SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Friday, October 31, 2008

Senang Kire versi Dollah Badawi

haiii..Dollah..dollahh...belajaq mana hang ni..???x sengaja jadi bodoh ka hang senagja buat2 jadi bodoh...nak round up pun agak2 la...org sekarang nak round -up (bundarkan kite belajar masa skolah dulu) nilai sen..cth beli barang kat pasaraya harga RM 2.96 sen..dia bundarkan jadi RM 3.oo...kire tambah 3 sen je la....ini hang nak bundarkan BILLION???pala hotak kau...
dari RM 1.607 BILLION nak round up jadi RM 1.7 BILLION (sengaja aku capital besarkan billion ni)..maksudnye kempen "senang kire" versi Dollah ni menjadikan pertambahan kos RM 0.93 BILLION atau lebih kepada senang nak congak 93 juta ringgit. agak2 ada berapa kosong belakang 93 juta tuh...aduhai Dollah..Dollahh...padan lah org ramai gelarkan u ni Dollah Bodohwi.mcm ni ker nak kite nak gelarkan Bapa Islam Hadhori????padan lah beria sgt nak lompat jadi menteri pertahanan.berapa byk lagi wang rakyat korang nak rompak ni???mcm ni ker nama UMNO???dah kantoi barulah nak mintak maap...dah kantoi...barulah nak ckp "kite tangguh dulu keputusan nak beli heli ni"...(org bukan tak tau hang nak perangkap najib hehehe) mcm ni ker konon nak pertahankan sgt DEB (Dasar Ekonomi Bingai)..saya panggil bingai pasal yang dok pelahap kontrak2,saham2 geng2 dia sahaja..nak kata UMNO pun tak boleh pasal bukan ajk2 UMNO cawangan yg dpt tapi pemimpin2 besar dan menteri2 ja yang dapat..hampasss

KUALA LUMPUR, Oct 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today clarified that the actual price for the intended purchase of Eurocopter helicopters was RM1.607 billion.
He said the "round up" figure of RM1.7 billion given earlier was a mistake.
"When I made a statement that it was RM1.7 billion, that was a mistake ... I apologise for the mistake, the officer put RM1.607 billion so I said we can round up the figure to RM1.7 billion.
"This morning when I was at the Ministry of Defence, I was informed that the figure was wrong, actually it was RM1.607 billion.
"But anyway this is now academic. When we decide later on to negotiate for the purchase of the helicopters -- when we feel it is time to do that and we feel we have money to do that -- we will see what the price will be," he said.
Abdullah said this in a news conference after chairing a meeting of the cabinet committee on the competitiveness of the palm oil industry at parliament house here today

