SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Monday, September 22, 2008

CAP : Club Anak Pelangai

Atas hasil idea asal Tuan Haji Abu Hassan El-Farouqi beserta Tuan Haji Tauzan dan rakan2 akhirnya jadilah jugak kita bernaung sebagai sebuah Kelab yang boleh disamakan sebagai NGO untuk kita berjuang demi kampung Pelangai yang tercinta (dari kampung Shafie menjalar ke Simpang Pelangai-Semerting-Kg Hayat-Kg Lembah Jaya-Bukit Gajah-Jawi2-Baris- dan sekitar jajahannya).Syukur Alhamdulillah, CAP ini mendapat sambutan dan kini telah pun ada lebih kurang 30 ahli and more will join after my campaign for CAP dengan anak-anak rantau yg berada di KL .Motif penubuhan CAP adalah untuk menjadi wadah kita sebagai anak kampung untuk memperjuangkan nasib,ekonomi dan survival kampung kita agar tidak ketinggalan.Yang selama ini amat menyedihkan tanpa infrastruktur yang betul2 boleh dibanggakan walaupun berwakilkan ADUN MB Pahang.Saya sebagai budak mentah telah pun mendapat feedback dari orang lama dalam UMNO yang mengatakan wujud status anak tiri kepada kawan DUN Pelangai khususnya Simpang Pelangai.Projek2 yang dapat memberi faedah kepada penduduk kampung seperti penubuhan sekolah MRSM, projek PULAPOL terbesar di Malaysia, IKM yang pada awal pembentangan kertas kerja meletakkan Pelangai tapi di ubah ke tempat lain yang mana majoritinya tertumpu ke Bentong.Pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan oleh mereka.Antaranya faktor jalan (yang juga kite perjuangkan) dan faktor kedudukan geografi yang mmg tak masuk akal. Gunung batu orang boleh tebuk,laut dalam boleh dipacakkan pile dan didirikan jambatan inikan pulak tanah getah dari karak ke pelangai.Denagn adanya projek2 seperti ini secara tidak langsung kita dapat membantu orang kampung kita untuk menambahkan pendapatan seperti berniaga,rumah sewa dan juga peluang2 pekerjaan yang boleh dinikmati oleh anak anak Pelangai.

Dengan ini marilah sama2 ayah,abang dan kakak kite terus bangun dan berjuang demi kampung yang tercinta.Perjumpaan pertama mungkin akan di adakan pada Hari raya ke 2 atau ke 3 sebelah malam di rumah Tuan haji Abu Hassan / Shamsiah untuk kita bersuai kenal,bertemu mesra dan juga berbincang untuk langkah2 seterusnya penyerahan memorandum ke DS Najib dalam waktu yang terdekat.Ingat lah..selama ini kita ada kuasa cuma kita tidak sedar akan kuasa yang kita ada.iaitu kuasa untuk bersuara,kuasa untuk memilih.lantangkan suara kita agar mereka tahu siapa anak Pelangai sebenarnya.Perjuangan ini adalah salah satu Jihad kita untuk membantu orang kampung kita juga

Wallahualam

No comments: