Biro Tata Negara adalah satu mekanisme kerajaan untuk mem brainwash pelajar2 dan bakal penjawat awam kepada satu pemikiran yang amat negatif terhadap pembangkang dan lebih2 lagi kepada beberapa pemimpin parti PR terutamanya sapa lagi kalu tak DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang dan lain2.
Sebenarnya apa yang kerajaan ni menggelabah sgt???apa yang nak takut sgt???bukan kah setiap warganegara ada hak untuk memilih...n time untuk kempen dah lama tamat ok????so kenapa???
Apakah mereka lupa pembangkang adalah salah satu tunggak kepada demokrasi.kalau takde pembangkang..kite dah jadi autokrasi pemerintahan kuku besi...
Didalam BTN yang terbaru...mereka menggelarkan Dr.M genius.
saya taklah membantah tetapi mereka beria2 suruh menyokong kerajaan Pak Lah. mereka tak tahu atau sengaja buat bodoh yang Dr.M sendiri tak sukekan Pak Lah and his style of leadership.hehehe pening jugak dibuatnye budak2 yang pi BTN tuh...
Kempen tu takpe lagi..ni sampai fitnah org tu zionis, org tu ejen amerika...kenapa???banyak persoalan yang saya kemukakan ini tak dpt saya jawab...
harap ada org dari BTN atau org yang arif pasal BTN boleh beri penjelasan
Wednesday, November 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Saya telah mengikuti kursus BTN sebelum berkhidmat sebagai guru. Banyak perkara yang boleh diambil faedah daripada program tersebut khususnya dalam hal yang berkaitan dengan patriotisme. Bukankah cintakan negara itu merupakan tuntan Islam.
Betul apa yg tuan kata.bukan kata saudara sahaja, semua org sejak dari skeolah sampai lah yg nak keje gomen ...semua kene amik BTN.saya tak pertikaikan cintakan negara tapi saya pertikaikan kenapa BTN dijadikan medan meracuni pemikiran peserta untuk membenci pembangkang.pembangkang tu pulak bukan lah org cina atau india sahaja tetapi org melayu jugak.ini sebenarnya tiada kaitan dgn patriotism.ini adalah satu cara brainwash agar tidak menyokong pembangkang atau pun mana2 pihak yang tidak disukai kerajaan BN.itu sahaja...nak kata cintakan negara....takde pulak kite nak cerita pasal penjajahan baru org barat / kristian dalam aspek hiburan dan budaya org barat yang byk menyesatkan anak bangsa kite....fikir2kan lah duhai abang.walau bagaimana pun ternyata mcm tak berapa nak jadi jugak BTN nih...tgk je lah berapa ramai guru2 yang menyokong PAS dan pembangkang.
Salam pkenalan,
Sy rasa sdr x m'ikuti kursus BTN ni dr awal sampai akhir. Apa yg sdr katakan tu ibarat secebis drpd keseluruhan apa yg disampaikan dlm kursus Kenegaraan yg mungkin sdr maksudkan.
Apa yg sy tau, dlm kursus tu bukanlah mnafikan peranan pbangkang @ mnidakkn demokrasi, tp peranan pbangkang yg bgmana...rasanya bukan nak pbangkang semua perkara.
Soal ia berjy @ x, itu soal lain. Mustahllah dlm masa 3-4 hari utk m'ubah ideologi k/tgn kjaan, tp at least perkara benar tlh didedahkn. Tpulang masing2 nak fikir...Tk
kepada ustaz said....mana ada org kursus BTN tak abis...mana ada org kursus BTN separuh2...dari awal sampai akhir semua kene jalan aktiviti bersama2...
fyi ustaz...BTN yang saya maksud ni lebih kepada BTN utk bakal guru yang di adakan bulan lepas.cuma kali ni takde sgt aktiviti luar n kembara atau flying fox..tapi byk dipenuhi dengan LDK dan juga ceramah politik...mtk maaf cakap...harap ustaz jgn main smeberono serkap jarang tuduh org tak amek BTN atau hadiri BTN tak habis...saya menulis atas kapasiti yang benar..im only telling the truth...kawan saya ramai yg kpli...
saya rasa ustaz said ni amek BTN paling awal setahun lepas sebelum kerajaan BN kalah teruk pru baru2 ni....nak kata perkara yg benar telah disampaikan???hehehe jika mcm tu lah kata ustaz...membenarkan kepada perkara yang tak betul atau tak berapa tepat atau pun totally fitnah, saya rasa better ustaz yang berkapasiti ustaz cek balik lah hukum2 menuduh tanpa bukti nih yerrr...mintak maaf yer ustaz...assalamualaikummmmm
Salam,
Setahu sy skg ni modul kursus BTN bkaitan dgn Plembagaan Msia - dr segi hak2 rakyat Msia spt Perkara 152, 153, dsb.
Apa yg didedahkan ialah spy rakyat Msia faham, klu nak btindak ikut la plembagaan, jgn ikut perasaan. So, maknanya klu Hindraf ke, Bersih ke nak bhimpun ikut la plembagaan, jgn la buat ikut suka hati mcm negara ni tiada law.
Lagi satu bahayanya ialah a/bila pemimpin 'disukai' AS. Bahaya utk negara, agama dan bangsa. Itu je yg aku faham...
Berhimpun secara aman adalah hak asasi yang tertulis di dalam perlembagaan.baik bersih mahupun hindraf mahupun gerakan reformasi...mereka berhimpun secara aman tapi mereka tetap dibelasah dipijak diterajang dipenjara disembur dgn pemedih mata air gatal...cuba la ko bayangkan ustat..apa hak kerajaan nak halang rakyat berhimpun secara aman???ohhh kalau pembangkang semua haram..tapi yg umno jadi macam beruk (pinjam kata menantu PM) kat penang tu takpe pulak..tak pulak kene sembur air kene pijak kat fru n sb???pikir2kan lahhh toksah kita jadi buta perut takdak akai....kita tak kene boleh lah nak ckp mcm2...kalau lah ditakdirkan ahli keluarga ustat kena mcm depa kena..atau pun kena mcm peristiwa memali dulu...masa tu baru ustaz nganga...
wasalam
Bagus juga perbincangan ni. Tapi, ustaz Said, yang benar memang pedih nak disampaikan. Dan memang ada saja yang akan menolak kebenarannya. Tak pe lah. Hasrat BTN hanya dilihat dari luarannya sahaja, sebab itu yang dinampak. Kalau dah hadir ke program tu dgn blocked mind, apa2 pun yang diberikan mesti akan dikaitkan dengan KEMPEN BN, DAN ANTI PEMBANGKANG. Biarkanlah mereka dengan pendapat mereka. Peranan kita yang faham ni, cuba beri faham je lah.
Kita ingin mencapai keamanan. Saya sebagai peserta kursus BTN yang baru lepas, saya rasa program ini adalah untuk memberikan penjelasan bahawa perkara 153, 152 dan lain-lain lagi yang berkaitan Kontrak Sosial bukanlah menjadi hak mutlak orang Melayu dan Bumiputera. Ada kepentingan kaum-kaum lain yang sah juga dilindungi. KIta risau sekarang ni, masing2 menuntut haknya. Berbicara tentang penindasan kaum dan lain-lain lagi. Sedar atau tidak perkara itu hanya dihangatkan oleh orang yang berkepentingan. Program ini hanya untuk menjelaskan keadaan sebenarnya yang berlaku dalam negara ini agar tidak lagi berlaku penuntutan hak yang tidak berasas.
Contohnya, tiada satu pun Sekolah Jenis Melayu Kebangsaan, tapi SJKC dan SJKT ada diwujudkan. Kita cuma ada Sekolah Kebangsaan. Apa lagi yang nak dikatakan bahawa negara Malaysia ini tidak menjaga hak asasi kaum lain? Saya pun tak tahu dah nak jawab..... Cukup setakat ini...
Mr Kolumpo, tidak salah kita berlainan ideologi. Saya tahu aliran pemikiran tuan adalah di pihak pembangkang. Saya hormatinya. Namun, perlukah kita bertelingkah, hancur, semata2 kerana berbeza pendapat. Dalam Islam sendiri ada disebut tentang perbezaan pendapat, tapi mestilah dalam adabul ikhtilaf... (adab2 berbeza pendapat). Bagus ada pembangkang, boleh check and balance... Cuma saya tegaskan sekali lagi, berbeza pendapat dalam erti kata dapat membangunkan negara ini bersama dan orang Melayu sepatutnya semakin sedar ttg kedudukannya dalam negara ini.
Bersama membangunkan negara. Syabas kepada Mr Kolumpo, dan tahniah. Org seperti tuanlah yang diperlukan untuk membuatkan orang lain berpikir...... Wassalam
terima kasih di atas komen ustaz said,abang khairi dan juga abang norhasdi. saya tidak ada niat untuk berperang mulut atau pun berpecah belah....saya pun tak kata BTN tu tak bagus cuma sesetengah pengisian dia yang pada saya kurang molek.contoh yg saya katakan ialah peranan sesetengah odul dan penceramah untuk menanam kebencian kepada pembangkang.saya tak tahu modul yang tuan norhasdi ambil...cuma yang saya tekankan modul BTN bulan lepas yang dianjurkan kepada guru2 KPLI.OK...betul saya sekarang ni memang berpihak kepada pembangkang walaupun nama masih ada dalam UMNO.kecondongan saya kepada pembangkang adalah kerana jaminan PAS PKR dan DAP untuk tidak akan menyentuh perlembagaan tentang2 hak2 ISLAM dan MELAYU...and the rest mereka tampak ingin membebaskan begara ini dari pelacuran wang rakyat,saham2,projek2 award tanpa diteliti. contoh projek RMK-9...saya sendiri pernah mendapat senarai projek2 yang ada dlm RMK-9 seperti permbinaan jalanraya dan jambatan. dan terang2 dinyatakan bahawa syarat utama mendapatkan award tender ini adalah 30% mesti disalurkan kedalam tabung UMNO...dan 30% tu pula bukan dari volume atau keuntungan projek tapi akan di upkan (di markup) sendiri oleh kerajaan untuk lebihan 30% dimasukkan ke dalam tabung.soal kredibility syarikat tak penting...tgk sajalah contoh jalan yang dibuat di projek naiktaraf jalan Kg Lembah jaya...tak sampai 6 bulan jalan itu hancur lebur berlopak2 dek kualiti yang amat menyedihkan..difahamkan kontraktor tersebut ialah org besar UMNO dari Johor...yang takde kene mengene2 dgn kg tersebut...itulah saya yang pertikaikan...jadi kenapa kite perlu nak benci sgt epada pembangkang sedangkan pembangkang lah umpama brek dlm kereta...yg masukkan gear,tekan minyak,tekan clutch semua UMNO..brek sajalah yang menjadi harapan untuk selamat...sekian
Post a Comment