Tuesday, October 28, 2008

Follow-up kes Politik hancing

Alkisah tertera sebuah cerpen mengenai politik hancing yang hamba publishkan tak lama dahulu.Tuhan Maha Kaya...orang yang memakan durian itu ditakdirkan dibawa ke alam cyber dan menatap paparan cerpen itu...teruslah mengeluarkan suatu persepsi amarah yang teramat sangat.sejurus terus meng-sms dan tak kurang juga menulis comment dgn nak membahasakan sang penulis.tapi yang nak membahasakan tu pulak menyamar lah kununnya (pinjam ckp Tun M) pemerhati bebas lah.hehehe iyer lah tu...bebas sgt lah...
Arakian adakanya sang penulis dituduh menghina keturunan padahal tidak terdetik untuk menghina keturunan sesiapa...yang penulis maksudkan adalah perbuatan itu yang hancing.bukannya keturunan.Penulis menerangkan berkali2 kepada sahabat penulis yang terasa hati itu..harapnya beliau faham.sehingga penulis sanggup membuang posting cerpen itu ke dalam longkang di atas dasar persahabatan.
Pada sebelah malam pula penulis cerpen menerima pula sms dari tokey kedai pulak.sememangnya tokey kedai itulah yang banyak penulis kritik.tak mengapalah..penulis malas nak panjang2 kan hal yang telah berlalu.Nak tuduh penulis PKR ker PAS ke sukahati lah..dan sememangnya selama ini penulis tak pernah mengundi BN pun.kenapa perlu undi BN sedangkan hasilnya hanya org tertentu yang dapat????kampung mcm tu jugak lahhh...nak benci sgt dgn Anwar Ibrahim...ape dah lupe ke sapa yg tolong Pelangai dpt bekalan letrik 24jam???nak harapkan MB masa tu???huh jadi mcm org sakai lahhh...mcm duduk kat pendalaman api kene tunggu kul 7 mlm sampai la ke 7 pagi...habis jahanam lah org yang ada peti sejuk masa tu.
Penulis bukan membenci sesiapa..cuma bentuk politik perut yang penulis mmg tak suke.penulis bukan lah membuat tuduhan tapi kalau tanya org kampung..boleh lihat alam sekeliling lah dan kemudian tepuk dada tanya selera lah.bukan penulis nak berasa dengki....rezeki Tuhan tentukan..masing2 punya ketentuan masing2 cuma jangan jadikan org kampung sebagai alat untuk kamu buncit.kalau lah pun nak sapu ..sapulah..asalkan kebajikan dan kemajuan kampung terbela.satu penulis nak tanya khususnya kepada warga kg simpang pelangai....ha..ni penulis nak cerita skit pasal pengangkutan awam ke Pelangai.sapa yang pernah naik bas dari bentong ke pelangai atau vice-versa????nama sahaja gah tempat Menteri Besar tapi keadaan bas mcm org 3rd class dilayannya org simpang pelangai ini..dari jauh mmg lah bas buruk toksah cerita...tgk2 dekat sikit..fuhh ni bas aircond ni..semua cermin bertutup rapat x boleh bukak...naik-naik...aircond tah kemana dengan bunti enjin nak tercabut gedegang sana gedegang sini.suspension toksah cerita lah...org kalau mengandung konfremmm la tak beranak..gugur..2 je kemungkinan.peliknya kompeni bas ni dari dulu sampai sekarang tak pernah tak dpt permit.monopoli lagi ada lah...yg peliknya kalau bas ke temerloh bukan main lawa..tak ke pelik ker????sapa yg keluarkan permit????dan yang tukang keluarkan permit tu pulak atas arahan sapa???bukankah kite sebagai pengguna ada hak untuk mengeluarkan suara.saya pun dlm naik nak taknak naik bas tu...terus keluarkan hp dan sms aduan ini kepada SU MB Pahang.dgn harapan adalah balasan atau tak balas pun takpe lah.at least boleh lah KIV bende ni..jgn la buat dek jer...ermmm penyudahnya senyap je lah sampai ke sudah.mana2 yg tak mampu beli kete..naik je lah bas buruk dgn bau busuk tuhhh...ermmm saya rasa tokey kedai dan kroni dia tu gerenti dah lama tak naik bas kan????ye lah...ada kete besau...bakper nak susahkan badan...nama je jadi pemimpin tapi taknak jadi pemimpin yang betul2 pemimpin.susah lah mcm ni..nak tegur pun susah...kite balik kene marah..dikata pulak kite dengki...eeee tak kuasa lah nak dengki nihhhh....nak jadi pemimpin tapi tak boleh kene tegur..baik toksah jadi pemimpin...kene lah terima apa org bawahan tegur...kene dgr suara dari akar umbi..kang tak dpt undi lagi nanti..kan dah nganga..(hehehe tapi kalu dia buat taktik panggil mesyuarat sama geng2 depa saja..tak guna jugak kan??)erm tu lah susahnye...kepada sahabat ku yang dah pun menjadi exco..telah aku katakan selagi kau berjuang untuk org kampung selagi itu doa dan sokongan aku tak akan berbelah bahagi pada kau..walau pun aku berada di luar UMNO (bak kata tokey kedai ..gua PKR) mana yg baik aku sokong...mana yg tak betul aku tentang..Wallahualam

Monday, October 20, 2008

Perjumpaan Kedua CLUB ANAK PELANGAI (CAP)

