SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Thursday, November 20, 2008

Minit Mesyuarat ke II Allson Klana Nilai

Perkara : Mesyuarat kali ke II CAP
Tempat : Hotel Allson Klana Nilai
Jam : 3 Petang
Kehadiran : 15 orang sahaja

1. Ucapan Aluan Setiausaha
2. Ucapan Pembukaan Pengerusi
3. Suai Kenal antara participants
4. Ucapan Penasihat I dan II
5. Perbincangan Terbuka :
a) Hala Tuju CAP :

Memperjuangkan kemajuan kampung supaya serata dengan tempat2 lain yang telah lama membangun.

Menjaga kebajikan warga kampung samada di desa mahupun di kota dari segi menggalakkan penyertaan warga kampung di dalam perniagaan.

Memperjuangkan hak orang kampung dari segi ekonomi dan kemudahan awam

Menaikkan rasa cinta kan kampung halaman di kalangan generasi muda

b) Promosi CAP : telah berjaya mengumpul sebanyak 48 orang ahli berdaftar namun masih ramai yang berminat tetapi gagal mendapat maklumat yang tepat dan gagal mendaftarkan diri. Keahlian yang ramai adalah amat penting untuk CAP supaya segala bentuk memorandum ataupun desakan dari CAP akan dipandang oleh pihak kerajaan memandangkan kuasa pengundi seseorang warganegara Malaysia amat penting bagi mereka. Jika CAP tidak mempunyai ahli yang ramai,maka sukar bagi CAP untuk bergerak dan tidak mustahil suara dari CAP tidak akan di layan. Oleh itu ada 2 cadangan :

pergiatkan promosi dan penghebahan tentang CAP dengan menyediakan risalah2 untuk tatapan org kampung seperti di tampal di bus-stand,kedai dataran Pelangai dan juga masjid.

mengadakan promosi jom balik kampung secara berkonvoy (kereta dan motorsikal ) dari KL untuk menarik minat warga kampung yang merantau di kota yang mana bermula dari hentian rehat tol gombak terus ke kampung syafie-rumah murah-kg hayat-bkt gajah-baris-jawi2-lembah jaya dan kembali ke titik akhir dataran Pelangai.konvoy di kepalai dengan membawa bendera CAP (kepada sesiapa yang ada idea untuk merekabentuk bendera boleh tampilkan templates untuk di teliti)

c) Penyerahan memorandum ke Putrajaya. memorandum yang ada perlu di perbaiki sedikit lagi sebelum penyerahan.

d)Kedudukan CAP sebagai NGO dalam bentuk Kelab yang tidak perlu berdaftar buat masa sekarang. walaubagaimanapun akan dibincangkan sekiranya keahlian mencecah target 200 orang.

e) Disamping memperjuangkan kemajuan kampung, CAP telah menambah satu lagi agenda ataupun matlamat CAP iaitu menjaga kebajikan orang kampung dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.antara cadangan :

membentuk satu dana khairat kematian dalam bentuk derma kilat dari ahli2.

menyediakan satu tabung derma dari ahli mahupun dari badan2 swasta untuk memberi sumbangan kepada anak2 Pelangai yang bersekolah dan cemerlang di dalam peperiksaaan.

mengadakan satu hari gotong royong membersihkan kawasan kampung yang mana telah sekian lama gotong royong ini tidak di adakan di kampung kita.

f) lain lain hal berbangkit.

6. Jamuan Hi-Tea

7. Menangguhkan mesyuarat ke 8 Disember 2008 (Hari raya AidilAdha) jam 3 ptg di rumah Penasihat Tuan Haji Abu Hassan

8. Ucapan penutup dan bersurai

No comments: