SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Monday, March 29, 2010

Duhai ayah

masih lagi aku teringat semasa aku masih lagi kanak2
kasih sayang ayah mengasuh, menjaga dan mendidik aku dgn penuh kasih sayang
walaupun aku dilahirkan kedunia sebagai anak yatim yakni ketiadaan emak
tidak terasa sangat kurang kasih sayang
ayah mencurahkan perhatian dan kasih sayang yang tidka ada tolok bandingan

kemana sahaja ayah pergi..aku pasti mengekori
walau dihalang oleh abang dan kakak
yang tentunya mereka tak mahu ayah susah kerana terpaksa menjaga aku semasa dalam perjalanan...ayah selalu memenangkan aku dan turut membawa aku pergi
tak kire semasa itu naik motor vespa dia ,kereta volkswagen nya mahupun menaiki bas

ayah ibarat 2 in 1 ayah dan emak pada masa yang sama
dimandikan,di pakaikan baju seluar, di sikatkan rambut belah tepi ala budak baik (walaupun sampai sekolah aku selalu menyikat kembali rambutku ke arah belakang -konon macho),menyiapkan air teh dan cicah bikut kering kadang2 biskut marie,di hantar dan di jemput ke sekolah adalah rutin harian ayah.

aku amsih ingat ayah selalu mengusik aku...biasanya time2 ayah nak mintak tolong picit badan,gosok belakang,garu kepala ayah,cabut uban...jika dia tgk aku macam malas, dia akan sakat aku " nak ayah mati????" ..bukan main kepalang takutnya aku diwaktu itu...terus melakukan kerja2 yang diperintahkan tanpa byk cakap

ayah memang terkenal dgn sifat penyayangnya terhadap anak2.selalu juga aku mendengar cerita2 dari otai2 kampung yang sebaya dgn ayah...menceritakan tentang perihal ayah menjaga anak.walaupun kehidupan dahulu serba daif dan susah..ayah berkhidmat sebagai guru yang gajinya hanya cukup2 makan...namun bukan kemewahan yang kami adik beradik tagihkan.kasih sayang ayah sudah cukup bererti buat aku dan adik beradik yang lain

"ayah...terima kasih di atas segala pengorbanan ayah terhadap kami.
penat jerih susah payah ayah membesarkan kami..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..."

minggu baru ini...ayah telah disahkan mengidap sejenis penyakit di paru2.
setelah sekian lama yang asyik mengadu sakit tekak dan kahak berdarah.
berulang juga kami membawa ke hospital untuk menyiasat punca sakit.
kalau nak harapkan klinik swasta macam klinik kat karak tu toksah harap lah...
nama je swasta tapi asyik2 tarapa tarapa tarapa...geram jugak aku dgn doktor india tuh....

bile dah bawak ke hospital pakar baru dapat tahu punca sebenar penyakit.sekarang ayah perlu menjalani radiotheraphy selama 3 minggu dan kemudian baru kimo theraphy.
kasihan ayah....

bila ku renung dalam2 wajah ayah...mahu saja aku peluk ayah dan menangis sepuas2nya.namun aku tahan kerana tak mahu ayah bertambah risau.kami adik beradik dah sepakat untuk tidak mahu membuat ayah risau.takut2 tekanan itu boleh memudaratkan lagi keadaan ayah.sudah lah pernah diserang lemah jantung...badan ayah yang kurus,matanya yang sudah kabur membuatkan aku bertambah sedih dan risau...

terus terang ku katakan...aku masih tak bersedia untuk kehilangan ayah.dia lah ayah, dia lah ibu, dialah segala2 bagi ku.memang aku pernah kehilangan orang yang tersayang yakni emak...namun kehadiran ayah disisi dan ditambah dgn usia aku yang masih kecil yakni 13 bulan (memungkinkan aku tidak tahu apa2 ketika itu)...tapi amat berat dan tak terbayang bagaimana harus aku hadapi jika saat itu berlaku pada masa akan datang.semasa kecil dahulu aku masih ingat..aku selalu berdoa agar biar aku yang mati dulu,dan bukan ayah...supaya at least aku tak perlu nak mengahrungi detik2 getir seperti itu....namun aku sedar setiap yang berada di alam ini adalah kepunyaan Allah.its Him that decide who,when,how and why...

apa yang termampu aku lakukan adalah sentiasa mengutamakan doa ku kepada ayah selepas arwah emak.semoga penyakit ayah boleh sembuh (walau doktor cakap this n that)...semoga hati ayah tenang dan tabah...semoga ayah senantiasa berada dalam keadaan pasrah dan berserah kepada Nya ...dan last but not least semoga ayah hidup dan mati dalam keadaan yang diredhai oleh Nya

p/s : sengaja aku kongsikan kerisauan dan cerita ini kepada sahabat2 semua.semoga setidak2 kita boleh bermuhasabah diri ttg kewajipan kita terhadap ibu dan ayah..tentang susah payah ibu dan ayah mengasuh dan mendidik...dan juga tentang kerisauan seorang anak terhadap ayahnya...harap sahabat2 boleh mendoakan ayahku yang sekarang sudah kehilangan suaranya...

-aku sayangkan ayah aka mrkolumpo-
1:27 am 30 March 2010

7 comments:

piewahid said...

smoga ayahanda dan seisi keluatrga terus bersabar dan tabah...

cemomoi said...

hemmm ayah yang penyayang... mesti anak ayah ni

Mrkolumpo said...

terima kasih wahai yahcu

Mrkolumpo said...

hehehe...yer abg cemomoi..kite semua anak ayah dan emak kite

mohd hamidi wahid said...

SEmoga demeh bersabar disamping berusaha, berdoa dan bertawakkal. Ujian Allah utk menguji kita. Lambat laung semua akan merasa. Keh doakan agar ayah cepat sembuh.

mohd hamidi wahid said...

Semoga ayah cepat sembuh. Besabarlah menghadapi ujian ini. Lambat laung semua akan merasa.

Mrkolumpo said...

yer..benor sgt la kata2 yah beh ter...sama2 lah kite berdoa