Perkara : Perjumpaan Jom Gegar Nilai sebelum Jom Gegar Opis TPM

Tempat : Hotel Allson Klana Nilai

Tarikh : 1 NOV 2008 Sabtu

Jam : 4 petang

Sila Panjang2kan hal ini dan sila hadir pada jam 3.30 di hadapan hotel

Tuesday, October 14, 2008

Dato Nazri Menteri di JPM

Dah nak pencen Pak Lah ni kite dah makin tak dgr suara dato nazri menteri di JPM.org kuat Pak Lah lah katakan...atau boleh dikatakan org yg bergantung hidup.takde Pak Lah ingat ko boleh jadi menteri ke nazri???kalau dulu ko lah hulubalang berkokok mcm ayam jantan menjadi org yg pertama untuk mendefend Pak Lah.hehehe skrg apa dah jadi???ingat rasa awak kene tukar baju...tanggal baju Pak Lah dan cube lah berdamping2 dengan Najib pulak..ye lah..nak hidup lah katakan...org bukan tak tahu awak tu celupar,kurang hajar,kaki pompuan..pantang nampak yg dahi licin..awak bukan kire halal haram..inikan pulak bini org ke tunang org ke awak main langgar jer...mentang2 awak menteri..tapi tunggu lah..tak selamanay awak menteri..takut sok kami ni rakyat biasa je yang langgar awak pula...hehehe anyway...selamat meniti era kejatuhan yer.....

Saturday, October 11, 2008

BERAKHIRNYA ERA ABDULLAH & CO

Berakhirnya era Abdullah Badawi nanti sebagai PM akan kita lihat berakhir secara beransur2nya era keluarga Abdullah & co.seperti dijangkakan pencalonan untuk ketua UMNO didahului oleh Mukhriz.dan saya jangka kan Najib yang begitu rapat dengan Tun M akan menyokong mukhriz sebagai ketua pemuda UMNO.cuma saya lihat pencalonan yang kedua tertinggi (buat masa ini) yang memihak kepada Khairy cuma sokongan segelintir bahagian yang bergantung hidup dengan Abdullah & co.Khairy tidak dinafikan mempunyai asset dan kekayaan yang mengalahkan Mukhriz.ECM Libra miliknya mempunyai saham terbanyak di dalam POS Malaysia.Tidak kira lagi dengan saham2 lain.begitu juga SCOMI kepunyaan anak Pak Lah yang memenangi pelbagai jenis tender secara direct award.Itulah sebabnya Mukhriz khuatir jika seandainya wang dan kekayaan menjadi pengukur kepada kelayakan untuk mengemudi Pemuda UMNO.

Namun saya rasakan buat masa sekarang Mukhriz boleh tidur lena.Sokongan dari penentang Abdullah & co akan lebih banyak dari si penggantung hidup Abdullah & co.Tidak dapat dinafikan bahawa Khairy tidak mempunyai pengalaman dan jasa yang benar2 boleh dibanggakan untuk melayakkan diri menjadi Ketua Pemuda.Selama ini kemenangan yang diperolehi sebagai timbalan ketua pemuda hanyalah sebagai hadiah untuk menjaga air muka Pak Lah.namun selepas kemorosotan di dalam PRU, Khairy dilabelkan penyebab kekalahan BN.beliau yang terkenal dengan kebiadapan dan mulut yang lancang telah memyebabkan kebencian rakyat di dalam mahupun d luar UMNO.

Kita akan lihat pengunduran Abdullah dari jawatan PM akan menyebabkan Khairy akan menajdi nothing.furthermore he is a liability for UMNO.saya pasti pada waktu sekarang Khairy tentu akan menyesal kerana tersalah kahwin dengan Nori.bukan orang tidak tahu perkenalan dan perkahwinan dia dengan Nori adalah dirancang.Sebelum Anwar jatuh,target beliau adalah Nurul Izzah.wa ma karu wama karallah..wallahu khoirul makiriin.saya pasti Khairy agak menyesal kenapa dia tak kahwin dengan anak Najib.ataupun mungkin selepas ini dia akan try to tackle anak Najib pulak...hehehe who knows???kalau nak dibandingkan taste Khairy nih...bukan calang2...maya Karin jadi pilihan...kalau nak bandingkan Maya Karin dengan Nori...hehehe paham2 lah.

nampaknya kini Khairy tidak boleh tidur lena.beliau pasti akan risau dan akan mungkin ke luar negara jika kalah dalam pertarungan ini.saya pasti ramai yang ingin menghambat beliau apatah lagi oleh kontrakctor2 dan tycoon2 UMNo yang kempunan kontrak selama ini.dan yang saya pasti adalah : "CITA2 KHAIRY UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBELUM UMUR 40 TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN"..jangankan umur 40, umur 100 tahun pun belum tentu rakyat Malaysia akan memilih beliau.namun si Khairy masih boleh merealisasikan impian beliau.dengan kekayaan yang ada mungkin beliau boleh membeli Pulau batu Putih dari Singapore (tanahair angkatnya) dan terus mengangkat diri beliau menjadi Perdana Menteri Pulau batu Putih dan berakyatkan batu burung dan ikan...SORRY KHAIRY...YOU LOSEE......

