SYAHADAH

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah

Allahyarham Hussin bin Kassim 07-07-2010 Al-Fatihah
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri dari Mrkolumpo

mrkolumpo dengan rendah hati ingin menghulurkan salam dan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf diatas segala salah silap terkasar bahasa pena dalam membuat penulisan di alam maya ini.

mrkolumpo berharap kita semua akan beroleh kemenangan di 1 syawal nanti.tak juga lupa doa yang mrkolumpo iringkan kepada Pakatan Rakyat semoga berjaya di dalam misi menegakkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama bertunjangkan hukum hakam Allah, tuan empunya alam.

Alhamdulillah, mrkolumpo tidak menghadapi sepanjang masalah dgn trafik yg sesak semasa menuju ke kampung halaman isteri di Merapoh kerana telah pulang seminggu lebih awal. walaupun disini tiada streamyx mahupun 3G network...secara perlahan2 mrkolumpo membrowse dan berblog menggunakan talian celcom 2G network. slow pun slow lah...janji boleh mengikuti blog sahabat2.

petang tadi blogger merangkap pak sedara midie merapoh telah selamat sampai ke kg halamannya disini..yang masih belum sampai blogger merangkap pak sedara pie ulu kumbang.dalam menunggu, mrkolumpo sempat berblog sambil menemani bapa mertua yg asyik menganyam ketupat.nak tolong tapi tak reti menganyam.hanya boleh tolong tengok,tolong teman sambil berbual2.

Aidilifitri kali ini amat memberi makna kepada mrkolumpo.kali ini mrkolumpo menyambut hari lebaran secara bersederhana dan sebagai as a complete yatim piatu.
arwah emak sudah 33 tahun pergi...ayah pula baru 2 bulan.jadi sekarang hanya menumpang kasih dan manja dgn mertua.

kepada sahabat2,rasanya tentu sudah pun pulang atau sedang dalam perjalanan pulang ke kg halaman.mrkolumpo doakan agar semuanya selamat sampai dan selamat bergembira di satu syawal nanti bersama emak ayah dan sanak saudara.
kepada yang sudah pergi,kita jangan lah melupakannya.kunjungi lah pusara mereka tanda kita anak2 yg masih tidak lupakan mereka dan menyayangi mereka...

Insyaallah..di hari raya kedua,mrkolumpo akan bergegas ke temerloh untuk menziarahi emak dan ayah di tanah perkuburan kg pengkalan manggis.

Akhirul kalam....mrkolumpo ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat2 blogger,pucuk pimpinan Pakatan Rakyat,pucuk pimpinan kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang berpuasa dan beragama Islam.

nota : maaf...tiada GongxiRaya, tiada DeepaRaya dan absolutely tiada 1MalaysiaRaya

layan lagu ini....sekali sekala menangis,keluar air mata dpt juga menenangkan jiwa

1 comment:

al-brangi Online said...

selamat hari raya, maaf zahir batin
takbir 3x