Malam sebelumnya ayah mengadu sesak nafas.lantas dimasukkan wad di hospital putrajaya.sebelum beredar aku sempat mencium dahi ayah dan memohon keampunan darinya.ayah kelihatan amat sukar untuk bernafas sambil memakai gas mask.
pulang dari hospital,aku gagal melelapkan mata.pukul 5 baru berjaya melelapkan mata.tepat jam 6.30 adik aku menelefon dgn nada yg cemas.adik mengatakan ayah sedang tak dpt bernafas dan sedang bertarung nyawa.aku lantas bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan subuh sblm bergegas ke hospital.di dalam solat aku sempat berdoa di dalam hati selepas melafazkan doa qunut semoga ayah selamat.namun jika ditakdirkan ini adalah penghabisan nyawa aku pohon agar ayah dipermudahkan,diringankan sakaratulmaut,dilindungi dari godaan syaitan.
Selesai sahaja solat,telefon berdering lagi.bagai sudah dijangka...adik dalam keadaan menangis memberitahu ayah sudah tiada.Innalillah....dari Mu ayah datang dan kepada Mu ayah kembali
lantas aku menelefon kesemua abg dan adik utk menyampaikan khabar sedih ini.
Setiba di hospital...jenazah ayah kelihatan tenang.muka yang bengkak telah pulih seperti sediakala.jenazah ayah kali ini kelihatan panjang.bongkok ayah sudah hilang.tulang belakangnya telah kembali lurus.bongkok sabut ayah kerana telah membesarkan 15 orang anak telah tiada.
Suasana sayu dan hiba menyelubungi segenap ruang maya....
........bersambung
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Innalillahiwainnailahirajiun
Takziah kepada saudara&keluarga saudara. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin..
Salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh yang diredhoi serta mendapat rahmat dari NYA. Amin. Al-Fatihah
salam dan terima kasih d atas ucapan dan sedekah....
Post a Comment