Salam Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi , Rasul dan penyampai mesej Allah...Muhammad s.a.w
marilah kita sama2 memperingati dan meraikan hari ini..dgn mengucapkan selawat kepada Nya seberapa banyak yang mungkin
tiada hadiah yang dipinta oleh Baginda melainkan mentaati Allah
penulis ingin mengingati diri penulis sendiri dan juga berkongsi dgn sahabat semua.
tidakkah terlintas di benak sanubari untuk bertemu Baginda di padang mashar kelak?
tidakkah teringin untuk berjumpa dan berhimpun bersama Baginda di bawah Panji Muhammad?
apakah kita termasuk di dalam golongan umatnya yang mendapat tumpang minum di telaga Baginda?
lebih enak lagi jika Baginda sendiri yang mencedok dan menuangkan air telaga Kautsar Baginda ke dalam bekas untuk diberi kita minum
penulis amat mencintai dan menyayangi Baginda
cuma perlakuan penulis amat selalu tidak sejajar dgn perasaan ini.
masih lagi dibuai lagho duniawi...
masih lagi derhaka pada Baginda..samada dalam sedar dan tidak
Ya RasulAllah, ampunkan lah daku kerana selalu alpa dan melupakan Mu
ampunkan lah segala kederhakaan ku
andai aku di beri peluang untuk bertemu dgn Baginda
tidak ada apa yang lebih manis selain dari bertentang mata dan melihat Baginda senyum pada ku
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa Ala Alihi Saidina Muhammad
Monday, February 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment