SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Tuesday, July 13, 2010

07-07-2010 ayah pergi jua....

Malam sebelumnya ayah mengadu sesak nafas.lantas dimasukkan wad di hospital putrajaya.sebelum beredar aku sempat mencium dahi ayah dan memohon keampunan darinya.ayah kelihatan amat sukar untuk bernafas sambil memakai gas mask.

pulang dari hospital,aku gagal melelapkan mata.pukul 5 baru berjaya melelapkan mata.tepat jam 6.30 adik aku menelefon dgn nada yg cemas.adik mengatakan ayah sedang tak dpt bernafas dan sedang bertarung nyawa.aku lantas bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan subuh sblm bergegas ke hospital.di dalam solat aku sempat berdoa di dalam hati selepas melafazkan doa qunut semoga ayah selamat.namun jika ditakdirkan ini adalah penghabisan nyawa aku pohon agar ayah dipermudahkan,diringankan sakaratulmaut,dilindungi dari godaan syaitan.

Selesai sahaja solat,telefon berdering lagi.bagai sudah dijangka...adik dalam keadaan menangis memberitahu ayah sudah tiada.Innalillah....dari Mu ayah datang dan kepada Mu ayah kembali
lantas aku menelefon kesemua abg dan adik utk menyampaikan khabar sedih ini.

Setiba di hospital...tubuh ayah telah terkujur kaku di atas katil 17 wad 4A dengan muka ditutupi kain putih.perlahan lahan aku menyelak kain itu untuk menatap wajah ayah.perasaan sedih dan hiba menggamit perasaan. walau ini bukan kali pertama aku kehilangan org yang tersayang namun semasa itu aku masih kecil..dalam usia 13 bulan,kehilangan emak tidak dapat ku ingat apa yg terjadi ketika itu.dahi ayah ku kucup...kasihannn ayah...ayah pergi tidak ditemani dengan 15 org anak yang telah dia besarkan.walaubagaimanapun aku bersyukur kehadrat Ilahi...jenazah ayah kelihatan tenang.muka yang bengkak telah pulih seperti sediakala.ayah kelihatan seperti tidur.jenazah ayah kali ini kelihatan panjang.bongkok ayah sudah hilang.tulang belakangnya telah kembali lurus.bongkok sabut ayah kerana telah membesarkan 15 orang anak telah tiada.
Suasana sayu dan hiba menyelubungi segenap ruang maya....

setelah selesai bacaan yassin..ayah telah di bawa ke bilik mayat untuk dimandi,dikapan dan di sembahyangkan.kali ini sudah tiba masanya kami membalas jasa baik ayah.kalau dahulu seorang demi seorang dimandikan ayah...tanpa mengenal penat dan lelah..ayah tetap setia membesarkan kami.kami dengan diketuai oleh seorang ustaz yang merupakan staff hospital memulakan upacara memandikan jenazah ayah.aku masih ingat pesan ustaz semasa aku masuh bersekolah..bahawa mayat masih boleh merasakan kesakitan walaupun sudah mati...mayat masih lagi merasakan malu jika auratnya terdedah walaupun sudah mati.operasi memandikan ayah dilakukan secara amat berhalus dan berhati2.ayah memang tidak langsung menyusahkan anak2nya.perut ayah yang sudah tidak diisi selama dua hari memudahkan kami membersihkan badan beliau.menurut abang ngah ku,ayah memang tak boleh telan makanan selama 2 hari terakhir.

ayah di angkat ke katil lain dan dikeringkan...proses mengkapankan ayah.aku tidak dapat mengikuti keseluruhan proses ini kerana tidak tahan akibat terlalu sedih.tangisan yang aku tahan sejak dari subuh tadi akhirnya terburai di situ.kasihannn ayahhh

ayah disolat jenazahkan disitu juga.dan kemudian ayah diletakkan kedalam van jenazah.aku pada mula tidak tahu menahu kemana ayah akan dibawa.abang aku cakap ayah akan dikebumikan di tanah perkuburan kg pengkalan manggis,temerloh.abang ngah dan long telah pun meminta keizinan dari makcik (mak tiri kami) untuk ayah disemadikan di sebelah kubur arwah nenek dan arwah emak kami.

aku sampai di temerloh jam 2.30 petang.akhirnya aku terlepas juga untuk berbakti kepada ayah.ayah telah selamat dikebumikan.aku tak salahkan abg2 aku dan saudara di temerloh.yang silapnya aku..aku terpaksa menguruskan mengambil anak dari nursery,kemas itu dan ini..akhirnya aku sampai lewat.ayah telah selamat di solat jenazahkan oleh saudara mara dan jemaah surau temerloh terlebih dahulu sebelum aku sampai.memang aku ada call abang teh ku dan abang long ku supaya tunggu aku..tapi mereka tak dapat berbuat apa2.jenazah tidak boleh dilengah2kan.semakin lambat semakin menyiksakan jenazah...aku hanya sempat sampai untuk tahlil dan bacaan talkin.

Alhamdulillah...kedudukan kubur ayah memang dekat sangat dengan arwah mak,arwah nenek,arwah aki dan sedara mara beliau....apabila selesai..aku merupakan org terakhir yang meninggalkan ayah.rasa mcm tak sampai hati je nak tinggalkan ayah.tapi aku harus pergi...dua Malaikat telah siap siaga untuk menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Rabbul Jalil...

Selamat tinggal ayah....anak mu pergi untuk seketika...InsyaAllah..pada suatu masa anakanda mu ini akan kembali untuk meyusul dan mengikut ayah jua.semoga roh ayah dicucuri rahmat,diampunkan segala dosa,diterima segala amal ibadat,dilindungi dari siksa kubur,dilindungi dari siksa padang masyar dan dilindungi dari seksa api neraka...semoga ayah dan mak berada dibawah payung naungan Rasulullah saw.
Al Fatihah...

8 comments:

piewahid said...

semoga tabah selalu.
smoga ruh ayahanda ditempatkan di sisi org2 yg beriman, amiin...

Mrkolumpo said...

aminnn
harry mtk maaf pada ayahcu ...kelam kabut ituari terlupa nak ngajok yahcu ke majlis tahlil ter

radens albanjari said...

salam takziah buat tuan dan keluarga,
nampaknya kita serupa dan punya pengalaman yg sama - menjadi yatim piatu ketika dewasa..

Alfatihah buat roh arwah...

terokai seni said...

innalillah

takziah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman... jangan lupa doa anak yang saleh akan sentiasa mengiringi mereka selama-lamanya

TEKONG DARAT said...

SALAM BRO...
TAKZIAH...DARI ALALAH BELIAU DATANG ,KEPADA ALLAH BELIAU KEMBALI...

Mrkolumpo said...

salam

terima kasih byk...
aminnnn
walau dah dewasa..tapi bile mak ayah dah takde..terasa jugak ilang tempat mengadu

perfectwater75 said...

Salam,

Bro,

aku ucapkan takziah. Maaf kerana lambat respon kali ini atas kesibukan yang mendesak...Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas ruhnya.....AAMIIIIN.....

Mrkolumpo said...

thanks perfectwater