SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Friday, December 12, 2008

Mencari Kebenaran...

Assalamualaikum dan salam kasih sayang saya hamparkan kepada para tetamu blog saya ini.
Mancari Kebenaran...ya, itulah yang sedang berlegar di kepala hotak saya sejak petang tadi apabila memandu sendirian dari Merapoh ke Simpang Pelangai dan terus berlegar di dalam benak sanubari sehingga ke waktu ini.

Saya sedar akan berlakunya pertembungan pendapat, perbezaan ideologi dan pemikiran, perselisihan kefahaman di antara pemikiran saya dengan beberapa tetamu yang sudi menjengah masuk ke dalam blog saya ini. Perbezaan di antara ideologi politik, arus perjuangan sebagai khalifah di muka bumi sentiasa menjadikan satu situasi perdebatan yang sihat.

Iya benar, kadang kala terpacul juga beberapa perkataan seperti bodoh dan bangang daripada papan kekunci ini namun kebanyakannya saya tujukan kepada beberapa kerat sahaja sesetengah individu yang digelar pemimpin negara yang amat saya cintai ini. Saya sememangnya tidak berapa suka dan gemar menghamburkan perkataan yang kurang sopan ini kepada golongan penyokong akar umbi mahupun pengundi kepada partai yang mendabik dada sebagai pembela ISLAM dan MELAYU. Yang saya salahkan pemimpin...

Walaupun begitu tidak pernah saya menghamburkan perkataan yang kurang ajar seperti peliwat, aljuburi, perogol, penzina, bahlol tongong kepada mana2 pihak tak kire orang kecil mahupun orang besar...

Di sini saya tidak ingin untuk lebih menyusuri kepada fahaman Assobiah seperti orang Arab di zaman Jahiliyah. Apa yang lebih ingin saya tekankan ialah ISLAM. Islam merupakan tempat yang paling teratas di dalam mana2 perjuangan baik didalam politik mahupun tidak. Saya tidak nampak apa yang ingin di lebih2kan sangat tentang Melayu lebih daripada ISLAM. Bukan untuk meremehkan perjuangan bangsa. Saya amat sayangkan tanahair ini...dan saya amat sayangkan bangsa MELAYU namun seperti motto TS mahupun NGO yang dipengerusikan oleh Dato Seri Abdullah Badawi..., Alif Ba Ta...Agama Islam itu letaknya di atas sekali.

Jadi ingin saya bertanya kepada para tetamu yang saya hormati lagi dikasihi...di manakah kite berada (lebih condong kepada) di antara ISLAM dan MELAYU?? Perjuangan apakah yang menjadi landasan kita...ISLAM atau BANGSA MELAYU???Adakah kite ingin menjadi seperti kaum Yahudi (Laknatullah) yang mengatakan bumi Palestine itu adalah dijadikan untuk mereka???sama seperti kita melaungkan2 Tanah Melayu ini Allah jadikan untuk orang Melayu???

Allah yang Maha Besar menjadikan kite sebagai khalifah di muka bumi ini.Bumi ini bukan kita yang punya!! namun kita sebagai ketua.maknanya orang Islam sahaja lah yang layak menjadi pemimpin di Malaysia ini. Atau apakah tuan tuan ingin menterjemahkan khalifah itu sebagai Melayu???dan seterusnya menjadi Tuan Tanah kepada Malaysia???lihat sahaja lah tanah2 di speanjang jalan ke kampung kita...berapa kerat sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu...selainnya bukan milik KITA.

Jadi kalau kite terus nak menegakkan dan memperjuang kan tentang BANGSA, BANGSA dan BANGSA tapi kite tidak letak ISLAM itu sebagai kepala yang teratas....apakah kita layak digelar khalifah???apakah kita layak mentadbir negara ini???

Saya akui saya tidak ada sebarang sijil ataupun degree di dalam pengajian Agama Islam...yang ada hanya lah SPM dapat cemerlang dalam agama di sekolah Selayang Bharu. Ilmu pun tak lah mendalam seperti tuan tuan semua. Selebihnya hanya lah secebis ilmu yang amat sikit diperolehi masa join USRAH kat SEMESTA dulu..itupun di cop haram dan sesat oleh kerajaan pimpinan Tun M.

