklumat yang tepat dan gagal mendaftarkan diri. Keahlian yang ramai adalah amat penting untuk CAP supaya segala bentuk memorandum ataupun desakan dari CAP akan dipandang oleh pihak kerajaan memandangkan kuasa pengundi seseorang warganegara Malaysia amat penting bagi mereka. Jika CAP tidak mempunyai ahli yang ramai,maka sukar bagi CAP untuk bergerak dan tidak mustahil suara dari CAP tidak akan di layan. Oleh itu ada 2 cadangan :

pergiatkan promosi dan penghebahan tentang CAP dengan menyediakan risalah2 untuk tatapan org kampung seperti di tampal di bus-stand,kedai dataran Pelangai dan juga masjid.

mengadakan promosi jom balik kampung secara berkonvoy (kereta dan motorsikal ) dari KL untuk menarik minat warga kampung yang merantau di kota yang mana bermula dari hentian rehat tol gombak terus ke kampung syafie-rumah murah-kg hayat-bkt gajah-baris-jawi2-lembah jaya dan kembali ke titik akhir dataran Pelangai.konvoy di kepalai dengan membawa bendera CAP (kepada sesiapa yang ada idea untuk merekabentuk bendera boleh tampilkan templates untuk di teliti)

c) Penyerahan memorandum ke Putrajaya. memorandum yang ada perlu di perbaiki sedikit lagi sebelum penyerahan.

d)Kedudukan CAP sebagai NGO dalam bentuk Kelab yang tidak perlu berdaftar buat masa sekarang. walaubagaimanapun akan dibincangkan sekiranya keahlian mencecah target 200 orang.

e) Disamping memperjuangkan kemajuan kampung, CAP telah menambah satu lagi agenda ataupun matlamat CAP iaitu menjaga kebajikan orang kampung dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.antara cadangan :

membentuk satu dana khairat kematian dalam bentuk derma kilat dari ahli2.

menyediakan satu tabung derma dari ahli mahupun dari badan2 swasta untuk memberi sumbangan kepada anak2 Pelangai yang bersekolah dan cemerlang di dalam peperiksaaan.

mengadakan satu hari gotong royong membersihkan kawasan kampung yang mana telah sekian lama gotong royong ini tidak di adakan di kampung kita.

f) lain lain hal berbangkit.

6. Jamuan Hi-Tea

7. Menangguhkan mesyuarat ke 8 Disember 2008 (Hari raya AidilAdha) jam 3 ptg di rumah Penasihat Tuan Haji Abu Hassan

8. Ucapan penutup dan bersurai

Sunday, November 16, 2008

Allahyarhamah Hajjah Munah Binti Kalsom

Allahyarhamah Hajjah Munah (Uwan) Kampung Hayat telah selamat kembali ke rahmatullah pada 14 November 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429 hijrah pada pukul 1.59 pagi hari Jumaat.beliau merupakan seorang ibu,uwan/nenek,saudara,sahabat dan jiran yang amat baik budi pekerti dan sentiasa ringan tulang membantu orang2 yang susah dan juga sentiasa menjadi orang pangkal di dalam sebarang majlis kenduri kendara di kampung Hayat dan juga Simpang Pelangai.Pemergian beliau amat dirasai oleh anak beranak,saudara mara dan juga masyarakat di Kg Hayat.semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah swt.Al-Fatihah buat beliau dan juga ibu bapa dan saudara-mara kita yang telah meninggalkan kita....

Thursday, November 6, 2008

Harapan penduduk kampung

Baru sahaja selesai membaca blog shamsuddin moner el askariey.beliau mengesahkan tentang berita PULAPOL akan dibina di Pelangai dan secara automatik jalan karak-pelangai akan dinaiktaraf.

harapan saya biarlah kali ini betul menjadi kenyataan.dan bukan hanya sekadar omong2 kosong semata2 ingin memperolehi undi dari perwakilan.

berita PULAPOL ini sebenarnya telah kedengaran 4 tahun lepas.tetapi sampailah sekarang satu bende pun tak nampak lagi...

harap jgn jadi mcm projek ternakan ikan air tawar di lombong dahulu...hangat2 tahi ayam...penyudahnya sangkar tah kemana...ikan pun tah kemana

sudah menjadi resam pemimpin untuk membawa kemajuan di kawasan masing2 dan meneruskan tradisi membela rakyat kampung dan bukannya membela dua tiga kerat orang yang boleh menjadi alat kepentingan sahaja.

Syabas lah saya ucapka kepada Yang Berbahagia Dato Seri Adnan Yaakob jika perkara ini benar2 soheh dan genuine.tapi kalau masih mcm 4 tahun lepas...main dgr cerita mulut jer...tak gune lah

saya pernah dapat maklumat tentang PULAPOL ini...MB sendiri mengatakan pelbagai masalah pembinaan PULAPOL ini termasuk campurtangan istana...dan dengar cerita MB kata PULAPOL ni dah dioffer oleh YM Sultan Kedah...dan mmg dgr cerita tak jadi kat Pelangai

entahlah..kok2 Kedah dah jadi negeri pimpinan PAS terus tak jadi pulak...entah lah...tapi itulah yg saya dengar dari seseorang yang mendapat feedback directly dari MB.

Walau apa pun,warga kampung terutama ahli CAP akan tetap terus berjuang untuk mendesak pembangunan kampung walaupun tidak mendapat kerjasama mahupun sokongan moral dari sesetengah orang.