SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, January 21, 2009

Apabila kepala babi di letak di dalam surau...

Saya amat terperanjat apabila membaca laporan dari media alternatif (harakah,malaysiakini dan blog) tentang berita yang menggemparkan yakni kepala babi diletakkan di dalam surau.Lebih memeranjatkan lagi ianya seumpama satu bentuk amaran dan penghinaan kepada PAS,Pro-Mahasiswa dan juga Persatuan Mahasiswa Islam apabila tertera perkataan itu di atas bendera rasmi parti PAS yang menjadi bungkusan kepala babi tersebut...

Dengar cerita polis sedang menyiasat tentang kejadian tersebut...Tak tahu lah kerja siapa tetapi ianya besar kemungkinan dilakukan oleh pihak yang berseteru dengan PAS, Pro-Mahasiswa dan juga PMI...(hermmm..agaknya siapa yerr????)

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan berita tersebut yang boleh di katakan amat sensasi tiba2 menjadi senyap sunyi dari berita akhbar arus perdana mahupun RTM dan TV3.Pelik juga ye???Kalau sebelum ini bukan main berdegar2 lagi media berkenaan mensensasikan berita tentang bantahan azan sedangkan ianya baru pertuduhan...lebih2 lagi melibatkan parti PR.

tetapi didalam kes ini seperti mereka mahu menutup cerita ini??Apakah perbuatan meletakkan kepala babi di dalam surau tidak sebiadap bantahan suara azan???Atau apakah ini merupakan kerja2 tali barut kerajaan sehingga kerajaan beria2 tidak mahu menghebahkan kepada rakyat umum melalui media milikan mereka????

Saya nak sgt dengar ulasan dan komen tentang berita ini dari rakan blogger saya seperti Shamsuddinmoner el askariey dan yg sewaktu dengannya...

harap rakan blogger saya ini tidak akan berdiam diri seperti RTM,UTUSAN dan BH...

No comments: