Duhai saudara ku
Thread ini saya delete kerana ingin menjaga hubungan silaturrahim saya dengan seorang individu yang agak rapat dgn saya.Saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya sebelum ini mengguris hati dan perasaan sesiapa.Permohonan ampun maaf saya ini terbuka kepada semua pihak tak kire secara langsung atau pun tidak mahupun kepada Dato Zaini, Pak Long Dato Azmi dan semua org yang telah membaca blog saya sebelum ini.Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tiada niat untuk mengutuk atau menghina sesiapa mahupun keturunan tetapi saya cuma agak benci dengan politik kronisme dan nepotisme.Masing2 ada jawapan dan penjelasan masing2. Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Dan niat saya hanya lah mahu kite bangkit dan bangun dari mimpi ini. Mari kite berjuang untuk nama Pelangai,Bentong,Pahang dan seterus nya Malaysia. nama dan martabat UMNO juga harus dipulihkan. Selagi ini berlarutan, selagi itu orang Melayu tidak akan pulih. Pelangai akan tetap macam ini sahaja lah..Umno juga akan dipandang rendah.
Lihat sahaja lah keputusan PRU baru2 ini, orang jadi menyampah dgn UMNo antaranya perkara ini lah.Pada saya ini je lah saluran yang ada pada saya nak mengkritik dan memberi pandangan.saya tidak pernah di jemput ke dalam mana2 aktiviti UMNO.kehadiran saya juga tak beberapa nak di alu2kan.begitu juga dgn tuduhan dan anggapan bahawa saya ahli PKR. yang nyata saya tak pernah mendaftar mana2 parti politik selain umno buat masa sekarang.Pada saya baik UMNO, PAS atau PKR..saya akan sokong satu2 idea jika mendatangkan manfaat kepada kampung dan negeri malah tanahair kite secara keseluruhannya.apakah ini salah???bukan kah ini dikatakan demokrasi???kalau UMNO nak perjuangkan kemajuan Pelangai saya sokong tak kire siapa yg berada di kerusi pengerusi UMNO cawangan ataupun Pemuda.Tambahan pulak ketua Pemuda Semerting merupakan sahabat baik yang boleh saya anggap sebagai adik beradik.biarlah saya duduk sebagai ahli biasa sampai ke mati pun takpe janji kampung kite maju.dan kalau betul pun tuduhan saya ni PKR atau PAS maka hukum lah saya.gantung kan saja keahlian atau haramkan nama saya di dalam UMNO pun saya tak kisah.saya cuma nak kampung kite maju.negara kite maju.rakyat tak kire org kampung atau org bandar boleh hidup senang.sebab itu saya beria-ria nak perjuangkan CAP ini.tanpa ada batasan ideologi politik dan kepentingan diri.selepas memorandum CAP berjaya sampai ke tangan DS Najib,DS Pak Lah,DS Adnan Yaakob...maka saya akan letak jawatan sebagai setiausaha dan beri laluan kepada org lain pula untuk menyumbang.sebab itu saya ingin menyeru kepada semua tak kire ahli UMNO,PKR atau PAS untukbersama2 menyumbang tenaga dan buah fikiran di dalam CAP.saya sedia jemput dgn karpet merah kepada Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda bersama AJK2 UMNO untuk masuk ke dalam CAP.Bukan kite nak berlawan dgn UMNO atau nak melangakui UMNO,tetapi sebagai wadah alternatif untuk kite berjuang.dalam UMNO pun berjuang..dlm CAP pun berjuang...baru lah PM dan TPM mahupun MB bukak mata sikit.kite tidak mahu di cap sebagai org kampung yg asik nak mintak duit saja dari MB.
Duhai saudaraku
sekali lagi aku pohon ampun dan maaf di bulan yang mulia ini.demi persahabatan dan persaudaraan kita,aku rela beralah.cuma harap timbul lah kesedaran pada diri masing2.marilah kite melakukan satu bentuk muhasabah diri dan reformasi dalaman supaya segala pandangan negatif org dapat kite tepis.marilah kite bersatu hati memperjuangkan warga Spg Pelangai dan Semerting agar dapat menikmati kebajikan dan kemajuan.buktikan lah padaku bahawa tanggapan aku selama ini silap.usahakanlah untuk berbakti kepada kampung.jika tidak dapat melakukannya...aku berbesar hati untuk menjemput dgn karpet merah ke Club Anak Pelangai (CAP) yang bermotifkan kemajuan kampung dan mengenepikan segala agenda politik dan juga kepentingan diri.ayuh..bantulah aku untuk berjuang berbekalkan pengalaman luas dirimu bersama pak pak menteri.
p/s : kepada commentar (aku bukan sape2) nanti akan saya jawab satu per satu persoalan anda.
salam hormat
mrkolumpo
Tuesday, September 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sayang,Nabi Muhammad saw tidak pernah berpolitik,politik tidak sama dengan Islam.(Kita tadbir Islam)sama tetapi tidak serupa.
Politik ini adalah ciptaan manusa
yang suka kepada , mencari kuasa.
Politik kita memang kotor.
Kita orang melayu.
Cakap awak memang betul.(100%)
Bagai mana kita terpisah dengan ajaran agama semasa kita berpolitik?
Hairan kita.
Kita nampak memang politik secara ini tidak bertempatan dengan ajaran agama.
salah.
salah.
salah.
Tidak ada hikmah.
KIta wajib berjuang ke arah kebenaran.
Melalui Politik juga...sekurang-kurangnya kita ada kemahiran menulis.Berikan perjelasan kepada si tolol yang kuasai diri kita...
Kita namakan ia sebaghai Bolitik
Bukan politik.
wassalam.
Salam saudara…
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada saudara, kerana saudara masih lagi prihatin kepada UMNO Pelangai dan Semerting walau pun hakikatnya takde la prihatin pun…untuk pengetahuan saudara yang prihatin kenapa lah nak memburukkn org lain..jangan jadi hipokrit la..cermin diri sendiri tu dulu...tengok sebelum mengata orang…
Saudara..saya juga seorang pemerhati. UMNO Semerting yang saya tahu satu ketika dulu pun pernah diketuai oleh ahli keluarga saudara. Bukankah masa tu pun patutnya dinamakan sebagai kroni ke?dan keadaan masa tu pun sama je…Cakap je lebih tapi habuk pun takde…
Saudara, kalau saudara boleh nak bahasakn org, ingat org lain tak boleh nak bahasakan saudara ke? jangan setakat orang tak bagi nak check nama daftar pemilih dalam laptop, suka-suka hati je nak bahasakan orang..Jangan pandang orang yang ada PMR ke SPM ke Diploma ke tak boleh nak buat apa-apa. Kalau setakat saudara yg belajar sampai degree kat UUM tu tapi tak menggunakan otak untuk berfikir tak payah la nak bahasakan org..
Saudara…patutnya saudara ni duduk zaman dulu kala sebab pemikiran saudara ni masih ditakuk lama…tak boleh nak berkembang langsung..saudara tak boleh tengok kesenangan org lain..patutnya saudara bersyukur yang melayu sekarang ni bukan macam melayu dulu..hidup dalam kedaifan…ni tidak, saudara pegi kutuk pulak…memang dasar melayu sekarang tak boleh tengok melayu lain berkembang maju…(tapi kalau diri sendiri yang lebih dari orang lain tak cakap apa-apa pun…manusia…manusia…)
Saudara..tak perlulah saudara nak berselindung lagi..bukan semua org bodoh..kehadiran saudara dalam UMNO tu pun nampak sangat seperti talam 2 muka je…berpura-pura..hakikatnya sokong parti lain..sekarang ni anak-anak pelangai dah maju..bukan nak duduk bawah tempurung je…tak payahlah nak sakit hati dengan orang lain…kalau tak puas hati sangat dengan org lain buatlah parti sendiri…masukkan semua kaum keluarga saudara….dan sepeti kata saudara sendiri “nobodies perfect.tak ada parti politik di dunia ini yang perfect”.so tak payah la nk bising-bising...
saudara...aku rasa ko ni bukan pemerhati bebas ni...aku rasa kalau pemerhati bebas mcm mustapha tu..kalau mcm ni kes makan cili ni namanya hehehe..takpe..nanti aku bleh jawap balik kemudian..tguuuu ok
Asalamualaikum..
Orang dah mintak maap tu..ape lagi yang nak kecoh-kecoh..yang dah sudah tu sudah..sebernarnya, benda-benda camni la yang buat UMNO ni jatuh terduduk.Bergaduh sesama sendiri,kutuk sana,kondem sini.. Huru hara la UNMO camni..Takbirrrr!
Li hai...itu olang aaa..selupa itu malayu cakap...sapa makan lulian..dia punya kentut manyak musuk oooo hahaha itu macam la lihai...hahaha...gua lasa gua ada kinai sama lu lihaiii hahaha
Post a Comment