SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Thursday, October 9, 2008

Gelaran Perdana Menteri ke 5 Apa Agaknya

Semalam DS Abdullah Badawi telahpun mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan UMNO pada Mac 2009.Ini bermakna tinggal 6 bulan sahaja lagi untuk DS Najib untuk mengisi kekosongan yang di idam2kan iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. DS Rosmah pula sudah tentu akan gembira bukan kepalang untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia menggantikan tempat DS Jeanne Abdullah.Samada ianya menjadi kenyataan atau pun tidak, Yelah manalah tahu tibe2 teori RAHMAN bertukar menjadi teori RAHMAR. R yang saya maksudkan ialah Ku Razaleigh. Atau mungkin juga RAHMAT iaitu dimenangi oleh Mat Taib.Atau tidak keterlaluan saya katakan menjadi teori RAHMAA iaitu diganti dengan DS Anwar melalui peralhan kuasa di Parlimen.Namun begitu itu tidaklah menjadi persoalan saya.Persoalan saya ialah apakah agaknya jolokan gelaran yang akan kita berikan kepada bakal bekas PM yang ke 5 kita nanti yakni DS Abdullah Badawi. Seperti mana gelaran yang ada : Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan,Bapa Penyatuan dan Bapa Pemodenan Malaysia. Selama 8 tahun ini apa yang boleh kita nampak perubahan yg dibawa oleh DS Abdullah??? Bapa Angkasawan mungkin kerana kejayaan penerokaan angkasa lepas oleh Dr Syeikh Muzaffar??? atau pun Bapa Hadhari seperti yang sedia maklum oleh semua rakyat Malaysia???atau pun Bapa MrClean???pada saya semuanya mungkin namun yang paling tepat dan wajar pada saya ialah Bapa Menantu ataupun Menantu Bapak...atau pun Bapa KJ.hehehe...mari kite tunggu apakah gelaran yang akan diberikan oleh RTM nanti....

2 comments:

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

Wa'alaikum salam. Jalan lurus daripada Karak-Pelangai tu sepatutnya menjadi tanggungjawab ADUN Pelangai yang memegang jawatan MB Pahang sekarang. Habis, kalau jalan nak masuk ke pelangai tupun Perdana Menteri yang nak uruskan, habis tu apa tugas dan peranan MB Pahang yg jadi ADUN di Pelangai yang dah 6 penggal ( 22 tahun). Lebih baik ambik ekau yo jang jadi ADUN Pelangai, lagi sonang.

mrkolumpo said...

2 lah pasal bang...22 tahun takdo apo..tu yang kito nak gerakkan CAP ni...tgu dio tak abis2 dgn alasan.cito jalan lurus ni sey dongar maso kocik2 laie.dah berbuih mulut pemimpin UMNO Pelangai (yang dulu laaa) mintak..skrg ni nak nak mintak Tok Nan bertanding tompek lain takut dio taknak...kang kono pulak isyarat tangan hehehe.nak lawan paai bendera pas,pkr atau bebas (kepalo lombu) takut tak monang..ilang pulak deposit..takdo caro lain dah...dulu pun masa Pelangai mintak bekalan api 24 jam pun bukan melalui MB (Khalil Yaakob)dia pun buat bodo dan buat alasan mcm2..alih2 mintak kat menteri kewangan masa tu terus lulus dan Alhamdulillah kite dapat api 24 jam.takdo la gaso cam org penan yo tak??api 12 jam yo...tu pasal kito kono mintak Najib tolong.dia pun pemimpin kito jugak.undi org Pelangai yang memangkah Bn jugak yang meletakkan BN jadi kerajaan.kalu tak alamat najib jadi la timbalan ketuo pembangkang.yg sey gisau an ni perangan si rosmah tu..aduiii yai buek malu oghang nogori yooooo