Saya hanya berbekalkan iman yang tipis, ilmu yang cetek dan amal yang tak sebeberapa YAKIN dengan keyakinan yang amat tinggi bahawa "Adalah benar dan selayaknya bagi saya yang mengaku ISLAM untuk menyokong perjuangan yang ingin menegakkan kalimah ALLAH dan syiar ISLAM di muka bumi Malaysia ini". dan yang saya nampak sekarang hanyalah PAS (Partai Agama Islam Semalaysia) dan bukan UMNO dan juga bukan PKR. cuma PKR berada di dalam "alliance" ataupun pakatan yang bersama2 dengan PAS. saya yakin tidak salah pilih.pada saya PAS adalah partai yang benar dan minta maaf ..bukan UMNO

UMNO stand for United Malay Nation Organization ataupun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang terang2 memperjuangkan kebangsaan.memperjuangkan bangsa Melayu. Pada pendapat saya (hanya pendapat saya...tak setuju??terpulang dan boleh follow up komen yerrr...)
UMNO meletakkan eprjuangan bangsa mendahului agama.Agama jatuh no 2.No 1 mesti bangsa...tak boleh tidak..."cisss bedebah...pantang anak Melayu dicabarrrrr..." seperti kata2 M.Nasir di dalam filem Puteri Gunung Ledang dan seperti itulah yang saya nampak perjuangan UMNO.(walaupun beberapa kerat pemimpin mereka memperjuangkan perut, kekayaan, pengaruh, kuasa, undi). Jadi disini dimanakah letaknya Islam???tidak adakah laungan.."cisss bedebah..Islam jangan di cabar-cabar" "ciss bedebah...hukum Hudud jangan diperlekehkan"
"cis bedebah...dey samy lu jangan hina AlQuran kami" " cis ..bedebah kenapa kau nak hina sunnah Nabi????"

Pohon ampun dan maaf....ayat2 di atas saya tak nampak di dalam UMNO...saya cuma nampak di dalam PAS....tuan2 semua tahu siapa yang mengugut dan memberi amaran kepada kerajaan si anu supaya tidak menjalankan hukum hudud...padahal dah tahu ni hukum hudud tu ingin diwartakan kepada orang Islam...

Pendek cerita saya ingin tuan2 menyahut cabaran saya agar ditetapkan satu masa kite bertemu...BUKAN untuk berdebat dan menunjukkan bukti...tetapi kite bertemu di dalam rumah ALLAH untuk kite buat solat sunat hajat dan istikharah agar Allah tunjukkan kepada kita perjuangan manakah yang DIA lebih redho PAS atau UMNO. perjuangan manakah yang BENAR..UMNO atau PAS.moga2 ALLAH akan beri petunjuk kepada kita dan juga kepada diri saya terutamanya. Kerana hambaMu ini Ya Allah ingin mencari kebenaran...Tunjukkanlah padaku kebenaran itu nescaya akan ku turuti dan menyokong kuat kepada perjuangan yang Engkau lebih muliakan...Amiinnn

p/s : harap abang shamsudin boleh jadi imam dan abang khairi dan ustaz said boleh follow sekali...Insya-Allah

4 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Assalamualaikum. Rileks syeikh, jangan emosional,perbahasan yang anta utarakan itu kesemunya kami dah perbincangkan sebelum ini isu UMNO assobiyyah, sekularisme, isu UMNO tolak hudud PAS dan lain-lain. Kami telah keluarkan buku untuk menjawab tohmahan atau auta pembangkang sebelum pilihanraya ke-11. Kali ini kami nak tengok bagaimanakah corak kerajaan paling adil dan paling Islamik di dunia ini- kerajaan Pakatan Rakyat-. Imam Syafie berkata bukti praktikal (perlakuan) adalah lebih kuat daripada bukti atau hujah percakapan. Maksudnya orang akan menilai prestasi mereka dalam mentadbir bukan hanya omong kosong. Harap maklum. Buku2 yang kami sebutkan itu telah diterbitkan oleh Jab. Hal Ehwal Khas. Mungkin tuan boleh dapatkan daripada mereka untuk rujukan tambahan.

Mrkolumpo said...

wassalam abang..saya ni strongly decline bahawa saya emotional.org emo takkan ajak semayang bro...org emo ajak bertumbuk jer...saya ni ingin mencari kebenaran.berlaku pertembungan pendapat dlm pala hotak saya nih..so jalan yg terbaik saya nak ajak bro semua solat jemaah sama2...mintak Allah jadi hakim..itu jer...saya rasa this is the only way...takat abg nak suh saya baca buku...confrem belum pasti saya akan terpengaruh atau percaya..dah tentu lah buku tu keluaran dan di tapis oleh KDN dan biased.so kite rujuk pada Allah taala jer lah..amacam???kite solat dekat masjid bangi pun takper....set la bile2..sebelum tu kite peken teh tarik dulu...

USD said...

Salam,
Sy cadangkan utk mcari kbenaran, buka dulu minda, lapangkan dada & buat ptimbangan dgn adil...Insya Allah boleh jumpa, tp klu dr awal lg kita sdh mletakkn A salah, B betul...sampai bila pun x jumpa kbenaran, sbb selama-lamanya kita tetap bpendirian B betul wpun sdh terang lagi bsuluh, B pun dlm btulnya byk jg yg salah!

Mrkolumpo said...

sebab dah bukak minda dan hati terbuka ni lah saya ajak kite buat solat istikharah ni...biar apa pun mindset kite...biar Allah saja yang tunjukkan pada kite