Our Becoming " first lady "

Tercetus berita bahawa Datin Rosmah bakal our First Lady kite bershopping sakan sehingga berjuta2 ringgit dengan kasut ,beg tangan dan bermacam2 barang 1st class di luar negara.Terpercik kegusaran di hati ini...nanti jadi isteri PM entah bagaimana pula???Juga tercetus cerita khabar nya Datin Rosmah memberi pak lah rm 200 juta sebahagian dari komisyen pembelian kapal selam.banyak nyee lah duit dia yer...saya tidak kata kan bende ini soheh tetapi jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?Kawan saya sendiri pernah menjadi escort kepada Datin Rosmah merangkap driver dan bodyguard.kebetulan dia bekas polis.dia masak benar dengan perangai datin Rosmah yang agak suka berbelanja berlebih-lebihan dan bersikap 'corky'.jadi dia sendiri tidak terperanjat dengan cerita ini dan tidak juga menidakkannya.malang lah nasib kita jika dapat first lady sebegini.tak ubah seperti Imelda Marcos.lebih malang lagi adalah Datuk najib.yang seakan menjadikan isterinya penasihat utama.khabar ceritanya Datin Rosmah ini amat suka akan benda2 tahyul dan suka kepada bomoh.apa2 sikit pergi ke bomoh.apakah ini bermakna Najib dah terkena apa2 hehehe entah lah..tuan tuan pikir lah sendiri.Jangan nanti Najib rebah angkara perbuatan dan sikap isterinya...sudah lah..kite tak mahu Malaysia akan jadi mcm Presiden Marcos di Phillipines.tetapi saya yakin rakyat bukan bodoh...saya yakin rakyat bijak membuat keputusan

Thursday, October 9, 2008

Gelaran Perdana Menteri ke 5 Apa Agaknya

Semalam DS Abdullah Badawi telahpun mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan UMNO pada Mac 2009.Ini bermakna tinggal 6 bulan sahaja lagi untuk DS Najib untuk mengisi kekosongan yang di idam2kan iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. DS Rosmah pula sudah tentu akan gembira bukan kepalang untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia menggantikan tempat DS Jeanne Abdullah.Samada ianya menjadi kenyataan atau pun tidak, Yelah manalah tahu tibe2 teori RAHMAN bertukar menjadi teori RAHMAR. R yang saya maksudkan ialah Ku Razaleigh. Atau mungkin juga RAHMAT iaitu dimenangi oleh Mat Taib.Atau tidak keterlaluan saya katakan menjadi teori RAHMAA iaitu diganti dengan DS Anwar melalui peralhan kuasa di Parlimen.Namun begitu itu tidaklah menjadi persoalan saya.Persoalan saya ialah apakah agaknya jolokan gelaran yang akan kita berikan kepada bakal bekas PM yang ke 5 kita nanti yakni DS Abdullah Badawi. Seperti mana gelaran yang ada : Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan,Bapa Penyatuan dan Bapa Pemodenan Malaysia. Selama 8 tahun ini apa yang boleh kita nampak perubahan yg dibawa oleh DS Abdullah??? Bapa Angkasawan mungkin kerana kejayaan penerokaan angkasa lepas oleh Dr Syeikh Muzaffar??? atau pun Bapa Hadhari seperti yang sedia maklum oleh semua rakyat Malaysia???atau pun Bapa MrClean???pada saya semuanya mungkin namun yang paling tepat dan wajar pada saya ialah Bapa Menantu ataupun Menantu Bapak...atau pun Bapa KJ.hehehe...mari kite tunggu apakah gelaran yang akan diberikan oleh RTM nanti....