Showing posts with label Bapa Hadhari. Show all posts
Showing posts with label Bapa Hadhari. Show all posts
Thursday, October 9, 2008
Gelaran Perdana Menteri ke 5 Apa Agaknya
Semalam DS Abdullah Badawi telahpun mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan UMNO pada Mac 2009.Ini bermakna tinggal 6 bulan sahaja lagi untuk DS Najib untuk mengisi kekosongan yang di idam2kan iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. DS Rosmah pula sudah tentu akan gembira bukan kepalang untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia menggantikan tempat DS Jeanne Abdullah.Samada ianya menjadi kenyataan atau pun tidak, Yelah manalah tahu tibe2 teori RAHMAN bertukar menjadi teori RAHMAR. R yang saya maksudkan ialah Ku Razaleigh. Atau mungkin juga RAHMAT iaitu dimenangi oleh Mat Taib.Atau tidak keterlaluan saya katakan menjadi teori RAHMAA iaitu diganti dengan DS Anwar melalui peralhan kuasa di Parlimen.Namun begitu itu tidaklah menjadi persoalan saya.Persoalan saya ialah apakah agaknya jolokan gelaran yang akan kita berikan kepada bakal bekas PM yang ke 5 kita nanti yakni DS Abdullah Badawi. Seperti mana gelaran yang ada : Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan,Bapa Penyatuan dan Bapa Pemodenan Malaysia. Selama 8 tahun ini apa yang boleh kita nampak perubahan yg dibawa oleh DS Abdullah??? Bapa Angkasawan mungkin kerana kejayaan penerokaan angkasa lepas oleh Dr Syeikh Muzaffar??? atau pun Bapa Hadhari seperti yang sedia maklum oleh semua rakyat Malaysia???atau pun Bapa MrClean???pada saya semuanya mungkin namun yang paling tepat dan wajar pada saya ialah Bapa Menantu ataupun Menantu Bapak...atau pun Bapa KJ.hehehe...mari kite tunggu apakah gelaran yang akan diberikan oleh RTM nanti....
Labels:pas,umno,kad kahwin,kad jemputan,politik
Bapa Hadhari,
gelaran PM ke 5,
mrkolumpo,
umno
Subscribe to:
Posts (Atom)

