SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, January 21, 2009

Apabila kepala babi di letak di dalam surau...

Saya amat terperanjat apabila membaca laporan dari media alternatif (harakah,malaysiakini dan blog) tentang berita yang menggemparkan yakni kepala babi diletakkan di dalam surau.Lebih memeranjatkan lagi ianya seumpama satu bentuk amaran dan penghinaan kepada PAS,Pro-Mahasiswa dan juga Persatuan Mahasiswa Islam apabila tertera perkataan itu di atas bendera rasmi parti PAS yang menjadi bungkusan kepala babi tersebut...

Dengar cerita polis sedang menyiasat tentang kejadian tersebut...Tak tahu lah kerja siapa tetapi ianya besar kemungkinan dilakukan oleh pihak yang berseteru dengan PAS, Pro-Mahasiswa dan juga PMI...(hermmm..agaknya siapa yerr????)

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan berita tersebut yang boleh di katakan amat sensasi tiba2 menjadi senyap sunyi dari berita akhbar arus perdana mahupun RTM dan TV3.Pelik juga ye???Kalau sebelum ini bukan main berdegar2 lagi media berkenaan mensensasikan berita tentang bantahan azan sedangkan ianya baru pertuduhan...lebih2 lagi melibatkan parti PR.

tetapi didalam kes ini seperti mereka mahu menutup cerita ini??Apakah perbuatan meletakkan kepala babi di dalam surau tidak sebiadap bantahan suara azan???Atau apakah ini merupakan kerja2 tali barut kerajaan sehingga kerajaan beria2 tidak mahu menghebahkan kepada rakyat umum melalui media milikan mereka????

Saya nak sgt dengar ulasan dan komen tentang berita ini dari rakan blogger saya seperti Shamsuddinmoner el askariey dan yg sewaktu dengannya...

harap rakan blogger saya ini tidak akan berdiam diri seperti RTM,UTUSAN dan BH...

Saturday, January 17, 2009

TAHNIAH KEPADA PENGUNDI KT P36

SEMUA ORANG SUDAH SEDIA MAKLUM
PAS MENANG KERUSI PARLIMEN KT P36
(taknak ulas panjang2..statistik pun tak yah kasi...semua dah tahuuu)
SAYA BLOGGER KERDIL MRKOLUMPO INGIN MENGUCAPKAN SEKALUNG :

TAHNIAH KEPADA HJ WAHID ENDUT
TAHNIAH KEPADA PAS
TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT
TAHNIAH KEPADA SEMUA SUKARELAWAN DAN PETUGAS DALAM DAN LUAR
DAN PALING PENTING...

TAHNIAH KEPADA PENGUNDI K.TERENGGANU..ANDA MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH BAHAWA
" WE ARE NOT AFRAID OF YOU ANYMORE..."
ugut la mcm2,hambur lah macam2,tabur janji mcm tabur serdak kat ayam itik..."WE ARE NOT AFRAID OF YOU "


SEKIAN TERIMA KASIH
SYUKUR ALHAMDULILLAH

Wednesday, January 14, 2009

Selama ini Dunia tertipu

Semalam setelah melayari blog nuraflah, saya tertarik dgn satu tajuk di youtube bertajuk " The Arrival ". Ianya satu pembongkaran oleh sekumpulan anak muda seperti Noreagaaa dan kawan2 tentang penipuan dan kerja jahat kesatuan Yahudi Zionis dan Freemason.
Setelah menonton The Arrival pt.1, langsung saya tidak dapat tidur sehingga ke subuh kerana terus asyik menonton dokumentari yang amat menarik sehingga ke part 49 (masih byk lagi siri yang saya nampak sehingga mencecah puluhan siri)
Dokumentari tersebut membongkar tentangperancangan kaum Yahudi untuk menyambut Kedatangan Dajjal ( Anti-Christ) dan juga menceritakan tentang kedatangan Cicit Rasulullah Yang Mulia Imam Muhammad As Suhaimi (atau dikenali sebagai Imam Muhammad Al-Mahdi @ Imam Mahdi) dan juga menceritakan tentang kedatangan Yang Mulia Nabi Isa a.s

Saya amat mengsyorkan kepada para blogger / pelawat / rakan2 untuk menonton sendiri pembongkaran anak muda tersebut.

Apa yang menariknya, cara mereka untuk meyakinkan kepada para penonton seluruh dunia samada seorang muslim, kristian, yahudi mahu pun atheist amat menarik. mereka menggunakan satu cara kaedah "Free Your Mind" atau pembebasan minda ala ala cerita The Matrix.

Ianya menceritakan tentang wujudnya satu kerja jahat / konspirasi yang telah dilakukan oleh kumpulan FreeMason dan Zionist yang mepunyai kaitan darah dengan pemimpin Amerika sejak dari dahulu dan juga pemimpin Raja England sejak dari dahulu. dan YA..Tak terkecuali orang yang amat diharap2kan oleh dunia sekarang iaitu OBAMA. Mereka adalah dikenali sebagai kumpulan ELIT yang mempuyai susur galur keturunan dari Firaun Laknatullah.

Mungkin kita hairan apa kene mengena dengan lambang Piramid dan lambang "The Seeing Eye" (Mata satu @ mata Dajjal Laknatullah) Mesir dengan Amerika dan England???

Saya taknak megulas panjang..diharap kita semua boleh menonton youtube berkenaan dan akan terjawablah segala persoalan tentang Yahudi,Zionist,cuti hari AHAD,Madonna+Britney Spears+Cristina Aguliera, kematian Puteri Diana, Serangan 911 di twin tower dan pentagon, kaitan Dajjal-Yahudi-Amerika-England,Mcdonalds,Starbuck,kejadian Hollocaust Nazi (yang di bayar oleh grup Zionis kepada Hitler) ,peperangan Iraq, Pencerobohan Palestin dan segala2 yang kita tak pernah terpikir selama ini...

p/s : I am already been unplugged from the illussion Zionist dan Yahudi...anda bila lagi...

Tuesday, December 16, 2008

Pembelajaran Matematik dan Sains Di Dalam BI

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.


Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia.
Dalam membina bangsa yang berjaya dan berdaya saing perlu juga diambil kira relevansi dalam sesuatu tindakan. Penialian tersebut perlu dibuat dalam konteks yang meluas dan bersifat jangka panjang serta tidak sempit kepada matlamat yang terbatas dan hanya bersifat jangka pendek.
Masalah sebenar
Menurut Dato' Dr Hasan Ahmad dalam bukunya Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, orang Melayu yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu seharusnya memahami apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu.
Seperti contoh dalam menyelesaikan masalah kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada pihak yang mengaitkannya dengan sikap orang Melayu itu sendiri yang membenci bahasa Inggeris.
Maka dengan dasar yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam matapelajaran Sains dan Matematik, pelajar melayu mahu tidak mahu akan belajar bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris untuk lulus dalam peperiksaan.
Tetapi, hakikatnya, sebelum merdeka, sejarah telah membuktikan bahawa dasar seperti ini yang menyebabkan anak-anak Melayu tidak mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah rendah.
Beberapa siri peperiksaan diperkenalkan seperti Lower Certificate Education (LCE), Senior Cambridge (SC), dan sebagainya yang menggunakan aliran Inggeris sepenuhnya menyebabkan sebahagian besar pelajar melayu khususnya di luar bandar gagal.
Maka, ekoran itu, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tertutup dan akhirnya mereka terpaksa mencari pekerjaan.
Melihat kepada permasalahan tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk mengubah dasar pendidikan negara dengan memperkenalkan aliran Melayu di semua sekolah.
Setelah dasar pendidikan negara diubah dan dasar bahasa Kebangsaan diutamakan dalam sistem pendidikan, ratusan ribu pelajar Melayu memperoleh pendidikan yang lebih tinggi hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Maka, ramai dari graduan Melayu yang telah berjaya menjadi pakar dan memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing.
Tambah bebanan
Dalam pada itu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, sebenarnya kita telah menambahkan lagi bebanan kepada mereka yang belajar di luar bandar.
Inilah hakikat yang harus kita terima. Dengan suasana dan kehidupan masyarakat luar bandar yang kurang diberikan pendedahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan mata pelajaran yang sememangnya sukar untuk difahami seperti fizik dan kimia untuk diajar dalam bahasa Inggeris.
Adakah dengan meletakkan sasaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan berjaya menjadikan mereka saintis yang berjaya secara automatik seperti Albert Enstein?
Profesor Diraja Ungku Aziz pernah memberi reaksi yang agak bercanggah ketika dasar ini dibentangkan dengan menyatakan "sekiranya kita benar-benar ingin memajukan bangsa dalam bidang pendidikan, maka perlengkapkan dahulu kemudahan prasarananya".
Pandangan beliau ini berkait rapat dengan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Bahasa terpenting
Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.
Dengan masalah kekurangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan pendedahan serta kefasihan dalam penggunaan bahasa Inggeris yang masih lemah, sudah tentu pelbagai kesukaran yang akan mereka hadapi untuk belajar matapelajaran-matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Kesannya, tidak hairanlah mengapa berlaku terlalu banyak keciciran dalam pendidikan yang sebahagian besarnya melibatkan bangsa kita.
Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato' Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kenvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain.
Apabila ia melibatkan matapelajaran lain, ia menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu telah hilang wibawanya sebagai bahasa ilmu dalam masyarakat yang membawa kepada corak ketamadunan Melayu-Islam.
Persoalan yang perlu dijawab, adakah adil untuk kita menafikan autoriti bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan hanya disebabkan pelajar melayu lemah dalam perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan tatabahasa?
Emperor Puyi sewaktu perang dunia kedua telah bersubahat dengan Jepun untuk menyerang Manchuria dan setelah kemenangan dicapai, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Emperor. Sebelum beliau dinaikkan pangkat, beberapa perjanjian penting telah ditandatangani dalam menentukan polisi untuk membina negara Manchuko (Manchuria).
Dasar pertama dan yang paling besar dalam polisi negara Manchuko adalah pendidikan dalam negara tersebut perlu menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di semua peringkat.
Ini jelas menunjukkan akan kepentingan bahasa dalam bidang pendidikan kerana ia akan menentukan generasi bangsa Manchuko itu sendiri pada masa akan datang.
Jatuh bangun bangsa
Menurut teori Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menyatakan "yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya". Salah satu perkara yang yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah tersebut adalah bahasa yang menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa.
Lihat saja beberapa bangsa lain di negara Afrika yang telah hilang identiti bangsanya apabila bahasa penjajah seperti Perancis dan British telah diagungkan dan dijadikan bahasa terpenting dalam semua perkara termasuk pendidikan sehingga menenggelamkan bahasa ibunda mereka.
Apa yang perlu disedari adalah kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.. Profesor Dr James T. Collins menegaskan "wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya"
Bahasa sememangnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Dalam hipoteis yang dibuat oleh ahli sosiologi linguistik Sapir dan Whorf, bahasa sebenarnya menentukan budaya sesuatu masyarakat.

Seperti contoh bahasa Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan kemuliaan telah membentuk budaya Melayu itu sendiri yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif.
Sekiranya autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14, dan pada zaman-zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka.
Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman.

* Muhammad Faisal ialah Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) _ -->

Friday, December 12, 2008

Mencari Kebenaran...

Assalamualaikum dan salam kasih sayang saya hamparkan kepada para tetamu blog saya ini.
Mancari Kebenaran...ya, itulah yang sedang berlegar di kepala hotak saya sejak petang tadi apabila memandu sendirian dari Merapoh ke Simpang Pelangai dan terus berlegar di dalam benak sanubari sehingga ke waktu ini.

Saya sedar akan berlakunya pertembungan pendapat, perbezaan ideologi dan pemikiran, perselisihan kefahaman di antara pemikiran saya dengan beberapa tetamu yang sudi menjengah masuk ke dalam blog saya ini. Perbezaan di antara ideologi politik, arus perjuangan sebagai khalifah di muka bumi sentiasa menjadikan satu situasi perdebatan yang sihat.

Iya benar, kadang kala terpacul juga beberapa perkataan seperti bodoh dan bangang daripada papan kekunci ini namun kebanyakannya saya tujukan kepada beberapa kerat sahaja sesetengah individu yang digelar pemimpin negara yang amat saya cintai ini. Saya sememangnya tidak berapa suka dan gemar menghamburkan perkataan yang kurang sopan ini kepada golongan penyokong akar umbi mahupun pengundi kepada partai yang mendabik dada sebagai pembela ISLAM dan MELAYU. Yang saya salahkan pemimpin...

Walaupun begitu tidak pernah saya menghamburkan perkataan yang kurang ajar seperti peliwat, aljuburi, perogol, penzina, bahlol tongong kepada mana2 pihak tak kire orang kecil mahupun orang besar...

Di sini saya tidak ingin untuk lebih menyusuri kepada fahaman Assobiah seperti orang Arab di zaman Jahiliyah. Apa yang lebih ingin saya tekankan ialah ISLAM. Islam merupakan tempat yang paling teratas di dalam mana2 perjuangan baik didalam politik mahupun tidak. Saya tidak nampak apa yang ingin di lebih2kan sangat tentang Melayu lebih daripada ISLAM. Bukan untuk meremehkan perjuangan bangsa. Saya amat sayangkan tanahair ini...dan saya amat sayangkan bangsa MELAYU namun seperti motto TS mahupun NGO yang dipengerusikan oleh Dato Seri Abdullah Badawi..., Alif Ba Ta...Agama Islam itu letaknya di atas sekali.

Jadi ingin saya bertanya kepada para tetamu yang saya hormati lagi dikasihi...di manakah kite berada (lebih condong kepada) di antara ISLAM dan MELAYU?? Perjuangan apakah yang menjadi landasan kita...ISLAM atau BANGSA MELAYU???Adakah kite ingin menjadi seperti kaum Yahudi (Laknatullah) yang mengatakan bumi Palestine itu adalah dijadikan untuk mereka???sama seperti kita melaungkan2 Tanah Melayu ini Allah jadikan untuk orang Melayu???

Allah yang Maha Besar menjadikan kite sebagai khalifah di muka bumi ini.Bumi ini bukan kita yang punya!! namun kita sebagai ketua.maknanya orang Islam sahaja lah yang layak menjadi pemimpin di Malaysia ini. Atau apakah tuan tuan ingin menterjemahkan khalifah itu sebagai Melayu???dan seterusnya menjadi Tuan Tanah kepada Malaysia???lihat sahaja lah tanah2 di speanjang jalan ke kampung kita...berapa kerat sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu...selainnya bukan milik KITA.

Jadi kalau kite terus nak menegakkan dan memperjuang kan tentang BANGSA, BANGSA dan BANGSA tapi kite tidak letak ISLAM itu sebagai kepala yang teratas....apakah kita layak digelar khalifah???apakah kita layak mentadbir negara ini???

Saya akui saya tidak ada sebarang sijil ataupun degree di dalam pengajian Agama Islam...yang ada hanya lah SPM dapat cemerlang dalam agama di sekolah Selayang Bharu. Ilmu pun tak lah mendalam seperti tuan tuan semua. Selebihnya hanya lah secebis ilmu yang amat sikit diperolehi masa join USRAH kat SEMESTA dulu..itupun di cop haram dan sesat oleh kerajaan pimpinan Tun M.

Saya hanya berbekalkan iman yang tipis, ilmu yang cetek dan amal yang tak sebeberapa YAKIN dengan keyakinan yang amat tinggi bahawa "Adalah benar dan selayaknya bagi saya yang mengaku ISLAM untuk menyokong perjuangan yang ingin menegakkan kalimah ALLAH dan syiar ISLAM di muka bumi Malaysia ini". dan yang saya nampak sekarang hanyalah PAS (Partai Agama Islam Semalaysia) dan bukan UMNO dan juga bukan PKR. cuma PKR berada di dalam "alliance" ataupun pakatan yang bersama2 dengan PAS. saya yakin tidak salah pilih.pada saya PAS adalah partai yang benar dan minta maaf ..bukan UMNO

UMNO stand for United Malay Nation Organization ataupun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang terang2 memperjuangkan kebangsaan.memperjuangkan bangsa Melayu. Pada pendapat saya (hanya pendapat saya...tak setuju??terpulang dan boleh follow up komen yerrr...)
UMNO meletakkan eprjuangan bangsa mendahului agama.Agama jatuh no 2.No 1 mesti bangsa...tak boleh tidak..."cisss bedebah...pantang anak Melayu dicabarrrrr..." seperti kata2 M.Nasir di dalam filem Puteri Gunung Ledang dan seperti itulah yang saya nampak perjuangan UMNO.(walaupun beberapa kerat pemimpin mereka memperjuangkan perut, kekayaan, pengaruh, kuasa, undi). Jadi disini dimanakah letaknya Islam???tidak adakah laungan.."cisss bedebah..Islam jangan di cabar-cabar" "ciss bedebah...hukum Hudud jangan diperlekehkan"
"cis bedebah...dey samy lu jangan hina AlQuran kami" " cis ..bedebah kenapa kau nak hina sunnah Nabi????"

Pohon ampun dan maaf....ayat2 di atas saya tak nampak di dalam UMNO...saya cuma nampak di dalam PAS....tuan2 semua tahu siapa yang mengugut dan memberi amaran kepada kerajaan si anu supaya tidak menjalankan hukum hudud...padahal dah tahu ni hukum hudud tu ingin diwartakan kepada orang Islam...

Pendek cerita saya ingin tuan2 menyahut cabaran saya agar ditetapkan satu masa kite bertemu...BUKAN untuk berdebat dan menunjukkan bukti...tetapi kite bertemu di dalam rumah ALLAH untuk kite buat solat sunat hajat dan istikharah agar Allah tunjukkan kepada kita perjuangan manakah yang DIA lebih redho PAS atau UMNO. perjuangan manakah yang BENAR..UMNO atau PAS.moga2 ALLAH akan beri petunjuk kepada kita dan juga kepada diri saya terutamanya. Kerana hambaMu ini Ya Allah ingin mencari kebenaran...Tunjukkanlah padaku kebenaran itu nescaya akan ku turuti dan menyokong kuat kepada perjuangan yang Engkau lebih muliakan...Amiinnn

p/s : harap abang shamsudin boleh jadi imam dan abang khairi dan ustaz said boleh follow sekali...Insya-Allah

Wednesday, November 26, 2008

Biro Tata Negara

Biro Tata Negara adalah satu mekanisme kerajaan untuk mem brainwash pelajar2 dan bakal penjawat awam kepada satu pemikiran yang amat negatif terhadap pembangkang dan lebih2 lagi kepada beberapa pemimpin parti PR terutamanya sapa lagi kalu tak DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang dan lain2.

Sebenarnya apa yang kerajaan ni menggelabah sgt???apa yang nak takut sgt???bukan kah setiap warganegara ada hak untuk memilih...n time untuk kempen dah lama tamat ok????so kenapa???

Apakah mereka lupa pembangkang adalah salah satu tunggak kepada demokrasi.kalau takde pembangkang..kite dah jadi autokrasi pemerintahan kuku besi...

Didalam BTN yang terbaru...mereka menggelarkan Dr.M genius.
saya taklah membantah tetapi mereka beria2 suruh menyokong kerajaan Pak Lah. mereka tak tahu atau sengaja buat bodoh yang Dr.M sendiri tak sukekan Pak Lah and his style of leadership.hehehe pening jugak dibuatnye budak2 yang pi BTN tuh...

Kempen tu takpe lagi..ni sampai fitnah org tu zionis, org tu ejen amerika...kenapa???banyak persoalan yang saya kemukakan ini tak dpt saya jawab...

harap ada org dari BTN atau org yang arif pasal BTN boleh beri penjelasan